in

Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2022, Pusingan Akhir, Pekan Speedway, Pahang. (11-12 FEB 2023)

WR44 X Cikgu Matic merampas rekod kebangsaan ESR Motor !

Kerana ditunda dua kali, pertama kali disebabkan banjir yang melanda pantai timur dan kali kedua disebabkan hujan lebat yang berterusan melanda daerah Pekan, pusingan akhir National ET Record bagi tahun 2022 terpaksa ditunda hingga tahun 2023.

Berita sensasi pusingan ini adalah dimana pasukan paling diminati peminat drag tanah air, ESR Motor hanya menurunkan sebuah sahaja jentera mewakili kelas 4T 65mm, dan mereka tidak menurunkan jentera-jentera kelas lain walaupun kelas yang mereka memegang rekod rasmi kebangsaan sperti kelas 4T 57mm, Lagenda fi, 4T Pro Drag, dan Matic Pro Drag.

Manakala satu berita sedih yang melanda pusingan ini adalah, Pro Rider, Eman Chek yang selaku rider yang memegang rekod rasmi kebangsaan untuk kelas 4T 65mm, 4T 57mm, Lagenda Fi, 4T110cc, 2T 150cc tidak dapat beraksi kerana dilanda masalah kesihatan. Slot-slot Eman Chek telah diambi alih oleh Hattem yang juga merupakan salah seorang pelumba pilihan dari ESR Motor.

Ini mungkin merupakan salah satu sebab mengapa ESR Motor tidak menurunkan jentera mereka, rekod kebangsaan akan termetri bersama jentera dan rider. Masalah yang sama turut melanda Matyen Motor dari Kedah dan AJA Motor dari Terengganu yang mana kedua pasukan ini juga menggunakan khidmat Eman Chek bagi kelas 2T Pro Drag 150cc dan 4T 110cc.

RS1 YAMAHA 125Z REAL STREET (58MM / RON97)

Saingan kelas 125Z stadard modi ini tertumpu kepada dua buah jentera Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing yang dikendalikan oleh King Kasha untuk merampas rekod kebangsaan.

Pada dua pusingan sebelumnya, King Kasha mencatatkan 8.011sec. di BOTK dan 8.072sec. di pusingan 5, Ipoh dan sebagai kelompok hadapan yang memberikan saingan sengit dalam kelas 125z Real Street ini.

Pada pusingan ini King Kasha yang hanya mampu membuat catatan terbaik 8.196sec. manakala Kecik Super bersama pasukan Furious Once GMC mendahului dengan 8.096sec.

Rekod kebangsaan 7.977sec masih kekal milik Furious Once GMC Suzuka dan Kecik Super yang dicapai semasa pusingan 5 di Ipoh.

RS2 4T BELOW 160CC REAL STREET (57MM / RON97)

Tiada penyertaan dalam kelas ini, Kerana rekod Kebangsaan yang dipegang oleh Eman Chek dan ESR Motor 7.377sec. masih jauh untuk digapai pasukan lain.

ESR Motor menggengam erat rekod kebangsaan bagi kelas ini sejak kali pertama mereka menyertai Kelas ini ketika pusingan 2 pada Mei 2022. Sejak itu Nama ESR Motor dan Eman Chek terpahat di kedudukan teratas hampir setiap pusingan.

RS3 4T BELOW 160CC REAL STREET (65MM / RON97)

Tidak seperti kelas 57mm, kelas ini paling mendapat sambutan dan meyerlah disetiap kali pusingan perlumbaan.

Juara pusingan 6 sempena BOTK22, KC Tuned menurunkan tiga buah jentera yang akan dikendalikan oleh Teng. Teng berjaya memperbaharui catatan masa peribadinya dalam pusingan ini iaitu 6.872sec. berbanding 6.885sec. Ketika menjadi juara di BOTK22.

RedLeo Vietnam yang tewas semasa BOTK22 telah kembali dalam pusingan ini, dengan menggunakan khidmat pelumba ESR Motor, Hattem, mereka begabung atas nama Redleo ESR Motor dan telah berjaya mencatatkan 6.844sec. Di tempat pertama, Teng dan KC Tuned terpaksa akur di tempat kedua 6.872sec. dan tempat ketiga juga milik KC Tuned, 6.890sec.

ESR Motor yang tampil bersama Hattem menggantikan Eman Chek hanya mampu di kedudukan keempat dengan 6.892sec.

Dan rekod Kebangsaan kekal tanpa disusik iaitu 6.809sec. milik ESR Motor dan Eman Chek.

RS4 YAMAHA RXZ REAL STREET(61MM / RON97)

Kelas RXZ standard modi yang menjadi tumpuan peminat tegar bangsa RXZ, pemegang rekod kebangsaan iaitu HS Perfomance yang setiap round dicabar penuh kasih sayang oleh Danish Motor tidak turun ke gelanggang Pekan. Hanya pasukan satelit mereka Meso Achey Project sahaja yang beraksi di pusingan akhir ini.

