Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023 anjuran Suzuki Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan kali ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkutan Malaysia dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya dan beberapa vip jemputan.
Dalam ucapan perasmiannya YB Anthony Loke berharap agar kempen keselamatan jalan raya dapat diteruskan oleh NGO yang lain untuk memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikal. Dengan peningkatan penjualan motorsikal yang telah melebihi 700 ribu unit pada tahun 2022, YB Anthony berkata Kementeriannya perlu lebih proaktif dan bekerja keras untuk memantau keselamatan pengguna pengguna jalan raya terutamanya kepada penunggang motorsikal.
Penunggang motorsikal disarankan supaya memberi tumpuan kepada 16 bahagian utama motosikal untuk memastikan motorsikal berada di dalam keadaan yang baik dan sesuai ditunggang (rujuk gambar).
Sementara itu dalam sesi sidang media pula, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim, memaklumkan bahawa pihak JPJ akan mengenakan syarat kepada penganjur yang ingin mengadakan konvoi bermotorsikal supaya memaklumkan dan memberi senarai peserta konvoi yang melebihi sebuah motorsikal kepada PDRM dan JPJ.
Disamping penganjuran kempen jalan raya, pihak penganjur turut mengadakan acara sampingan seperti servis motorsikal percuma oleh mekanik Suzuki, pameran motorsikal Suzuki, tukar helmet lama kepada helmet baru jenama “SWAN”, pameran helmet KHI, pameran rantai jenama DID, diskaun saman kesalahan trafik sehingga 70 peratus oleh Majlis Perbandaran Seremban dan minuman percuma dari Nescafe.
Antara pihak-pihak yang turut menyertai Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023 anjuran Suzuki Malaysia di Dewan Majlis Bandaraya Seremban ialah Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia, pengeluar topi keledar jenama KHI, pengedar tayar Bridgestone, pengeluar rantai motorsikal DID, syarikat insuran Tokio Marine Insurance (Malaysia) dan pengeluar minuman Nestle.
Kempen Keselamatan Jalan Raya adalah acara tahunan yang diadakan pada setiap awal tahun untuk memberi kesedaran dan kepentingan keselamatan di jalan raya kepada penunggang motorsikal.
Comments
Loading…