in

PENGERTIAN SABUAH SUMPAHAN : YAMAHA BELLE R ‘CHEMPIEN BEST KASTEM’ RETROMANIA 2023!

Semua orang dah tau jentera nih, tapi untok melehatnya di jalanan sudah tentu tak semudah menyebot namanya. Ya, kalau mengikot kata2 Lee Konga Sang Pala Tau, jentera Yamaha Belle R bukanlah terlalu asing namanya di Malaysia (walaupon ianya tidak dipasarkan disini). Tapi keadaan ‘Uruf setempat serta ketenteraman masharakat telah menghalang jentera Belle R ni untok dipasarkan di Malaysia. Maka, kat Malaysia lahirlah jentera yang bernama Yamaha 100 Sport sekitar awal 90an nan silam, yang bulehlah dikatakan sebagai kembar tak seiras Nohhh!

Jentera yang sedang Lu Orang tengok kat page nih adalah Yamaha 100 Sport lah. Tapi disebabkan kreativiti dan minat mendalam dalam bidang pinda meminda, tuan punya jentera nih yang hensem lagi berbudi bahasa, bernama Khairul Speedster, telah menghamborkan kepakaran dan kreativitinya untok melahirkan sebuah Belle R dalam kondisi yang terpaling ‘Kastem’, mengalahkan motor orijenal dari Siam.

Pertemua Gua dengan Khairul Speedster nih seolah-olah seperti sudah tertulis didalam kitab Al Kitabultaqdirulkastemikuntum  Fiishuaqbaanan. Sedari awal lagi Gua di event Retromania 2023, Gua dah terpandang jentera ni, tapi tak nampak dia punya owner. Akhirnya di hari terakhir, ketika semua orang sedang bersiap2 nak balek dah, Gua saja ronda2 buat kali terakhir ke seluroh pelusok dewan Maeps dan nampaklah Khairul tengah dok kemas2 motor nih untok dibawak pulang ke Telok Intan.
Apa lagi, teros la Gua menyerangnya dengan soalan bertali arus Nohhh!

Menurot Khairul, jentera Belle R ni telah dipileh sebagai Johan kategori Custom di Retromania 2023. Panjang kata, dari keselurohan jentera2 yang diparking didalam Hall A Maeps Serdang sempena event Hari Raya Retromania 2023, untok kategori Custom, jentera Belle R inilah yang dipileh sebagai Chempien Nohhh! Khairul amat teruja dengan kemenangan tersebot dan semestinya amat berbangga lah dengan segala usaha dan keringat dia yang membuahkan hasil. Ini akan menjadi satu kenangan terindah sempena harijadinya yang bakal dirayakan nanti.

Jentera ini telah melalui proses yang agak panjang untok disumpah sebegini rupa. Bukan setakat bodikit saja yang dibuat pertukaran, bahkan ianya telah merawit ke bahagian enjinifikasi dimana telah dimasokkan pelbagai elemen canggih hinggakan Gua yang memang taktau sangat pasal enjin motor ni menjadi kebas sebelah kepala memikirkan ‘menatang’ apa yang dia pasang nih? Enjin Yamaha 100 Sport ini telah dimasokkan pelbagai elemen antaranya Radiator serta fuel pump dan yang lain2 lagi yang tak reti Gua nak eksplain. Sistem brek depan dan belakang pon terlalu padu. Menurot Khairul, Brek disk depan dia pasang kiri dan kanan agar lebeh grip masa membrek, sesuai dengan kelajuan jentera yang mempunyai enjin yang laju tuh.

Kos yang dibelanjakan untok menghasilkan sebuah Yamaha Belle R ini sekitar 7-8 ribu ringgit jugak, dan menurot Khairul lagi, ini bukanlah jentera pertama yang dia bikin camnih. Dia sebenarnya dah terjebak kedalam lembah penderhakaan kastemizeshen ini dah agak lama, dan dah banyak bijik dah Yamaha Sport telah disumpah menjadi Belle R hasil dari tangan dia Nohhh! Maka, jika ada sesiapa yang berhasrat untok membuat Yamaha 100 Sport Lu Orang dipandang penoh hasad dengki oleh Mat Rempit taman perumahan ataupon orang kampong Lu Orang, segeralah kontek brader Khairul untk deal bikin dengan dia.

Untok pengetahuan Lu Orang jugak, Khairul Speedster turon ke Retromania 2023 bawak motor nih bukan naik atas lori atau pikap yee… Khairul bersama dua lagi member bawak motor nih dengan Rock N Ride all the way from Telok Anson Nohhh! Respek! Ini baru betol main motor, bukan mempermainkan motor Joyeahhhh!

Okay, sesiapa yang berminat nak tau lebeh lanjot bahkan kalau nak bikin Yamaha 100 Sport jadi Belle R pon, buleh kontek atau wassap Khairul Speedster ditalian : +6017 4554 542. Semoga Khairul Teros berkreasi tanpa henti Nohhh!

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HAMPIR 30 RIBU BERSANTAI DI PERLIS!

KEDAI BARU ROYAL ENFIELD DI BATU CAVES