Pertamanya kami nak uchapkan tahniah kepada penganjor event nih yaitu brader Alfi Shahrin (Couple Raida KL – London) yang diam diam ubi tup-tup bikin event! Dalam dok sibok dengan agenda nak sambong ride round the world, sempat jugak dia bikin event Mega Gathering jentera Honda nih. Respek makan krepek!
Event berlangsong pada 10 Disember 2022, bertempat di area Stadium Shah Alam belah Giant sana tuh. Rupanya tapak event nih dah di apgred (upgrade) sampaikan berubah sangat2 dah rupa bentoknya. Sebagai info, area event ni berlangsong, pada kira-kira 11 tahon nan silam, tapak ataupon area ini lah kami bikin event Shah Alam Bike Week. Kat situ dulu2 nih, kawasannya hanyalah rumpot2 dan ada lah pokok2 sikit. Tapi kali ni, setelah bertahon-tahon tak pergi area situ, suasananya amatlah berbedza sama sekali Oyeahhh! Sapa yang turon event nih pasti dapat merasai sendiri keluasan dan keselesaan tempat tuh.
Terdapat kira2 20 lebeh jugak booth2 penaja dan jugak peniaga2 kat event nih. Agak mengagomkan jugaklah sebab event nih bukanlah dipromosi secara terok-terok di media sosial. Promo ala kadar gitu aja, tapi dia punya sambotan memang diluar jangkaan. Respek Makan Krepek sama organiser!
Kehadiran jentera2 Honda RS 150 dan RSX secara kiraan kasar, dianggarkan sekitar 3 ribu jugak. Tapi jentera2 yang parking ditapak event nih tak berkumpol sekali dan serentak. Ada yang parking 10 menet teros start keluar pastu tak lama kemudian dorang masok balek parking. Jadi, pada mata kami yang memandang dengan sebelah mata (sebelah mata lagi dok ushar awek2 Honda), itulah anggarannya. Mungkin lebeh?
Event berjalan dengan santai dan dalam cuaca yang sangat harmoni sebab mendong aja dari pagi membawak ke jam 5.30 petang. Lepas abeh saja acara cabotan bertuah sekitar jam 6 petang kot, Tudiaaa hujan pon membasahi bumi Nohhh! Untok acara cabotan bertuah dimana hadiahnya adalah sebuah motor, pemenangnya adalah seorang Raida Pompuan, dan kalau tak silap pemenang tu datang dari Kedah. Tahniah lah kepada semua pemenang dan InshaAllah umor panjang murah rezeki kita jumpa lagi tahon depan Nohhh!
Rock N Ride!
Comments
Loading…