Padu dan mengghairahkan Nohhh! Inilah jentera Kapcai paling femes, tahan lama bahkan menjadi lagenda di Malaysia nih. Secara rasminya, jentera EX5 dari 1st model (5 Star kulit enjin tulis Made In Japan) tahon 1987 hinggalah pengeluaran terakhirnya pada tahon 2013, ianya berjumlah 2, 051, 530 unit. Dua juta lebeh jentera EX5 nih terjual di Tanah Malaysia ni Nohhh!
Selepas 2013, Boon Siew Honda jalan jugak jenama EX5 nih, diberi nama EX5 Dream Fi 110cc. Geng2 Raida panggil EX5 Kambing untok model nih dan ianya agak okay jugak sambotannya. Tapi kalau banding dengan EX5 model lama, memang takbleh compare lah Nohhh! Buktinya jentera yang Lu Orang sedang tengok kat page nih lah.
Ini adalah Projek Restore Pak Sedara Gua. Dia kasi speksifikasi kat member dia, nak buat gitu gini, akhirnya terhasillah perkahwinan antara dua model EX5 paling legend yaitu EX5 High Power dan EX5 Dream 100! Jentera ni paling meleleh sekali bila tengok dah tentulah dia punya cat kaler merah tuh. Hareyyy betui! Dari jauh pedeh aja mata tengoknya. Dah tu, pandai pulak tukang restore boh stripe EX5 High Power yang matching kalernya. Makin Manthop i dont can very more together correction judgemental proposal! Tudiaaaa punya manthob sampai tak ketahuan punca!
Jentera nih keluaran pertengahan 90an, dan semestinya umornya dah dekat 30 tahon dah. Banyak jugak EX5 High Power yang sebaya jentera ni dah menjadi tukun. Tapi disebabkan minat dan ada agenda, EX5 High Power ni diberi nyawa baru. Agenda apa kot buat restore moto nih? Okay begini ceritanya. Jentera ni dibikin menjadi seperti ini adalah untok satu projek Round Thailand. Malangnya, setelah dah siap buat restoration (yang dianggarkan kira2 RM4 ribu ringgit), dunia dilanda pandemik Covid 19. Kensel lah semua cita cita dan motor ni hanya diparking saja lah kat dalam rumah sementara menanti dunia kembali normal semula. Tapi rasanya lama lagi lah nak kena tunggu, sebab dalam sehari dua ni negara Thailand pon tiba2 aja ada kes Covid. Kat Malaysia ni toksah kata la, kes menimbun sampai Hospital pon dah tak muat nak isi pesakit, sampai Dokter Norhisham pon dah bagitau kena kuarantin kendiri di rumah sendiri dah sekarang nih. Marilah kita lawan Covid nih dengan lebeh padu lagi. Kita Jaga Kita Nohhh!
Okay, jentera ni body nya adalah High Power, bahagian dadanya maseh High Power tapi tang meternya depa buboh EX5 Dream punya. Swing Arm pon buboh Dream punya tapi kulit enjin tetap kekal dengan High Power punya lah kiri dan kanan. Paling shahdu adalah Carrier belakang. Itu carrier yang ada getah pemegang kat tengahnya. Katanya getah ni terlalu rare dan susah nak dapat. Kotak Givi kat belakang termasok rack tu pon agak rare jugak nak dapat katanya. Satu lagi side mirror kiri dan kanan motor nih. Side mirror ni jugak dikatakan payah nak dapat dan memang jentera yang pakai side mirror nih takkan diparking kat tempat2 terbukak. Ianya boleh mengundang sakit mata dan sakit hati pada pentaksub EX5 keh keh!
Enjinnya pulak guano bohhh? Okay, enjin sudah di Upgrade sesuai dengan kegunaan nak ride long distance lah. Tengok sikit2 dah la, Meme demo kena barey.
Okay, malas nak tulis banyak2, jom kita layan aja lah gambar2 motor legend nih. Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…