in

RIDER OTAK SEMINIT: Endurance To Phuket Bikeweek 2024 – Part 1.

Kisah Kali ni berkisah tentang seorang rider yang jarang ride solo,selalunya berkumpulan dengan geng Peketum. Tapi kali ni aku Ride naik Suzuki Raider Fi, sebab Honde ADV aku roadtax mampuih dah… Empiii!

Al-kisah rancangan seminggu sebelum ride, kalau ikutkan 50-50 je. Dok rasa nak camping kat Bukit Ayaq takpon pi sampai Krabi je.. Sebab malas nk ambik cuti. Geng Peketum gerak Khamis malam, geng Katong gerak Jumaat pagi. Memandangkan aku masih kerja hari Jumaat, plan asal nak pergi camping dulu, lepas tu hari Sabtu pagi baru masuk siam, tu pon cadang sampai Krabi je..nak layan reggae event kat sana..haahahaaha..

Memandangkan Mat Duha (ketua Peketum) kata, “Mai dulu Phuket.. sampai nanti baru plan lain”. So, pada Khamis malam pack baju, standby passport, geran motor siap2.. Takut terlupa.

Maka hari Jumaat lepas balik kerja terus bergerak ke border Bukit Kayu Hitam, sampai border dalam jam perjalanan, time masa tu 7.30 malam. Selesai hal insuran, passport, topup sim, tukar duit 3000bht, maka perjalanan solo pun bermula. Singgah di Sadao cari masjid solat Maghrib dulu, lepas tu singgah makan dekat kedai awek cantik area situ jugak.

Selesai makan apa semua, dan awek manis pon macam dok jeling2 aja kat aku, tapi aku tabahkan hati buat2 macho walau dalam hati macam nak mintak alamat email kat dia heh! Sori la awek, aku ada misi, jika jodoh kita kuat, pasti kita bertemu kali ini untok apa, adakah hanya menambahkan lagi sangsara wooo..

Mula2 rasa nervous jugak ride solo malam2. Agak jauh jugak nak sampai Phuket, dekat 300KM jugak tu. Tapi bila fikir balik, saja amik semangat kawan2 yang ride solo sampai merata dah.. depa boleh ride takkan aku yang hensem bahkan berkumis nipis ini tak buleh pulak kan? Aku bantai je la. Berhenti isi minyak lepas tu jalan. Papehal bagi lepas hutan nak ke Trang sebelum pukul 12 pagi..seram jugak.. kete dan lori pon tak banyak lalu situ…time tu pulas je..bau wangi ke,bangkai ke..tak fikir apa dah.. suasana seram bulu betis ditambah lagi dengan turonnya hujan, masa tu baju hujan pon tak sempat pakai. Misteri dan menggetarkan jiwa yang tidak terbendong tatkala itu. Laluan itu sebenarnya laluan paling ‘Angker’, paling puaka kalau dilalui waktu tengah malam. Kita akan bertemu dengan pokok2 besar ditepi jalan, dan pokok2 itu diikat dengan kain2 berwarna serta terdapat juga beberapa ‘sajian’ diletakkan diperdu pokok2 besar itu. Perjalanan solo di daerah itu memang tidak digalakkan dibuat diwaktu malam, tetapi disebabkan diri aku ni tergolong dalam kategori hensem dan tampan, nak tak nak terpaksalah redah jugak.

Nak dijadikan cerita, stesen minyak banyak yg tutup awal sepanjang jalan tu.. Sebelum ni rasa macam takde masalah pon. Dan masa tu boleh pulak spare tank tak isi penuh sebelum masuk border. Tadi last isi minyak dekat Phattalung. Tatkala sampai pekan Trang stesen minyak pon tutup jugak, ada la stesen Caltex yang bukak kat situ, tapi gatai takmau isi sebab nak cari PTT jugak! Sekali tu sepanjang jalan tak jumpa stesen minyak yg bukak sampai la pekan Krabi 200km dari Phatthalung. Lagi 20km nak sampai pekan Krabi minyak betul2 habis sekali dengan spare tank pon habishhh. Dah la jauh dari pandangan orang, kereta dan moto pon tak nampak sangat yang lalu masa tu. Tak sampai 5 minit ada 3 bji motor lalu..aku tahan terus..nasib baik diorg brenti Nohhh! Depa geng Pattani nak ke Phuket jugak sebab diorang keje sana, so diorang la yg tolong towing cari minyak, last jumpa pump minyak kampung.. Kalau tak jumpa diorang memang aku plan tido tepi jalan ja.. Time tu dah pukul 12 malam dah. So.. lepas ni kena berhati-hati sikit bab stesen minyak kalo ride malam, Dan aku berjaya sampai Krabi jam 1 pagi. Lepak amik gambar dekat ketam dulu lah.. Lepas tu dok fikir, time tu awal lagi ni.. So aku plan gerak sampai Phuket terus lah. Sampai simpang Krabi ke Phuket, jumpa balik geng Pattani tu, dan kami gerak sekali sampai Phuket.

Aku sampai patong beach dalam jam 5pg. Aku cari masjid dulu solat subuh dulu, baru aku check in hotel, tumpang hotel yang geng sampai awal dekat area patong beach tu. Fuhhh.. rasa lega sikit lah bila dah sampai Phuket.

Bersambung…

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TERKINI: Royal Enfield Bullet 350 dan Super Meteor 650, Harga Bermula Dari RM23K Ajerrr!

KTM SAMBOT ‘ENIVERSARI’ DENGAN PELANCARAN 4 MODEL SEKALIGUS, HARGA SEHINGGA RM151K Joyyeahhh!