Sempena Pesta Angin Timur Perlis 2023 (PAT2023) yang berlangsong 3-5 Mac 2023, terselit satu acara resing/Racing Cubcross sebagai salah satu tarikan utama pesta tersebot.
Hari Sabtu 4hb Mac 2023, sekitar lepas Zuhur, berlangsong race bagi kategori Cubcross Stendet dan jugak Open bagi pusingan akhir. Suasana bendang yang gersang dan tandus, ditambah deruan angin timor yang padu, bergembeling tenaga pulak dengan debu2 yang seakan guron Sahara lagaknya, maka dapatlah disimpolkan bahawa para raida yang bertanding termasoklah penonton telah diselubongi dengan warna kelabu asap hari tu.
Aksi2 para raida jugak tidak kurang hebatnya, ada jugak yang terpeledoh akibat tersalah perdeh throttle, maka terjerumos menyembah tanah yang keras bak aspal. Alhamdulillah pehak keselamatan bertindak segera membawa mangsa ke tempat sepatotnya. Aksi diteroskan dengan lebeh rancak lepas tu.
Bagi kategori Cubcross Std/Stendet, ada satu jentera Suzuki RG Sport telah mencuri tumpuan kami. Raida dan jentera tersebot hanya pencukop raida didalam trek sahaja, tapi semangat juang Raida tersebot amat kami respek. Dia jatoh, bangun semula dan cuba mengejar raida didepan, lepas tu jatoh lagi, bangun lagi dan kejar lagi. Inilah semangat juang yang sebenar, tidak mudah patah semangat dan mengaku kalah. Paling best, RG Sport yang dimodifikasi ala kadar ini berjaya menghabeskan semua pusingan. Kiranya, Raida tu race sampai habes lah walaupon dia kalah. Inilah motivasi dan aura positif yang kami nak kongsi dengan Lu Orang semua bahawa, janganlah kita mudah mengalah dalam sesuatu perjuangan!
Bagi kategori paling dinanti-nantikan yaitu Cubcross Open final, perlumbaannya amatlah sengit dan penoh dengan aksi2 menggila dari para raida. Perlumbaan tamat dengan jayanya sekitarjam 5 petang dan majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh YAB Menteri Besar Perlis.
Terima Kaseh dan Tahniah buat semua, InshAllah berjumpa lagi ditahon depan Nohhh!
@majalahkapcaimalaysia Cubcross Pesta Angin Timor 2023#majalahkapcaimalaysia #kapcai #fypシ #perlis #pestaangintimur2023 #fypシ゚viral
Comments
Loading…