in

ENJIN PADU, KAVERSET BARU, INILAH YAMAHA 135LC Fi IDAMAN QOLBU!

YAMAHA 135LC Fi menampilkan 3 warna baharu yang menarik dan bergaya iaitu Cyan, Putih dan biru Laut dan warna baharu Biru khas untuk Edisi Khas (SE).

Penampilan warna baharu dan Harga Yamaha 135LC Fi boleh didapati di semua pengedar Yamaha yang sah diseluruh negara bermula dari 6 Oktober 2023. Harga runcit yang disyorkan ialah RM 8,298.00 untuk versi standard, dan RM 8,798.00 untuk versi SE. Harga tidak termasuk yuran pendaftaran dan tanpa perlindungan insurans.

Setiap pemilik baharu Yamaha 135LC Fi akan menerima sebuah kunci keselamatan(cakera) Yamaha bernilai RM 100 setiap satu. Manakala setiap pembelian Yamaha 135LC versi SE akan menerima visor sukan tambahan bersama-sama dengan bakul Premium Yamaha.

Yamaha 135LC Fi dan Yamaha 135LC Fi dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api dengan klac automatik dan mematuhi EURO4.
Kuasa maksimum 9.3 kW(12.5Hp) pada 8,000 rpm dan 12.2 Nm tork pada 6,000 rpm.
Enjin: 135cc
Tangki: 4.6 liter
Berat: 109 Kg
Tayar saiz: 17 inci
Ketinggian tempat fuduk: 775mm
Brek hadapan: Cakera

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Lee Chan Wee – Ketua Pemasaran: 012-3938301
Mohd Hafiz Abd Aziz – Pengurus, Pemasaran & Perancangan Produk: 019-7731184

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MALAYSIA MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2023 ROUND 2

BERHARGA ASAS RM5,999.00, INILAH YADEA E8S PRO, SKUTER ELEKTRIK TERBAHARU DARIPADA MFORCE.