in

BERHARGA RM 6,988 Ajerrr, WMOTO GEMMA 125 BIKIN HATI YUSRAN PENASARAN DONG AHHH!

Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2023 yang bertempat di MAEPS Serdang, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd mengambil kesempatan melancarkan model skuter 125cc baharu, WMOTO GEMMA 125. Dengan harga jualan asas bermula RM6,988.00, skuter ini mempunyai dua warna pilihan merchik; Refined Grey dan Special Purple.

WMOTO GEMMA 125 dilengkapi dengan enjin satu silinder empat lejang sejukan udara dengan sesaran 117.3cc, ia dapat menghasilkan kuasa maksimum 8.31Hp pada 7,500rpm, dan tork maksimum 9.3 Nm pada 6,000rpm. Skuter ini menggunakan roller rocker 13 diameter yang mengurangkan geseran, dimana ia membantu mengurangkan kerosakan mekanikal dan memanjangkan hayat lengan ayun dan camshaft.

Untuk paparan panel skrin, WMOTO GEMMA 125 menggunakan skrin jenis TFT bersaiz 3.5 inci dimana data yang dipaparkan adalah lebih jelas dan mudah dibaca. Sebagai standard, port pengecas USB turut disediakan di bahagian kompartmen hadapan yang memudahkan penunggang untuk mengecas peranti elektronik semasa menunggang.

Sistem pencahayaan keseluruhan skuter ini mengunakan LED penuh serta lampu hadapan menggunakan LED gred automotif dengan kecerahan 50K candela. Bentuk lampu hadapan
menggunakan reka bentuk berbentuk berlian, menyerlahkan lagi ciri-ciri skuter ini. Reka bentuk lampu belakang menggabungkan elemen gaya retro, mempamerkan gabungan gaya fesyen terkini dan juga retro.

WMOTO GEMMA 125 menggunakan Sistem Kunci Pintar atau Passive Keyless Entry (PKE), yang boleh mempunyai fungsi mula automatik iaitu untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan kenderaan. Untuk bahagian simpanan di bawah tempat duduk, ianya boleh memuatkan topi keledar bersaiz 3/4, dengan ruang untuk menyimpan barangan peribadi.

Dengan setiap pembelian WMOTO Gemma 125, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BERHARGA RM88,800 Ajerrr, SUZUKI VSTROM 1050DE KINI DILANCARKAN, JUN 2023 READY DIPASARAN!

AVETA VADV 150 HYBRID Terima Pengiktirafan 5 Bintang Dari MyMAP!