Gabungan baru, Angah Danish Motor Kuantan seperti biasa dikendalikan oleh pelumba faveret mereka Kecik Super hanya mengungguli dengan 8.053sec di tempat pertama manakala Hattem yang mengendalikan jentera Furious Once GMC dengan 8.144sec. Di tempat kedua dan tempat ketiga juga milik Angan Danish Motor Kuantan 8.154sec.

Bagi kelas RXZ ini, tiada jentera yang mampu mencapai dibawah 8sec dalam pusingan ini. Melainkan semasa BOTK22 dimana Danish Motor, 7.959sec. dan Meso Achey Project, 8.000sec. dan rekod rasmi kebangsaan ialah 7.945sec. milik HS Perfomance dan Faiz Popeye.

RS5 LAGENDA 115CC FI REAL STREET (65MM / RON97)

Seperti juga kelas 4T 5mm7 dan 65mm, tanpa kehadiran pemegang rekod kelas ini ESR Motor dan Eman Chek membuatkan saingan kelas ini agak suram. Bertambah suram apabila Rekod Kebangsaan 7.318sec amat jauh untuk di gugat.

Tetapi kehadiran Sebuah jentera baru dari Perlis tiba-tiba mencuri perhatian para peminat kelas ini, Jeffry Motor yang dikenali sebagai pemegang rekod kebangsaan 2T Pro Drag bersama pro ridernya Wawan tampil dalam pusingan ini buat pertama kali.

Jeffy Motor yang bergabung dengan Rafee motor berjaya mencatatkan 7.541sec meninggalkan pesaing-pasaing tegar kelas ini seperti Ajoy KKE Project, ET Machine dan Banang Jaya Motor.

PS1 4T BELOW 110CC PRO STREET (60MM / SHB)

Akhirnya Ajak Motor JB daripada Johor berjaya memperolehi kemenangan mereka yang pertama. Sejak pusingan pertama Ajak Motor dari Johor antara pasukan yang mengikuti rapat kedudukan AJA Motor dari Terengganu selain sebuah lagi pasukan dari Terengganu iaitu Yop Motor. Bukannya mudah bagi mereka untuk menghasilkan rekod bagi sebuah jentera 110cc dibawah 7sec.

Sedikit percaturan baru dibuat pada pusingan ini bagi Ajak Motor, dimana mereka menukar rider kepada Kecik Super dan Kecik Super telah berjaya mencatatkan masa 6.985sec.

Rekod kebangsaan masih milik AJA Motor dan Eman Chek dengan 6.787sec

PS2 YAMAHA RXZ PRO STREET PIPE-ON

Faeez Motor dari Kuatan, mengkalkan kecemerlangan walau hadapi detik sukar, Acik Skoda selaku rider harapan dan juga pemegang rekod rasmi kebangsaan kelas ini bersama Faeez Motor, 7.000sec. telah mengalami kemalangan semsa mengambil ET kategori 125z.

Sepatutnya Acik Skoda akan mengendalikan dua buah jentera Faeez Motor dan sebuah lagi jentera milik pasukan gabungan Chucky Garage X Faeez motor.

Satu keputusan bijak telah diambil oleh Faeez Motor apabila mereka mendapatkan khidmat rider HS Perfomance, Faiz Popeye yang selaku pegang rekod kebangsaan rxz real street.

Faiz Popeye beraksi cemerlang mempertahan kekuasaan Faeez Motor dalam kelas RXZ Pipe On ini dengan rekod 7.036sec sambil diasak hebat oleh dua buah jentera Samhan Garage yang dikendalikan oleh Kecik Super. Samhan Garage terpaksa akur di tempat kedua 7.066sec dan tempat ketiga 7.074sec.

PS3 2T BELOW 150CC PRO STREET

Kelas 125z Pro Street pusingan ini dikuasai oleh Furious Once GMC Suzuka Motor bersama Kecik Super dengan mudah tanpa kehadiran Matyen Motor dan Eman Chek selaku pemegang rekod rasmi kebangsaan 6.815sec.

Matyen Motor sememangnya meguasai kelas ini dari pusingan pertama hingga BOTK22.
Dengan tiadanya Matyen Motor maka kepada Furious Once GMC Motor Suzuka Racing menduduki tempat pertama 7.023sec.

Faeez Motor dan Acik Skoda di tempat kedua dengan 7.041sec dan tempat ketiga dimiliki jentera kedua Furious Once GMC 7.089ssec.

