Royal Enfield memperkenalkan Royal Enfield Bullet 350 dan Super Meteor 650 secara eksklusif di bilik pameran baharu Royal Enfield di Petaling jaya, Selangor.
Royal Enfield Bullet 350 baharu adalah model terbaharu dalam barisan motosikal tahan lasak dan menarik dengan warisan gaya klasik yang ulung dan tersendiri. Harga asas yang ditawarkan bermula daripada RM 23,500 untuk varian Standard dan RM23,900 untuk varian Black Gold.
Perbezaan antara versi Standard dengan Black Gold ialah pada kemasan cat serta logo, dan Black Gold juga menerima enjin serta ekzos yang digelapkan untuk penampilan motorsikal yang lebih menarik sesuai dengan gaya penggunaannya. Aksesori rasmi keluaran Royal Enfield untuk Bullet 350 boleh di dapati di kedai eksklusif baharu yang terletak bersebelahan dengan ruang pameran motorsikal Royal Enfield di Menara Pacific Petaling Jaya. Ruang pameran dan pusat aksesori di tempatkan berdekatan untuk memudahkan perhubungan antara peminat, pemilik dan Royal Enfoeld di Malaysia.
Encik Rewi Hamid Bugo, pengerusi kumpulan DIDI, melahirkan rasa gembiranya, dengan dengan pelancaran Royal Enfield Bullet 350 baharu edisi khas ini kepada pelanggan dan penunggang di Malaysia yang telah memberi sambutan sangat baik di atas kehadiran motosikal Royal Enfield.
Royal Enfield juga telah menubuhkan sebuah komuniti penunggang yang menjadikan Royal Enfield sebagai jenama motosikal saiz sederhana nombor satu di Malaysia. Encik Rewi Hamid Bugo juga menyatakan rasa yakinnya bahawa Malaysia juga mampu menjadi seperti negara lain yang memiliki ramai peminat dan pengguna motorsikal jenama Royal Enfield. Lebih satu juta unit Royal Enfield Bullet 350 telah terjual di seluruh dunia buat masa ini.
Di samping itu sebagai respond kepada permintaan yang meningkat dan untuk menambah koleksi model Royal Enfield di Malaysia, Encik Rewi Hamid Bugo turut mengumumkan kemunculan dua warna baharu Royal Enfield Super Meteor 650 iaitu warna kelabu bintang dan hijau astral.
Royal Enfield Super Meteor 650 dijual pada harga bermula dari RM 37,900.00.
Mengenai pelancaran Bullet 350 di Malaysia, Anuj Dua, ketua perniagaan asia pacific market Royal Enfield berkata, Royal Enfield mempunyai sejarah panjang menyediakan motosikal moden yang diilhamkan oleh masa lampau yang legenda. Bullet 350 adalah bukti yang sempurna untuk ini, dan ia benar-benar menjadi teman yang sempurna untuk penunggang dari semua generasi. Royal Enfield Bullet 350 telah berjaya mengekalkan daya tarikan utamanya sehingga ke hari ini tanpa terpengaruh dengan reka bentuk moden masa kini.
Spesifikasi Bullet 350:
* Enjin J-platform satu silinder 349cc dengan penyejukan minyak udara
*Kuasa maksima 20.2 bhp @6100 rm dan 27 NM tork @4000 RPM
* Kotak gear 5-kelajuan
* Tayar hadapan 100/90 -19 dan belakang 120/80 -18 di berbanding versi peluru terdahulu.
*Brek cakera hadapan 300mm dan belakang brek cakera 270mm dengan sistem ABS
* Pilihan warna
Standard Black (hitam) dan Standard Maroon (maroon) Varian Black Gold datang dengan skema warna hitam dengan strip emas.
* Fork hadapan teleskopik 41 mm dan belakang penyerap hentak, dwi-absorber
* Panel meter gabungan analog dan digital disertakan dengan port USB
* Rim hadapan 19 inci, tayar 100/90 dan rim belakang 18 inci 120/80
* Muatan tangki: 13 liter
*Waranti Tiga tahun (tiada had jarak perbatuan)
* Tempat duduk dipertingkatkan untuk tunggangan lebih selesa.
Nota : Royal Enfield merupakan motorsikal tertua dalam pengeluaran berterusan sejak tahun 1901, dengan kilang pembuatan pertamanya telah dibina di Madras India pada tahun 1955. Royal Enfield merupakan peneraju dalam pasaran motosikal bersaiz sederhana global.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
sterz yap – linunn.yap@didiqro.com (+60 117- 877 3384) yap shen wei – shenwei.yap@didigre.com (+60 11 – 1148 0280) stephanie teo -tzene.teo
@didiaro.com (+6010-807 6861).
Comments
Loading…