in

TEST RIDE DOMINAR 250: Sport Touring Paling Dominan 2023?

 

Perjalanan Abah dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka menggunakan laluan Hiway KL – Seremban dan Hiway PLUS bemula 10.00 pagi. Keadaan di sepanjang perjalanan berjalan lancar walaupun kenderaan agak banyak dan sibuk kerana hari ini adalah hari cuti umum untuk sambutan perayaan hari Natal.

Persinggahan pertama Abah daripada Kuala Lumpur sebelum memasuki bandar Melaka adalah stesen minyak Petronas pintu gerbang Ayer Keroh. Abah singgah disini untuk berehat sekejap dan melegakan urat saraf kerana sudah lama tidak ride jauh tanpa henti (140km). Menunggang ‘sport-touring’ Dominar 250 di atas Hiway selama lebih kurang satu jam setengah tanpa henti sangat menyeronokan. Tak rasa sakit pinggang cuma Abah rasa sedikit lenguh pada bahagian bahu kerana lama tak ride “long distance”. Walaupun Abah menunggang dalam keadaan rileks santai sahaja sekitar 130 – 135 kilometer sejam namun Abah rasa sudah cukup selesa dan tenang menunggang Dominar 250 yang mempunyai kuasa 27 Hp dan beratnya 180 kilogram. Tiada rasa gegaran yang ketara atau pun rasa bergoyang ketika memotong kenderaan berat walaupun ditunggang pada kelajuan maksima (140kmj).

Selepas berehat dan pekena setin minuman ringan, Abah meneruskan perjalanan menuju ke bandaraya Melaka untuk mencari asam pedas sebagai hidangan tengahari Abah hari ini. Keadaan trafik di bandaraya agak sesak kerana ramai pelancung tempatan datang ke sini untuk bercuti sempena Krismas. Walaupun memiliki handle yang lebar namun Abah dapat menyelit dan mencelah dengan lancar. Dengan menggunakan sistem “slipper clutch”, penukaran gear ketika berada dicelah celah kenderaan yang sesak sangat mudah dan lembut.

Abah singgah di sebuah restoran masakan asam pedas di tengah bandaraya Melaka untuk menikmati masakan asam pedas yang merupakan masakan popular dan di gemari oleh rakyat Malaysia. Tidak sukar mencari kedai menjual asam pedas disini kerana terdapat banyak restoran atau gerai-gerai menjual asam pedas di sini. Selepas menikmati masakan asam pedas ikan siakap Abah bergerak untuk ronda-ronda sekitar bandaraya Melaka bersama Dominar 250. Abah sempat singgah di kawasan yang menjadi tumpuan pelancung seperti tugu meriam, kubu lama, muzium kapal, masjid terapung (sedang pengubahsuaian) dan sekitar Dataran Pahlawan. Abah bergerak balik ke Kuala Lumpur melalui laluan lama menempuh Lendu, Masjid Tanah, Kuala Linggi dan Port Dickson.

Abah ride melalui “jalan kampong” bersama Dominar 250 secara santai sahaja dengan kelajuan sekitar 100 kilometer sejam kerana Abah ingin menikmati keindahan panorama hutan hijau dan kawasan perkampungan di sepanjang perjalanan. Suasana sepanjang perjalanan juga redup kerana di lindungi oleh pokok-pokok yang terdapat di kiri dan kanan jalan. Dalam perjalanan ini Abah singgah di bawah jambatan Sg Linggi sempadan antara Negeri Sembilan dan negeri Melaka. Kawasan ini merupakan port bagi kaki pancing kerana terdapat ikan siakap, kurau, pari dan juga udang. Abah sempat bersembang dengan seorang pakcik yang datang dari Rembau menemani anaknya memancing di sini. Dari Kuala Linggi Abah meneruskan perjalanan menuju ke Port Dickson. Laluan antara Kuala Linggi sehingga persimpangan kampong Sg Raya agak sempit sedikit namun tiada masalah melalui laluan sempit dengan Dorminar 250 walaupun handlenya agak mengembang sedikit. Dengan 27 hp dan brek ABS pada bahagian hadapan, aksi memecut, memotong dan membrek secara mengejut menjadi mudah dan rasa lebih selamat.

Sampai di Port Dickson Abah mengisi semula petrol yang masih ada 3 bar. Melalui pengalaman Abah, apabila lampu penanda aras petrol berkelip kelip bermakna masih ada lebih kurang 3 liter petrol di dalam tangki Dominar 250 yang boleh diisi sehingga 13 liter sekali isian. Pada kiraan Abah, satu tangki penuh boleh digunakan untuk perjalanan pergi balik Kuala Lumpur Melaka atau pada jarak sekitar 357 kilometer.

Di Port Dickson Abah sekadar ronda ronda di sekitar pantai-pantai untuk seketika dan singgah juga di Masjid Depoh RAMD. Ketika perjalanan balik ke Kuala Lumpur, keadaan laluan Hiway Seremban agak sibuk juga tapi tidak menjadi masalah kepada Abah kerana ride kali ini Abah benar-benar ride santai untuk menikmati keseronokan menunggang Dominar 250.

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik ride santai mencari asam pedas Melaka berjalan lancar dan selamat.

Dominar 250, jentera Sport Touring khas untok Raida2 kaki santai. Jika anda dalam kategori santai (bukan kaki rembat atau kaki leper), inilah jentera wajib dimiliki!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KEJOHANAN CUBCROSS TERTUTOP ZON UTARA 2023: Aksi Hujong Tahon Penoh Sensasi!

TEST RIDE AVETA RANGER MAX 130 : Sebuah Review Hampir Sempurna.