Jenama ini mungkin masih baru dikalangan rider-rider Malaysia, tetapi bagi golongan rider-rider J&T, Food Panda atau Grab memang tidak asing lagi kerana mereka ini amat memerlukan produk-produk yang membantu dalam aktiviti harian mereka.
Oleh yang demikian, Mr Lionel Tan Chee Siang yang merupakan CEO Ceria Rider Sdn. Bhd. telah mengilhamkan Rievo Malaysia yang mana jenama ini mengkhususkan perihal keselesaan dan keselamatan rider.
Jenama Rievo mula memasuki pasaran dan diperkenal kepada khalayak sejak Julai 2022. Produk-produk di jual secara lansung di HQ Ceria Rider dan beberapa outlet di sekitar Lembah Kelang. Sejak ia dilancarkan, sambutan agak baik dikalangan rider-rider perkhidmatan penghantaran dan Rievo juga giat mengadakan roadshow di acara-acara permotoran seperti di Malaysia National ET Drag Race.
Produk yang telah ditampilkan oleh Rievo Malaysia agak unik, kerana produk-produk ini menumpukan kepada aspek keselamatan, keselesaan, kemudahan dan kebersihan rider. Rievo Malaysia percaya perkara asas ini juga penting untuk diberi perhatian kerana ia sedikit sebanyak membantu raider dalam menghadapi seribu satu cabaran di jalanraya yang penoh pancaroba.
Rievo Posture Corrector Vest, adalah produk khusus untuk rider yang menghabiskan masa yang panjang diatas motosikal, seperti rider penghantar atau pengembara jarak jauh ataupun pemandu kereta yang terpaksa menempuh kesesakan jalan raya bagi tempoh yang lama. Walaupun ini bukanlah produk yang khusus untuk rawatan kesihatan, tetapi ianya sebagai salah kaedah unutuk mengelakkan kesan sampingan yang lebih teruk khususnya sistem-sistem badan yang melibatkan postur tulang belakang dan bahu. Mesti ramai yang punya pengalaman masa ride jarak jauh bilamana behagian belakang serasa macam lengoh2 dan tak selesa. Itu bermakna bahawa postur badan kita berada dalam situasi yang tak stabil. Maka, Posture Corrector Vest jenama Rievo ini dapat membantu menghilangkan ketidakselesaan tersebot Nohhh!
Sebagai langkah keselamatan, Rievo juga memperkenalkan pad siku dan lutut yang mudah pakai dan ringan. Ianya lebih releven dengan rider-rider yang akan memakainya setiap masa. Produk Rievo Elbow Pad dan Knee Pad dicipta bukan sahaja ringan malah ia lebih nipis dan dapat disembunyikan dalam pakaian. Material luar yang diperbuat dari material ice silk yang tidak panas dan kalis air manakala bahagian pad penahan diperbuat dari material EVA, iaitu sejenis polimer yang tahan lasak dan elastik.
Bagi melengkapkan aspek keselesaan terhadap rider, Rievo memperkenalkan penutup kepala yang diperbuat dari meterial ice silk. Produk ini berupaya meningkatkan keselesaan pada rider khususnya pada bahagian kepala dan muka. Penutup kepala menutup sebahagian muka (seperti face mask) dan juga berupaya melindungi kulit dari terdedah kepada sinaran UV.
Satu lagi produk yang mesra rider dari Rievo Malaysia ialah pemegang handphone. Terdapat dua varian yang boleh dimiliki iaitu dilengkapi dengan pengecas wireless dan tanpa pengecas. Lambakan pelbagai jenis pemegang handphone di pasaran membuatkan Rievo Malaysia berusaha lebih keras untuk memenangi hati para rider. Produk dari Rievo menawarkan kekemasan yang lebih baik, ketahanan dan fungsi yang lebih pelbagai. Selain itu pemegang handphone yang direka khas ini juga kalis air dan gegaran. Mungkin buleh buat tripod untok rikod video masa motor sedang bergerak. Takpa nanti kita buat video pasal phone holder ni.
Terakhir sekali, Rievo memperkenalkan Rievo Helmet Cleaning Foam, produk ini antara inovasi yang agak menarik dalam meningkatkan keselesaan dan kebersihan helmet. Helmet yang kotor dan berbau Haram J perlu disembur dengan buih-buih yang dihasilkan dan hanya perlu di lap dengan kain bersih tanpa menggunakan air. Buih-buih tadi berupaya menyerap bau busuk dan kekotoran fizikal yang terdapat pada helmet, dan dalam masa yang sama akan meninggalkan bau yang lebih wangi. Selain itu cleaning foam ini juga boleh digunakan pada luaran helmet dimana dapat menanggalkan kesan kotoran dan memberi kemasan kilatan yang sempurna.
Bagi yang ingin mendapatkan produk Rievo boleh terus mendapatkannya di Shopee Rievo Malaysia dan kepada yang tinggal berdekatan Lembah Kelang, jika ingin melihat dengan lebih dekat boleh terus mengunjugi outlet Rievo Malaysia di : No. 62B, Jalan Murni 25/61, Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam, Malaysia.
Comments
Loading…