in

MALAYSIA MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2023 ROUND 2

Pusingan kedua Malaysian Motocross Championship yang sangat dinantikan telah berlangsung pada 16 dan 17 September 2023. Lapan kategori yang mendebarkan dipertandingkan dengan sengit, memaparkan kecekalan dan keazaman pelumba motocross negara.

Dalam kategori MX2, Muhammad Daud bin Mohammad Kasim muncul sebagai JUARA Pusingan ke-2 ini. Walaupun menghadapi halangan awal dalam Moto-1, Daud menunjukkan kecekalan dan kemahiran luar biasa dalam Moto-2 & 3, ini sekaligus menewaskan pemenang pada pusingan pertama iaitu Muhammad Zubir yang juga merupakan adik kandung beliau.

Acara ini menyaksikan aksi-aksi yang luar biasa dengan keadaan trek yang pada mulanya sangat kering serta berdebu dan hujan lebat pada sebelah petang yang memberikan cabaran hebat buat kesemua pelumba motocross. Mahupun begitu, ini bukanlah alasan bagi pelumba motocross ini untuk terus beraksi dan memberikan pengalaman yang terbaik buat semua yang menonton.

Malaysian Motocross Championship akan terus memperkasakan bakat-bakat muda untuk menjadi pelapis negara. Teruskan menyokong pusingan-3 yang dijangka akan berlangsung di Putrajaya bersempena dengan hari sukan negara iaitu 14 & 15 October 2023.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CUBPRIX : ADIB MEMBURU TEMPAT KETIGA TERATAS

ENJIN PADU, KAVERSET BARU, INILAH YAMAHA 135LC Fi IDAMAN QOLBU!