in

HYO FADDY RACING TEAM : ‘Chempien’ Pro Am Cubprix 2023!

Faddy Racing Team semestinya berbangga dengan pencapaian tahon 2023 bilamana Tim mereka mendapat tempat juara dalam kategori persendirian ataupon Pro Am Malaysian Cub Prix baru2 ini.

Dengan kerjasama minyak pelincir jenama HYO semenjak beberapa tahon lepas, kejayaan pasukan Faddy Racing pastinya membuka mata semua pehak yang terlibat dalam sukan lumba Cub Prix di Malaysia. Dengan menggunakan jentera Yamaha Lagenda 110, ditunggang pulak oleh Md. Arash Firdaus (berusia 23 tahon dan memakai nombor 36), Ahmad Syamil Akmal Jamaludin (berumor 19 tahon dan memakai nombor 35) serta Noorfakrul Adam Noorfarizal (berusia 18 tahon, memakai nombor 27), terhasillah sebuah keputusan yang paling diimpikan oleh semua pehak yaitu… Juara!

Menurot pehak HYO selaku penaja utama Faddy Racing Team, mereka akan bekerjasama lagi dimusim hadapan dan buat masa ini sedang berbincang lagi beberapa pembaharuan dan penambahbaikan untok pasokan tersebot. Ketika perlumbaan, kesemua jentera2 pasokan tersebot menggunakan minya HYO Maxup Racing Oil SAE 10W-40 API SN. Minyak tersebot adalah fully synthetic dengan camporan dua jenis Ester serta minyak Poly Alpha Olefin (PAO). Dengan setting enjin yang mengikot spesifikasi perlumbaan Cub Prix, ditambah pula dengan penggunaan minyak berunsor ‘racing’ dari jenama HYO, maka jentera tersebot tidak memberikan masalah kepada setiap perlumbaan. Kalau dulu2, lepas habes race, bila bukak enjin mesti akan ada barai sana sini. Bila mula menggunakan minyak pelincir jenama HYO, pomen Faddy Racing katanya terkejot sebab enjin tahan lasak, tak jem bahkan bila dibukak selepas race, keadaan dalam enjin sehat sejahtera! Mulai dari hari bersejarah itu, Faddy Racing Team teros menggunakan jenama HYO dan seterosnya menjadi sekutu bersama.

Tahniah diuchapkan kepada HYO Faddy Racing Team diatas kejayaan menjadi Champion kategori Pro Am 2023, dan kepada Lu Orang diluar sana yang nak trai pakai minyak HYO, bolehlah mencoba dan merasai sendiri. Untok mengetahui atau mendapat info terkini bolehlah ke Facebook atau Tiktok HYO MOTO Lubricants. Dan kalau nak order boleh whatsapp
https://bit.ly/hyomoto

Okay, Rock N Ride Bersama HYO Lubricants Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CUBPRIX FINAL ROUND: PETRONAS SPRINTA YAMAHA CKJ RACING UNGGOL MERANGKOL 1-2 NOHHH!

TEST RIDE KAWASAKI ZX25RR: Power Padu, Bunyi Syahdu!