CFMOTO Malaysia akhirnya melancarkan model kategori Grand Tourer yang memiliki kapasiti enjin terbesar untuk pasaran Malaysia iaitu 1250TR-G dengan harga permulaan RM88,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ditawarkan dengan dua warna pilihan, CFMOTO 1250TR-G ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah CFMOTO di seluruh Malaysia bermula pertengahan Januari 2024.
1250TR-G, di mana setiap perincian pada motosikal ini menyerlahkan ciri kemewahan telah dibangunkan oleh enjin V-Twin 1,279cc yang menjana kuasa maksimum 140hp pada 8,5000rpm dan tork 120Nm pada 7,000rpm. CFMOTO terbaharu ini menjanjikan kelebihan teknologi yang sesuai untuk mereka yang gemarkan pengembaraan. Antaranya, ia menggunakan papan instrumen TFT dengan Multi Media Interface (MMI) bersaiz 12.3 inci dengan operasi mesra pengguna. Selain itu juga, ia turut menyediakan paparan maklumat yang diperlukan serta sambungan Bluetooth. 1250TR-G turut dilengkapi dengan “throttle elektronik” serta 3 mod tunggangan iaitu Sport, Comfort dan Rain, yang pastinya memberikan pengalaman tersendiri semasa berada di situasi atau jalan yang berbeza.
Selain itu, penghadang angin pada motosikal ini boleh dilaras dengan kawalan butang. Tak dilupakan juga, CFMOTO 1250TR-G memiliki konfigurasi sistem bunyi berteknologi tinggi yang memberikan pengalaman untuk tunggangan yang mengasyikkan, dilengkapi dengan sistem pemantau tekanan tayar (TPMS).
Untuk keselamatan yang optimum, sistem brek hadapan menggunakan reka bentuk dwi-cakera bersaiz 320mm dan cakera tunggal 270mm pada brek belakang. Kedua-duanya lengkap dengan caliper berjenama Brembo Hai DSA Disini. Menambahkan lagi ciri keselamatan pada model ini, ianya dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran. Ianya demi memastikan prestasi brek yang tepat lalu menjamin piawaian keselamatan yang cemerlang.
Penyerap hentak Marzocchi dengan tetapan yang boleh dilaras turut dipasang pada CFMOTO 1250TR-G. Ia menyediakan kawalan yang luar biasa dengan prestasi menyerap hentakan demi keselesaan penunggang. Terdapat juga Up-down Quickshifter yang memberi membolehkan penunggang menukar gear tanpa menggunakan klac, lalu menawarkan pengalaman yang selesa dan santai kepada penunggang.
1250TR-G menggunakan sistem pencahayaan LED penuh pada lampu hadapan dan juga belakang. Lampu Daytime Running Light (DRL) berfungsi untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan juga penglihatan yang optimum. Manakala, lampu belakang LED yang bergaya dan terang meningkatkan keterlihatan dengan reka bentuk moden dan bergaya.
Dengan kesemua spesifikasi, dan ciri-ciri berteknologi tinggi ini, ianya menjadikan CFMOTO 1250TR-G bukan sahaja sesuai untuk kegunaan peribadi malah sesuai untuk agensi penguatkuasa kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.
Bagi mengekalkan kualiti pemasangan, setiap CFMOTO Malaysia telah diberikan latihan teori dan teknikal yang komprehensif mengenai standard pemasangan oleh CFMOTO Global dengan penglibatan pakar tempatan yang mahir dan berpengalaman. Selain itu, CFMOTO Malaysia turut mendapat latihan tentang cara melakukan penyelenggaraan dan penggunaan peralatan khas yang
disediakan.
Bukan itu sahaja, CFMOTO Malaysia telah menguji motosikal ini dengan jarak keseluruhan sejauh
50,000km. Ia telah melalui pelbagai ujian, seperti ujian ketahanan, selekoh, dan ujian perjalanan jarak jauh. Kesemua jenis ujian ini adalah standard yang dipatuhi oleh CFMOTO Malaysia bagi memastikan prestasi model ini berada pada tahap yang cemerlang. Ini kerana, jika perlu, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) akan menambah baik dari segi sistem atau komponen motosikal bagi memenuhi keperluan pasaran Malaysia.
Dengan setiap pembelian CFMOTO 1250TR-G, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.
Comments
Loading…