in

INILAH EX5 HIGH POWER 5 STAR 2nd MODEL 1990! MASEH ORI KILANG !

Khazanah Negara Untok Tatapan Semua !

Jika dibaca sejarah berkenaan Honda EX5, ianya dikeluarkan ataupon dijual dipasaran Malaysia pada 1987. Keluaran 1st Model rasanya terlalu sukar nak jumpa dalam keadaan ori 100 persen, tapi antara ciri2 utama 1st model adalah kulit injin belah magneto ada ditulis Made In Japan. Selain tu, emblem/logo EX5 1st model jugak ada imej 5 bintang.

Okay, model yang sedang Lu Orang saksikan kat page nih buleh dikatakan adalah 2nd model. Ciri2 2nd model adalah, emblem EX5 dah digantikan dengan Stripe/Sticker, tapi kat sticker tu maseh diletakkan imej 5 star. Kat bahagian kulit injin belah Magneto pulak dah takdak tulisan Made In Japan dah.

Jentera EX5 yang bagi Gua dah mencapai tahap khazanah negara dah ni, Gua jumpa kat tepi mini tar, betol2 tepi bendang. Pertemuan yang rare, tak dirancang dan betol2 menepati citarasa dan konsep Majalah Kapcai. Street Review Oyeahhh!

Mulanya Gua tak perasan sangat, tapi bila Gua tengok kat nombor plat motor tu (plat nya RB, bermakna jentera ni adalah keluaran tahon 1990), maka Gua teros stop motor Gua. Teros tegor Paklong (owner motor) tu haha! Alhamdulillah Paklong tu peramah, sembang baik punya pasal motor nih. Katanya, motor nih umornya dah 30 tahon lebeh dah rasanya. Gua pon mengiyakan lah, sambil cerita lah sikit2 sejarah pasal keluaran pertama EX5 kat Malaysia nih.

Katanya, semua yang ada di motor nih adalah original sama macamana dia beli 31 tahon dulu tuh. Buleh dikatakan semuanya ori kilang. Katanya, selama dok pakai motor nih, dia pernah sekali saja buat oberhol kat motor nih. Biasalah, motor nih digunakan dengan semaksima yang mungkin untok kerja2 ke bendang dan jugak kemana saja.

Warna asalnya dia kata macam biru2 kelabu sikit. Tapi kalau tengok kat brochure EX5 keluaran awal tahon 90an, biru tu dinamakan sebagai AXIS BLUE. Gua ushar habeh satu persatu part2 kat jentera nih, dan memang ternyata Paklong tu tak cong Gua. Segala yang ada di motor tu 100 persen adalah ori kilang, yang tak ori hanya side mirror, bakol dan tayar saja. Tak sangka, dapat jumpa khazanah negara kat tepi bendang aja, walaupon fizikalnya agak season dan berlumpor (biasalah bawak pi bendang hari2 kot), ketrampilannya sebagai jentera EX5 terawal di Malaysia amatlah menonjol. Tang ekzos dia memang Gua teruja abeh lah tengok. Kat nombor siri ekzos tuh, ada tertera tulisan TIS 341 – 1985, pastu ada jugak tulis C100. TIS kalau di tanya kat lebai Gugel, ianya adalah Thai Industrial Standards, mungkin satu badan yang jaga kualiti macam Sirim gitu lah. Gua tak pasti samada ekzos nih dibuat di Thailand ataupon diimport masok dari Jepon ke Thailand, tapi kualiti ekzos nih adalah pada tahap A+. Bila Gua jentik ekzos tu, dan bunyinya macam kita jentik cerek yang penoh berisi air. Bunyinya padu, padat, berat dan tebal! Original 1990 punya prodakshen Nohhh!

Menurot Paklong owner motor nih, jentera ni walaupon nampak rabak macam ni, roadtax nya tak pernah mati. Sentiasa on aja. Dia kata inilah satu2nya motor yang paling dia sayang, banyak jasa dengan motor nih. Bermakna, buat masa nih, dia tak jual lah kalau ada sapa2 nak beli Nohhh! Gua sempat tanya, berapa harga jentera ni masa beli dulu? Dia kata, lebeh kurang RM4.2K – 4.3K gak dah masa tu pon. Tahon 1990, untok sebuah kapcai 100cc dengan harga 4 ribu lebeh dah buleh kira agak mahal dah tu. Buleh disamakan dengan harga Ysuku harini dah.
Tapi bila dipikir2 semola, dengan harga sebegitu, dan dengan kualiti yang ditawarkan oleh Boon Siew Honda, rasanya ianya teramat-amat berbaloi lah. Ini baru buleh dikatakan Menang Membeli, Menang Memakai Nohhh!

Okay, layan aja lah gambar2 jentera rare sekolah lama nih.
Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

STREET CUB MADE IN KEDAH

WMOTO WM110 VERSI DIPERTINGKAT/FACELIFT !