in

BERHARGA RM7080.00, INILAH HONDA VARIO 125cc TerNEW TerHOT DARI BOON SIEW HONDA!

Boon Siew Honda hari ini menawarkan satu lagi model baharu dari generasi VARIO untuk pilihan pengguna dengan memperkenalkan VARIO 125cc. VARIO 125 dilancarkan dan dipertontonkan kepada orang ramai dalam satu majlis pelancaran rasmi yang diadakan di Jempol Negeri Sembilan sempena perlumbaan pusingan kedua Malaysia Petronas Cub Prix 2023.

VARIO 125 direka bentuk dengan penampilan yang lebih sporty, bergaya dan ditambah dengan pelbagai ciri menarik dan canggih, menjadikannya ia sebuah skuter yang sesuai untuk semua golongan peringkat umur samada lelaki mahu pun wanita.

Ketibaan Honda Vario 125 selapas kemasukan VARIO 150 dan VARIO 160 di Malaysia adalah jawapan kepada penunggang yang mencari skuter mampu milik yang menawarkan ciri menarik, moden dan canggih yang turut terdapat dalam skuter premium.

Ciri utama Honda VARIO 125:

* Enjin baharu 124.99cc 4-Lejang sejukan cecair dengan eSP yang memastikan kuasa optimum di jalan raya dan ldling Stop System (ISS) yang memberikan kecekapan bahan api

* Honda SMART Key System yang mempunyai Sistem Penggera Anti-kecurian untuk keselamatan tambahan serta Sistem Jawab Balik. Honda SMART Key System adalah yang pertama di dalam kategori 125cc. (Sistem Penggera Anti-kecurian ini akan menghidupkan bunyi penggera dan isyarat akan berkelip apabila motorsikal mengesan getaran atau pergerakan).

* Pengecas USB dalam kotak konsol supaya penunggang boleh mengecas telefon bimbit ketika menunggang.

*Ruang penyimpanan barang (18 liter) dibawah tempat duduk adalah yang terbesar dalam kelasnya(125cc) untuk kemudahan kepada penunggang dan ruang ini boleh menyimpan sebuah helmet.

* Dilengkapi Sistem Lampu LED pada semua lampunya,
Sistem Lampu LED memberikan gaya yang mewah dan memberikan penunggang perasaan yang lebih ekslusif dan bergaya.

 

* Panel meter digital sepenuhnya. Memberi pandangan yang menarik dan moden kepada penunggang sambil memberikan semua maklumat yang diperlukan dengan sekali imbas.

* Corak badan yang sporty dan grafik garis accent yang elit memberikan rupa yang bergaya.

*Ruang kotak terbuka dibahagian bawah kiri dan kanan handle boleh memuatkan botol air dan barangan lain seperti sarung tangan.

*Penampilan sporty Honda Vario 125 direka untuk memenuhi pilihan golongan muda atau yang ingin dilihat bergaya di jalan raya.

SPEFIKASI VARIO 125:

*Enjin: Satu silinder, sejukan cecair, SOHC 4-lejang
*Kapasiti Enjin: 124.9cc
*Gerek (Bore) X Lejang(mm): 52.4 x 57.907
*Nisbah Mampatan: 11:1
*Kuasa Maksima (kw/rpm): (11.5Hp) 8.55/8500
*Tork Maksimum (N.m/rpm): 11.74/5000
Muatan Tangki: 5.5 Litee
Penghidup Enjin: Elektrik Automatik
Tinggi Tempat Duduk: 769mm
Berat: 112 Kilogram
Suspensi Hadapan: Teleskopik
Suspensi Belakang: Swing Arm dengan Suspensi Tunggal
Tayar Hadapan: 90/80 14M/C 43P(tanpa tiub)
Tayar Belakang: 100/80 14M/C 48P(tanpa tiub)
Brek Hadapan: Cakera Hidarulin
Brek Belakang: Mekanikal Dram

Tiga Pilihan Warna: Merah, Biru dan Kuning

Harga disyorkan RM7080.00

Boleh didapati di semua pengedar motorsikal mulai 14 Mac 2023.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KASMA KUASAI LITAR JEMPOL (Cubprix 2nd Round).

PROGRAM TAYAR RAHMAH OLEH DANIA GARAGE! RM5 RINGGIT SAJA OYEAHHH!