Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah memperkenalkan model klasik terbaharu dari WMOTO iaitu Bobbie VII di majlis pembukaan rasmi Mforce Smart Shop Kajang oleh CA Cycle Advance (Kajang) Sdn. Bhd. Harga permulaan bagi model ini adalah RM35,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. WMOTO BOBBIE VII hadir dengan dua warna pilihan; Matte Black dan Metallic Black. WMOTO BOBBIE VII kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah WMOTO seluruh Malaysia.
Motosikal yang mengimbau suasana klasik ini memiliki enjin dengan sesaran 693cc, 2 silinder dan 4 lejang yang dapat menghasilkan kuasa maksimum 74Hp pada 8,500rpm dan 64Nm pada 6,500rpm. Seiring dengan perkataan “Lagenda Klasik”, WMOTO BOBBIE VII hadir dengan penggayaan lampu utamanya yang berbentuk bulat yang menyerlahkan gaya motosikal klasik.
Meskipun menampilkan unsur-unsur sebegitu, model ini masih menggunakan teknologi moden.
Motosikal ini menggunakan LED penuh di hadapan dan juga belakang serta lampu isyarat yang terang meskipun menunggang di bawah pancaran matahari yang terik. Selain itu juga, WMOTO BOBBIE VII menggunakan paparan meter jenis digital yang memberikan anda segala informasi penting.
Demi keselamatan penunggang, BOBBIE VII lengkap dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran. Selain itu juga, terdapat pengecas USB yang tersedia untuk mengecas gajet anda. Untuk penunggang, bukan sahaja tempat duduk diperbuat dari bahan yang berkualiti, tetapi ia juga boleh dilaras ketinggiannya mengikut kehendak penunggang.
Menambahkan lagi unsur klasik dan mewah, adalah logo “BOBBIE” berwarna emas turut dipahat pada tempat duduk penunggang dan juga penumpang. Kemudian, tangki bahan api pada WMOTO BOBBIE VII memiliki kapasiti sebesar 15 liter yang membuatkan penunggang dapat menikmati perjalanan mereka tanpa perlu kerap berhenti di stesen minyak untuk pengisian semula.
Terdapat jugak edisi speshel yaitu WMoto Bobbie VII Side Car. Belom pernah lagi dalam sejarah Malaysia selepas Merdeka, sebuah jentera berkapasiti 700cc dijual dengan tambahan Side Car. Menurot COO Mforce Bike Holdings yaitu Mr Asri, pehak Mforce kini sudah menghantar segala data dan maklumat kepada pehak JPJ Malaysia untok mendapat approval memasang Side Car pada jentera Bobbie VII. Katanya, peratosan untok diluloskan JPJ amat tinggi, maka lepas nih kat Malaysia akan ada jentera yang ada Side Car secara ‘halal’ dari JPJ.
Mungkin ada yang tertanya, kalau Bobbie VII ni dipasang sekali dengan Side Car, berapakah harganya? Okay, kita pecah rahasia siap2. Bobbie VII Side Car akan dijual dengan harga RM55,888! Senmperrr Jerrr!
Dengan setiap pembelian WMOTO BOBBIE VII, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Comments
Loading…