in

CHOPPER EKZOS PALING PANJANGFIKESHENISME !

Seni Kastem Paling Ngeri di Perlis!

Jentera Chopper ni dah lama dalam simpanan kami, cuma tak disiarkan atas sebab2 tertentu antaranya disebabkan pernikahan Mira Filzah, kes misteri ketokan pintu dimalam hari area Tanjong Karang serta kemalangan ngeri melibatkan seorang menteri yang terlanggar lobang di jalanraya. Akhirnya setelah kes2 itu reda, barulah kami siarkan cerita Chopper ni Nohhh!

Jentera ni 100 peratos Kastem, hanya enjinnya saja yang original kilang. Jentera ni dibina dengan mounting enjin Demak DTM 150 (Scrambler). So, untok pertama kali diuji dijalanraya, Udin selaku Owner jentera ni telah buat satu ride dari Bangi ke Pantai Morib, Banting Selangor. Perjalanan yang selalunya mengambil masa sejam lebeh itu telah menjadi dua jam lebeh. Ini adalah kerana jentera ini tak boleh dibawak laju2 walauponnya enjinnya boleh speed maksimum 140 KMJ. Memang cari pasal lah kalau ride Chopper ni laju2 sebab tangki dan bahagian atas handle bar betol2 terpacak depan muka kita. Maka, jentera ni akan/kena dibawak dengan kepala terjengok ke tepi sikit. Tak kesah nak jengok kiri atau kanan, yang pastinya kena jengok. Mau kalau tak jengok, memang tak nampak jalanlah jawabnya.

Setelah setel ujian dan terbukti jentera ni boleh ride (dengan kelajuan rilek2 sap kok lu), maka jentera ni dibawak balek ke Perlis. Enjinnya dibukak dan disimpan di Bangi untok projek kastem seterosnya. Oh ya, projek Kastem jentera ni telah dibikin oleh Udin dengan kerjasama sifu Kastem terkenal yakni Mr Omar Eastern Bobber.

Lama jugak diparking di Perlis, sampaikan rim pon dah berkarat dah sebab park lama sangat. Tahon 2018, PKRMC anjorkan event Pesta Raida Padang Keria dan Udin pulak offer agar motor ni dibawak ke situ sebagai penyeri event. Katanya, sila cari enjin Demak DTM untok bagi sempurna jentera ni dimata pengunjong event tuh. Memang kami ada jentera DTM 150 di kampong, so dipendekkan cerita terpasanglah enjin tu kat motor ni seperti yang Lu Orang tenguk ni lah.

Oleh sebab nak bagi lebeh kelainan, maka geng pomen di Kampong Padang Keria telah bikin satu keputusan, bahawa jentera ni wajib diberi penambahan yang baru agar ianya lebeh ngeri dimata masharakat desa. Pikir punya pikir, meshuarat punya meshuarat, kongres punya kongres, akhirnya terpatri lah sebatang paip sepanjang 6 kaki sebagai ekzos jentera yang sememangnya dah ngeri nih. Walaupon cat nya warna biru muda, warna yang rilek dan chill selembot bayu senja gitu, tapi penampilan keselurohan jentera ni memang tak boleh bawak bincang lah. Kami secara jujor nak bagitahu bahawa kami ambil masa 4-5 hari untok cuba terai test bawak jentera ni. Diawal nak bawak memang ashik lost, hampir2 menuju ke sungai, terbabas ke pokok pisang dan hampir2 melanggar anak biawak yang melintas tak tenguk kiri kanan. Lepas seminggu prektis barulah kami boleh ride jentera ni dengan sempurna tapi dalam kelajuan paling minima… 50KMj aja heh! Gila nak bawak laju2, silap2 haribulan buleh melambong atas pokok wooo! Empiiii!

Hari ini, setelah Dua tahon terparking bawah rumah Gua, untok julong julong kalinya jentera ini disiarkan buat tontonan kawan2 pencinta dunia kastem yang lain. Jentera paling ekstrim di Perlis ini sedang menantikan pencabar terbaru untok kasi pecah rekod ekzos terpanjang. Kalau ada yang bikin ekzos lebeh panjang dari yang ini, sila kontek Gua secepat mungkin Nohhh!

Rock N Ride!

Layan Video sini :

 

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

EX5 HIGH POWER KACOK DREAM OYEAHHH!

YAMAHA 135LC 2021 DENGAN WARNA PALING MERCIK!