PD1RXZ / PANTHER / KIPS / RR PRO DRAG

Kelas yang hanya dikhususkan kepada jentera-jentera 2T jenis tangki atas di pasaran. Tidak berlaku perubahan dalam rekod rasmi kebangsaan kerana tiada pendaftaran dalam kelas ini.

Jentera Kawasaki Superkips Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing dari Kelantan yang dikendalikan oleh King Kasha mengekalkan rekod kebangsaan mereka 6.423sec yang dibuat mereka di pusingan 1 pada bulan march 2022 di Terengganu.

Selama hampir 11 bulan rekod ini tidak berjaya digugat oleh mana mana jentera 2T bagi kelas ini.

PD2 4T BELOW 125CC PRO DRAG (HB BELOW 125)
.
Mengibau kembali pertarungan sengit antara ESR Motor As Motor dlam kelas ini ketika BOTK22 yang lepas. Honda wave ESR Motor bukan sahaja menewaskan AS Motor, malah menewaskan sebuah lagi jentera oleh Bom Rangsit dari Thailand.

Tiada pasukan menghantar jentera untuk bertanding kelas ini dan rekod rasmi kebangsaan kekal milik ESR Motor dan Hattem 6.360sec.

PD3 MATIC BELOW 200CC PRO DRAG

Sepertimana yang berlaku di kelas 4T 110cc, Ajak Motor dari Johor, WR44 X Cikgu Matic dari Johor juga telah mendapatkan khidmat Kecik Super untuk salah satu jentera matic pro drag mereka. Kebiasaannya kedua jentera akan dikendalikan oleh Pokcik tetapi pusingan ini sebuah jentera diberi peluang kepada Kecik Super untuk dikendalikan.

WR44 X Cikgu Matic merupakan pasukan tunggal yang turun semata-mata untuk cubaan membuat rekod kebangsaan baru. Tindakan mendapatkan khidmat Kecik Super membuahkan hasil apabila rekod baru kebangsaan bagi kelas ini berjaya dicipta oleh Kecik Super, 6.485sec menewaskan rekod ESR Motor 6.506 yang dikendalikan oleh Hattem.

PD4 2T BELOW 150CC PRO DRAG

Pusingan kali ini Jeffry Motor selaku pemegang rekod kebangsaan telah meghantar tiga jentera 2T Pro Drag. Manakala pesaing tegar kelas ini Matyen Motor juga menurunkan dua buah jentera 2T Pro Drag di mana akan dikendalikan oleh Hattem yang menggantikan tempat Eman Chek. Sememtara ketiga-tiga jentera Jefry Motor seperti biasa akan dikendalikan oleh Wawan.

Matyen motor telah mencatatkan masa terbaik untuk pusingan ini dengan 6.241sec. Diikuti Jeffry motor 6.365sec. Dan motor kedua Jeffry Motor ditempat ketiga 6.366sec.

Tempat keempat pula King Kasha bersama Meran Motor berjaya memperoleh 6.401sec.

125Z Pro Drag yang duturunkan kali ini oleh Matyen Motor agak padu, hanya 0.004sec. untuk memintas rekod kebangsaan yang dipegang oleh Jeffry Motor 6.237sec.

PD5 4T BELOW 200CC PRO DRAG

Hanya empat buah jentera 4T Pro Drag turun untuk mencabar Honda Sonic milik As Motor Timsun Racing. Dua buah dari Chia Dyno Project X KS Performance dan lagi duah buah adalah daripada Baginda Moxx Racing X Ayoii Machine Speedwork dan Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing.

Kali terkahir dalam saingan kelas ini semasa BOTK22, Jentera Bom Rangsit telah berjaya menembak keluar 5.859sec. Tetapi rekod ini tidak tersenarai sebagai rekod kebangsaan kerana Bom Rangsit bukan dari Malaysia..

Rekod kebangsaan bagi kelas ini 5.980sec.masih kekal milik As Motor yang dikendalikan oleh Kecik Super.

Sementara dalam saingan pusingan akhir ini, As Motor kekal di kedudukan pertama 6.350sec. diikuti Meran Motor 6.378sec. dan Chia Dyno Project KS Performance 6.407sec.

Jentera Meran motor seperti biasa dikendalikan oleh King Kasha dan As Motor dan Chia oleh Kecik Super.

Sekian, jumpa di Final Round National ET Record Championship tahun 2033.

Portal rasmi kami:
www.majalahkapcai.com

Kapcai MEDSOS attack:
Facebook : Majalah Kapcai Malaysia
YouTube : MAJALAH KAPCAI TV
YouTube : Kapcai Mag
TikTok : @majalahkapcaimalaysia
TikTok : @Kapcai Mag
TikTok : @DragRacingCulture

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CUBPRIX 1st Round: KEMENANGAN PERTAMA BAGI SHAHROL SYAZRAS

RIEVO – Produk Terkini Sensasi Untuk Raida Delivery Dan Turing!