Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (SMSB) mengumumkan pelancaran rasmi sensasi terkini dalam segmen motosikal underbone – Suzuki Raider R150Fi yang baharu. Dengan penawaran teknologi canggih terkini, prestasi yang tiada tandingan, dan reka bentuk yang berani, Raider R150Fi kini dijangka menggamit hati rakyat Malaysia dengan pengenalan warna baru – Bright Ivory/Titan Black dan Matte
Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey.
Raider R150Fi keluaran Suzuki telah lama dikenali sebagai pendahulu dalam persaingan kategori saingan hyper-underbone. Ia turut melebihi jangkaan dengan prestasi bertenaga serta dilengkapi ciri-ciri moden kontemporari. Kini, dengan tambahan dua pilihan warna yang memikat, Suzuki Malaysia berhasrat meningkatkan daya tarikan Raider R150Fi kepada tahap yang lebih tinggi, menarik minat mereka yang mencari kesempurnaan antara gaya, prestasi, dan ketahanan.
Dua pilihan warna baru yang menarik termasuk:
1. Bright Ivory/Titan Black: Padanan menarik Bright Ivory dan Titan Black membawa aura eksklusif dan moden kepada Raider R150Fi. Penampilan yang kemas dan elegan pasti menarik perhatian pemiliknya di jalan raya, menjadikan pengendalinya menonjol di mata ramai.
2. Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey: Mengetengahkan tema ‘sporty’ dan sentuhan gaya bandar, padanan Matte Bordeaux Red dengan Metallic Matte Fibroin Grey memberi Raider R150Fi penampilan yang berani dan dinamik. Skema warna menarik ini bakal menggegar jiwa mereka yang mencari pengembaraan dan keseronokan dalam perjalanan dua roda mereka. Dengan tema unggul “Epitome of Underbone,” Suzuki Raider R150Fi benar-benar memenuhi reputasinya. Motosikal ikonik ini sepenuhnya melambangkan semangat “Berani Membara” dalam kategori underbone. Ia juga menetapkan standard baharu untuk prestasi, kebolehtahanan, dan padanan gaya yang dicari-cari oleh pemilik motosikal untuk trend serba baharu yang terkini.
Ciri-Ciri Utama Suzuki Raider R150Fi termasuk:
1. Teknologi Injeksi Bahan Api (Fi): Dilengkapi dengan enjin yang canggih, kecekapan bahan api yang optimal dengan Suzuki Eco Performance (SEP) memastikan tindak balas throttle yang lebih lancar, dan pelepasan emisi yang berkurangan. Secara langsung, ia akan memberikan pengalaman menunggang motosikal dengan tahap ekologi alam sekitar yang baik serta lebih ekonomi.
2. Enjin Berprestasi Tinggi: Enjin berprestasi tinggi bersesaran 147cc Twincam 4-Valve DOHC yang tahan lasak dari Raider R150Fi senantiasa memberikan prestasi dan tindak balas yang luar biasa, memenuhi keperluan pengendali untuk kelajuan optimum dan kehendak harian.
3. Reka Bentuk Aerodinamik: Reka bentuk aerodinamik yang ditampilkan ini tidak hanya meningkatkan daya tarikan visualnya tetapi juga meningkatkan daya kelenturan melawan rintangan angin serta memberikan pengalaman kendalian yang lebih lancar dan mengujakan.
4. Keselamatan Penunggangan: Direka dengan faktor keselamatan sebagai keutamaan, Raider R150Fi menampilkan rangka Suzuki Advance Twin-Spar yang kukuh dengan penyerap hentakan depan Showa. Selain itu, sistem brek oleh Nissin dan talaan pengendalian yang tepat pastinya memberikan keyakinan kepada pengendali Raider di jalan raya.
“Kami berbangga memperkenalkan Suzuki Raider R150Fi yang baharu ini ke pasaran. Ia kini hadir dengan warna menarik Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey,” kata Encik Leong Kam Yew, selaku Ketua Jualan di Suzuki Malaysia.
“Raider R150Fi senantiasa dikenali dengan prestasinya yang berkuasa dan tarikan bergaya. Dengan warna-warna baharu yang menarik ini, kami percaya ianya akan menonjolkan gaya hidup Raider dengan lebih hebat di kalangan pelanggan, sekaligus memberi mereka semangat yang baharu ketika meluncur di jalan raya.”
Suzuki Raider R150Fi baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Suzuki Malaysia di seluruh negara. Harga jualan untuk sebuah Raider R150Fi varian baharu ini ialah RM8,838.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans).
Untuk maklumat lanjut mengenai Suzuki Raider R150Fi dengan varian warna baharu yang menarik ini, sila lawati pengedar sah Suzuki atau laman web Suzuki Malaysia di www.suzuki.com.my
Comments
Loading…