in

PADANG BESAR CLASSIC 2022: Jiwa Kelasik Tak Pernah Mati!

24 Disember 2022 menjadi satu sejarah baru buat Abh Halim atau Bang Halim, selaku penganjor dan pengelola event bernama Padang Besar Classic. Sebelom nih Bang Halim kita nih lebeh tertumpu kepada aktiviti cross border dan adventure ride dengan jentera Honda C70, pernah menerjah Mae Hong Song secara solo, dan segak bergaya mengelilingi semenanjong Malaysia jugak dengan Honda C70 kabereta pacak. Mungkin nak ubah angin sikit, maka kali nih Bang Halim bikin event la pulak Nohhh!

Untok pengalaman bikin event kelasik buat pertama kali nih, Promosi pon hanya suam2 kuku kambin saja. Penaja pon takdak, dan banyak keluar modal dari poket sendiri saja. Tapi dihari event berlangsong, sambotannya agak okay dan kehadiran jentera Honda Klasik (campoq moden sikit serta moto besar) dekat 150 bijik jugak. Konsep event lebeh kepada berhimpon dan melepak sambil cuci mata kat jentera2 yang hadir.

Paling syok, walaupon tak diwar-warkan secara besar besaran, sapot daripada tim2 luar Perlis agak baguih. Ada tim kelasik yang datang dari Kulim, dari Pokok Sena dan ada jugak yang dari Penang oyeahhh! Dengan cuaca yang amat baik, dengan kehadiran yang buleh tahan dan dengan konsep santai dan chill, event Padang Besar Classic Vol.1 ni bagi Gua adalah satu langkah permulaan yang amat baik untok penganjoran edisi2 seterosnya.

Event ini jugak dibuat cabotan bertuah, dan hadiah utama adalah sebuah jentera kelasik Honda C70. Sekitar hampir jam 6 petang, dengan redop cuaca ditambah sepoi2 hembosan bayu timor, disaksikan mata manusia serta ribuan mata dari dedaunan pokok Pukol Lima dan rerumpot liar, cabotan bertuah bernombor (ntah nombot apa, dah lupa) pon diumomkan. Pemenangnya adalah Mat Jun, seorang yang memang dikenali ramai dalam radius pencinta jentera kelasik area utara. Tak disangka-sangka rezeki hujong tahon. Senyom tak terkata apa dia di petang yang penoh berbahagia itu Nohhh!
Tahniah Mat Jun (Fesbuk @Jusra Johari).

Event tammat dengan jayanya, dan harapnya akan ada lah edisi2 seterosnya ditahon-tahon mendatang.
Teros Rock N Ride Bersama Kapcai Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MEGA GATHERING HONDA RS/RSX 2022 : RIBUAN HONDA BERSUKA RIA DI SHAH ALAM RAYA !

KELAB MOTORSPORTS BAHARU BERSERTA PELUMBA MXGP YANG BERBAKAT BESAR DITAJA OLEH MM CENTURY.