Pengedar tunggal motorsikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Malaysia telah melancarkan sebuah kelab khas untuk Wanita yang memiliki motorsikal Yamaha di Malaysia.
Majlis pelancaran Kelab Dewi Yamaha ini diadakan pada hari sambutan “Hari Wanita Antarabangsa”, dan telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Puan Hannah Yeoh dan turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Datuk Dr Jim Khor dan wakil penaja utama Kelab Dewi Yamaha dari Berjaya Sompo dan AEON Credit Services.
“Bijak Berani Siap Sedia”, ini adalah slogan Dewi Yamaha.
Dalam ucapan aluannya, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Datuk Dr Jim Khor mengucapkan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh kerana sudi meluangkan masa menghadiri Majlis Pelancaran hari ini dan turut menyatakan rasa bangga dan teruja dapat bersama bikers wanita untuk meraikan Hari Wanita Sedunia 2023.
“Pada hari ini, kita bersama-sama berkumpul, untuk meraikan kekuatan, keberanian, dan keazaman yang di miliki oleh wanita seluruh negara. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua, kerana telah memilih Yamaha sebagai “passion” anda”, kata Datuk Dr Jim Khor.
Datuk Dr Jim Khor juga turut berkongsi statistik berkaitan dengan peningkatan pemilikan wanita ke atas motosikal Yamaha kepada 25% berbanding 10% beberapa tahun lalu.
“Ini adalah peningkatan yang amat baik. Malahan kita dapat lihat, group riders Wanita pada hari ini semakin berkembang. Mereka bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang berfaedah, dan merupakan sebahagian daripada ‘lifestyle’ mereka. Hong Leong Yamaha mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Kelab Dewi Yamaha Malaysia ini bertujuan untuk memperkasa dan menggalakkan para wanita untuk mengejar minat dan matlamat mereka, saling memberi inspirasi, baik di dalam mahupun di luar dunia motosikal”, tambah Datuk Dr Jim Khor dengan senyuman manis.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Hannah Yeoh berkata kementeriannya akan memberi sokongan dan kerjasama sebaiknya dengan pihak Hong Leong Yamaha Malaysia untuk mencari jalan terbaik bagi menggalakkan pembabitan wanita dalam industri motosikal termasuk sukan permotoran. “Kebanyakan wanita hari ini membeli motosikal bukan lagi sekadar untuk ke tempat kerja atau untuk kegunaan harian, kini mereka turut menumpu kepada aktiviti beriadah bersama rakan rakan yang memiliki hobi yang sama pada hujung minggu atau cuti umum selepas melalui hari-hari yang memenatkan samada untuk bekerja atau menguruskan keluarga”, ujar YB Hannah Yeoh yang sentiasa nampak muda. Apakah rahsia dia sentiasa muda? Nanti kita interview Hanna Yeoh okay!
Pada majlis pelancaran Dewi Yamaha yang diadakan di Gamuda Cove Banting itu, pelbagai aktiviti telah diadakan oleh penganjur seperti tarian zumba, mencari harta karun, cabaran berhalangan, klinik motosikal, sembang santai bersama Nor Atikah (pemilik pasukan Tobaki Racing Team). Sebuah YAMAHA EGO GEAR turut ditawarkan sebagai hadiah istimewa dalam cabutan bertuah untuk dewi Yamaha yang bertuah.
Dalam masa terdekat ini, Kelab Dewi Yamaha Malaysia akan menganjurkan kelas Marshal Riding Training pada 13 Mac 2023. Antara aktiviti lain yang telah dirancang akan dianjurkan di masa hadapan adalah, Safety Riding Training, program amal, perhimpunan Dewi Yamaha, konvoi dan lain lain.
Pelancaran Kelab Dewi Yamaha oleh Hong Leong Yamaha Malaysia pada hari tersebot telah menarik minat lebih 700 wanita pemilik motorsikal Yamaha dari seluruh negara.
Dewi Yamaha Teros Maju Oyeahhh!
Comments
Loading…