Sebuah perjalanan yang agak panjang, agak berliku tapi berkat istiqomah dan sabar akhirnya membuahkan satu hasil yang memuaskan! Ulang tahon Retromania kali ke 11 pada tahon ini menjadi satu sejarah baru dalam penganjurannya, dimana ianya dibikin didalam dewan Maeps, Serdang Selangor.
Semenjak ianya dianjorkan, inilah pertama kali acara paling Retro ini dibuat didalam tempat tertutop, dan kesan sampingannya memang ketara sekali lah. Jika dahulu di Pantai Morib, suasananya lebeh asli dan penoh dengan debu dan asap2 liar tanpa henti, kali ini semuanya itu tidak dirasakan lagi. Kali ini suasana lebeh tenang, sejok dan eksklusif. Dan kali ini jugaklah pengunjong dikenakan bayaran untok masok ke dewan pameran dengan bayaran RM20 untok DUA hari acara. (Setiap bayaran masok berpeluang memenangi hadiah cabotan bertuah motorsikal).
Didalam dewan pameran dah tentulah banyak jentera2 yang join pertandingan dan booth2 jualan pon agak rancak. Tahon ini banyak betol hadiah2 yang disediakan. Cabotan bertuah saja dah ada hampir 10 jentera (elektrik dan carburetor). Tu belom masok hadiah2 sampingan lagi. Pentas utama jugak agak luas, sound system pon padu sampai nak bersembang pon kena bertempik tepi telinga Nohhh heh!
Walaupon pada mulanya ramai beranggapan acara tahon ni akan kurang sambotan sebab dibikin di tempat eksklusif Maeps Serdang tu, tapi ternyata sangkaan itu agak meleceh dan meleset. Pada hari Sabtu memang slow, tapi masok aja hari Ahad, tudiaaa… bertali aros orang masok ke dalam dewan pameran. Dan untok nak mencari dan melehat sendiri sambotan sebenar, Gua keluar melilau di sebelah luar dewan pulak. Tudiaaa… Walaupon ada lagi ruang yang tak terpenohi, tapi suasana amat2 meriah walaupon cuaca panas kat luar tu seperti tidak dapat didiskusikan lagi Oyeahhh!
Gua jugak meronda sekitar kawasan penjualan makanan dan minoman, dan rasanya kat area situ ada ruang kosong yang agak luas jugak lah. Maka Gua mencadangkan, kalau ada rezeki lagi untok bikin disini di tahon mendatang, kumpolkan semuanya kata atas tuh. Bukan apa, dihari Raya Retro 2023 ini, terdapat beberapa acara2 lain yang dibikin di sekitar Maeps tuh. Mungkin sebab itulah crowd agak terpecah2 dan tidak terkumpol di satu venue. Harap tahon depan semuanya dikumpolkan disatu kawasan saja Nohhh!
Khemah2 jualan merchandise dan makanan kat luar dewan memang tak menang tangan Gua tengok. Tengahari sekitar jam 2 petang, banyak gerai kehabisan nasik. Semuanya sedang menanak semula sebab raider2 yang datang mungkin melebehi dari jangkaan. Gua tengok harga nasik ayam agak boleh lah dibawak berbincang, sekitar RM6-8 satu hidangan. Tapi harga air balang agak keterlaluan. Segelas yang size pasar malam tu ada yang jual sampai RM5! Melehat pada harga sebegitu, dan orang ramai terpaksa la jugak beli (sebab haus nak mampos), maka Gua secara automatik ingin bisnis jual air balang jugaklah tahon depan keh keh! Nota: Kepada peniaga2 air yang menjual air dengan harga lebeh rendah hari tu, Gua respek sama Lu Nohhh!
Dalam suasana baru, Retromania kali ini berjaya menghimponkan ribuan jentera lama dan baru, dan pengunjong pulak dianggarkan hampir 30 ribu. Gua sedikit nak tergelak bila ada info mengatakan bahawa Retromania kat Maeps tahon ni seperti meniru acara dari penganjor lain. Bagi Gua, setiap acara yang dianjorkan di Maeps (yang bersifat permotoran) berbeza dan tak sama mazhabnya. Acara yang sana ada konsep dan peminatnya, acara yang sini pon ada penganotnya yang tersendiri. Jadi, toksahlah dok pakat claim itu tiru ini, ini tiru itu. Sapa pon yang anjor, kalau kena dengan tekak kita, turon lah sapot. Tak kena dengan tekak, pi la healing kat Pulau Batu Layang sorang2 Nohhh!
Retromania tahon ni macam biasa, dihadiri dengan pelbagai jiwa2 retro. Geng Rockers ada, geng 70s Revival ada, geng BMX 80s ada, geng kereta lama ada, Geng Vespa ada, Geng chopper ada, pendek kata segala yang berkaitan retro semuanya ada. Artis2 pon ada jugak antaranya Ali Terra Rossa dan Hatta Junction yang turon melayan peminat2 Rock. Walaupon kali nih berlangsong dalam tempat yang agak eksklusif, tapi suasana macam kat Morib tu ada la rasa jugak sikit2 Nohhh! Oh ya, member dari Singapore dan Indonesia pon ada yang turon sapot event ni Nohhh! Tahon depan mungkin Raida dari Jepon pulak akan join Joyeahhh!
Retromania 2023 di Maeps Serdang kali ni telah menyaksikan seorang Raida dari Penang yang pulang membawak sebuah Yamaha RXZ Catalyzer warna kuning. Dia isi 3 borang cabotan bertuah, pada hari Sabtu dia menang sebijik helmet, dan pada hari Ahad dia menang pulak sebuah Yamaha RXZ! Paling menarek untok dikongsikan kat sini bahawa, brader ni baru saja menjual RXZ kesayangannya. Tup2 hari event Retromania di Maeps ni, dia menang pulak sebijik RXZ. Ini satu keajaiban dan Lu memang orang paling bertuah dalam Malaysia lah bro! Tahniah!
Alhamdulillah, acara tahon ini berkesudahan dengan penoh kenangan indah dan saksess. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam siri ke 12 acara Retromania di tahon mendatang. Syabas dan tahniah kepada penganjor serta pemenang dan tak lupa pada semua yang turon sapot. Lu Orang Memang Rock N Ride Nohhh!
*Klik pada gambar dibawah untok view lebeh besar.
Comments
Loading…