Yamaha Y15ZR SE (Special Edition) didatangkan dalam warna baharu dengan KIT AERODINAMIK eksklusif untuk penampilan yang lebih menarik dan sporty. Antara keistimewaan Yamaha Y15ZR SE adalah panel badan dipadan dengan warna biru gelap berserta jalur hitam, merah dan emas. Manakala rim pula disalut dengan warna keemasan untuk menyerlahkan lagi penampilan dan perbezaan antara Y15ZR SE dan model biasa. Pemilik Y15ZR SE juga akan menerima lima keping “kit aero” untuk dipasang pada bahagian panel tepi, belakang serta penghadang lumpur hadapan.
Yamaha Y15ZR SE dikuasakan oleh enjin satu silinder pematuhan EURO 4, SOHC dengan penyejuk cecair 150cc. Kuasa enjinnya mampu menghasilkan kuasa sehingga 15.5Hp pada 8,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 6,500 rpm. Spefikasi lainnya seperti saiz tayar dan rim, suspensi hadapan teleskopik, suspensi Belakang monoshock, ketinggian, paparan meter LED, lampu hadapan LED, brek cakera tunggal hidraulik hadapan dan belakang adalah sama tiada perubahan
Yamaha Y15ZR SE kini boleh di dapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula dari 15 Ogos 2023. Harga runcit yang disyorkan ialah RM 9,498.00 tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans. Mahal sedikit dari model biasa yang dijual dibawah harga RM9000.00.
Setiap pembeli baharu Yamaha Y15ZR SE akan menerima sebuah kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100.00 setiap satu.
Sejarah HLYM:
HLYM dilantik sebagai pemegang francais rasmi untuk motosikal CKD dan CBU Yamaha di Malaysia sejak 1978. Ia melancarkan model jalanan CKD Yamaha yang pertamanya, Yamaha RX100 di kilang Shah Alam pada 1979.
Untuk Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Lee Chan Wee – Ketua Pemasaran: 012-3938301
Ng Kok Chee – Penolong Pengurus, Pemasaran: 016-6683271
Comments
Loading…