Santai Anak Utara Episod ke 11 tahon 2023 memileh negeri paling utara, Perlis sebagai lokasi kali nih. Majalah Kapcai boleh dikatakan media permotoran terawal yang memuatkan paparan acara sulong Santai Anak Utara di Pantai Merdeka, lebeh 10 tahon nan silam. Ketika di Pantai Merdeka dahulu, krew Majalah Kapcai yang turon join event tu telah tersangkot dalam jem, dan suasana ketika itu seperti ikan didalam pukat nelayan laut dalam. Yang nak keluar dan yang baru sampai bertembong, jadilah ianya Padat sendat! Kremifikeshenisme!
Setelah siri pertama di Pantai Merdeka itu, maka Acai selaku penganjor utama SAU telah menganjorkan acara itu dengan lebeh terancang dan selepas itu sehinggalah ke hari ini, jenama SAU telah menjadi satu acara yang ditunggu-tunggu setiap tahon. Majalah Kapcai selaku media yang selalu sapot acara2 perkumpolan motorsikal turot berasa bangga dengan pencapaian acara SAU ini, dan setelah banyak tahon tidak turon sendiri ke acara SAU, maka SAU kali ke 11 di Perlis tahon ni Gua bikin ‘kambek’ lah. Turon kali ini serasa diri seperti janggal sekali.. iya lah… Dulu kita turon event aja mesti jumpa muka2 yang kita kenal, tapi sekarang ni kita berjalan seperti di bumi yang terasing. Hanya ada beberapa kerat aja muka yang kita kenal kali ni Nohhh!
Perlis sepertimana yang semua orang fahami, adalah sebuah negeri yang terpaling utara didalam Semenanjong Malaysia. Pemilehan negeri Perlis untok SAU 2023 tahon ni bagi Gua sangatlah baik dan sangatlah dialu-alukan sebab inilah negeri dalam wilayah utara yang belom pernah lagi dianjorkan Santai Anak Utara. Tahon sebelom ni atau sebelom2 nih, rasanya SAU pernah dibikin di Selangor, yang semestinya terkeluar dari radar utararaya. Itu Gua no komen lah, semuanya ketetapan penganjor, kita layan aja Nohhh!
Maka, pada 11 November 2023, dengan cuaca yang mendong diawal pagi dan hujan renyai di tengahari (sehinggalah ke malam hari Nohhh), negeri Perlis menerima satu rombongan gerombolan2 jentera DUA RODA yang diluar kebiasaan. Bandar Kangar yang dulunya hanya muka2 itu saja yang dok tunjok chempien, kali nih agak total berubah. Ntah mana jagoan tah yang mai, bermacam merga. Jantan Pompuan sama naik aja Nohhh! Banyak muka2 yang berunsor Tiktokers dan Yutiubers.
Jalan menuju ke Stadium Utama Negeri luasnya sekitar 30 kaki kot, dan tapak acara SAU pulak hanyalah ‘sejempot’ dari keselurohan kawasan stadium tuh. Maka, dia punya ketat sendat padat dah jadi seolah2 macam di Pantai Merdeka dahulukala lah Nohhh! Inilah suasana yang julong2 kali berlaku dalam scene DUA RODA di negeri Perlis rasanya. Zaman Perlis dok ‘pawer’ dalam liga bolasepak Malaysia dulu2 pon tak pernah jalan jadi jem terok macam nih. Melehat kepada keselurohan kawasan Stadium, boleh dianggarkan sekitar 30 ribu jugaklah yang hadir memeriahkan SAU 2023 tahon nih.
Gua sempat jalan2 sekitar kawasan event yang sangatlah cipot keluasannya, dan banyak jugaklah khemah2 jualan yang dibukak. Tak sempat nak cari Acai yang semestinya sibok menguroskan acara, dan kalau dia nampak Gua pon mungkin dia dah tak kenal atau cam dah heh! Maka Gua hanya sepintas lalu berjalan dan singgah sekejap di Booth Komrad Peketum. Memang susonan khemah2 jualan jugak agak rapat2 dan padat2, dan dalam masa yang sama kehadiran orang ramai semakin bertambah walaupon hujan mula turon. Dalam rondaan sepintas lalu itu, sempatlah Gua jumpa dua tiga memba2 lama yang dah lama tak bersua. Sempatlah jugak beli semangkok Bihun Sup Speshel berharga RM25 (semangkok). Padu gila harga bihun sup di tapak event Nohhh!
Sedikit tegoranlah… Harga makanan kalau boleh tulis dan gantonglah supaya senang orang nampak dan buat bajet. Dan paling penting, kalau nak orang datang Perlis tahon depan (sempena tahon melawat Perlis), tolonglah jangan jual mahal sangat makanan2 tuh. Jual murah orang pon suka, dan akan dicanang pulak kat orang lain. Kita ni nak bersaing dengan Thailand, tapi kita maseh lagi terbiasa dengan harga tinggi dimusim percutian dan musim event. Kalau nak banding dengan siam, dengan kata di siam harga barang/bahan mentah murah dan kat sini mahal, rasanya tak lojik kot. Siam pon harga mahal jugak. Tu baru cerita makanan, mau cerita minuman pon kita dah terlebeh mahai jugak. Di SAU ada yang jual air balang RM4 satu gelas sedangkan size tu hanya dijual RM2 atau 3 saja di pasar malam. Awat tak buleh ka jual dengan harga pasar malam? Ini amaran keras lah buat semua peniaga2 Perlis yang bakal menerima kunjongan tetamu luar ditahon depan sempena tahon melawat Perlis. Jadikan negeri Perlis ni seakan2 bercuti di negara Siam, baik dari segi penginapan mahupon makanannya.
Sesunggohnya Perlis Buat Buleh!
Gua tinggalkan acara SAU 2023 hanya setelah lebeh kurang 40 minit disitu sebab Gua nak teroskan lagi ke satu acara di Padang Besar. Bagi Gua, SAU 2023 di Perlis boleh dikatakan berjaya dalam menghimponkan crowd permotoran, dan mohon penganjor memileh Perlis sekali lagi sebagai tuan rumah ditahon depan. Tak puas sebenarnya SAU tahon nih sebab terganggu sikit dengan keluasan tapak event yang sendat serta cuaca yang agak kurang mengizinkan. Kurang Menyenmperkan.
Apapon sila buat lagi di Perlis Nohhh!
Comments
Loading…