Event ni agak rare bahkan promosinya pon tidak beredar sangat di media sosial. Gua pon dapat info ni dari Tim Peketum MC. Peketum MC share di page Facebook dorang. Mula tu cuba lah jugak google event nih, tapi takdak info lanjot. Memang betol2 underground lah heh!
Kami sampai agak lewat, sebelah malam baru sampai. Maklomlah siang tadi ada kenduri di kampong, so kami gerak dari kampong ke Wang Kelian pon sekitar jam 3 petang dah haritu (9 Disember 2023). Setel cop border pass, kami teros menuju ke tapak acara camping tu, yang terletak di dalam kampong La Ngu (Orang kampong kami sebot Lengu). La Ngu adalah kampong persisiran pantai dan ianya berjarak sekitar 5-6KM dengan Pak Bara.
Kami sampai tapak event sekitar jam 9 malam waktu Malaysia, dan jalan menuju tapak event amatlah padat sesak sendat. Dengan debu2 berterbangan, satu penanda aras bahawa event ini sedang menerima kehadiran luar biasa dari peminat2 aktiviti perkhemahan.
Rata2 yang kami seliseh menuju ke tapak acara yang dibuat ditepi pantai Huahin itu adalah orang2 Siam. Rasanya orang Malaysia yang join event tu adalah geng Peketum MC (depa dah ada kat dalam tapak event masa tu) dan kami saja (Majalah Kapcai). Di pintu masok event, ada penunggu, dua tiga orang awel siam yang bertugas sebagai pengutip tiket. Oh.. rupanya event nih kena bayar untok masok berkhemah. Satu orang lebeh kurang RM13, dan Gua buat keputosan untok tak masok sebab memang tak bawak kelengkap[an perkhemahan. Cadangnya nak masok tengok2 saja kat dalam tuh. Tapi dah kena bayar, Gua kensel lah dan Gua plan nak datang esok lah. Malam tu Gua dengan bini lajak pi tidor di Pak Bara.
Siang esoknya Gua sampai tapak event sekitar jam 10 pagi waktu Malaysia, dan suasananya amat tenang berbanding malam tadi. Gua pi lepak dengan geng Peketum MC, dan masa tu lah baru Gua tau yang event tuh dah tamat. Malam tadi adalah kemuncaknya. Cisss… Gua terlambat rupanya. Tapi takpa lah jugak sebab ada ramai lagi yang maseh stay berkhemah disitu. Bawah pokok rhu memang nyaman dan selesa sangat. Ka tepi pantai tu boleh nampak Langkawi. Kalau cuaca cerah, buleh nampak Gunong Jerai Nohhh!
Menurot penganjor (seorang anak muda Langu yang buleh cakap Melayu sikit2), event nih adalah kali yang pertama depa bikin. Ini macam event anjoran pemuda kampong Langu lah. Agak diluar jangkaan sebab katanya seribu lebeh orang yang join berkhemah disitu. Sokongan dari geng2 Motor Klasik, geng kereta klasik, geng 4×4, geng Campervan dan geng2 ‘Edvencher Turing’ (Adventure Touring) memang padu. Cuma, ditapak acara, hanya lebeh kurang 13 orang saja orang Malaysia yang ada situ. Bermakna, 13 orang ini la yang pertama sekali join event ni keh keh!
Huahin Camp @ Satun/La Ngu ini bakal diadakan lagi tahon depan, kemungkinan besar bulan Disember 2024. Siap Sedia dan rajin2 la cari info di Gugel. Kalau nak dapat berita dengan cepat bab event2 berkaitan perkhemahan di Siam, pi la follow fesbuk page PEKETUM. Depa memang aktivis ketegar dalam dunia Kemping Nohhh!
Okay, semoga berjumpa lagi di La Ngu tahon depan Nohhh!
Comments
Loading…