in

INILAH HELMET TERBARU DARI GIVI: M35.0 SCUDO! HARGA START DARI RM 365.00.

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia, GIVI baru2 ini telah melancarkan rangkaian koleksi topi keledar serba baharu iaitu “M35.0 SCUDO”. Pelancaran produk tersebut telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Hotel Grand Ion Delemen, yang turut dihadiri lebih daripada 300 pengedar sah GIVI dan barisan media tempatan Malaysia yang maseh hensem walaupon terdapat selai dua uban dimisai dan janggot mereka2 itu.

Buat julung kalinya, GIVI tampil memperkenalkan koleksi baharu topi keledar “M35.0 SCUDO”. Topi keledar terbaharu ini merupakan antara salah satu jet helmet pertama di Malaysia dengan piawaian homoglasi keselamatan terkini iaitu ECE R22.06.

ECE R22.06 merupakan kod standard piawaian homoglasi terbaharu untuk helmet motosikal yang diiktiraf di Eropah, malah turut digunapakai di negara-negara luar seluruh dunia. ECE R22.06 memperuntukkan peraturan yang lebih ketat dan lebih sukar untuk diluluskan berbanding ECE R22-05 sebelumnya. Terdapat beberapa penambahbaikan terhadap kriteria kelulusan ujian makmal bagi penembusan, impak linear berkelajuan tinggi dan rendah, serta impak serong (dari sisi, menyebabkan kepala penunggang berpusing).

Walau bagaimanapun, di GIVI, kami sentiasa mengutamakan ciri keselamatan dalam setiap penghasilan produk kami dan tidak ketinggalan tentang aspek keselamatan pelindungan kepala penunggang motosikal.

Meskipun topi keledar ini diperakui mengikut standard Eropah, topi keledar GIVI M35.0 SCUDO ini telah diinovasi mengikut bentuk kepala penunggang motosikal di negara-negara Asia. Ini kerana kebanyakkan bentuk kepala orang Asia adalah jauh lebih bulat daripada bentuk kepala orang Barat. Mereka di negara barat mempunyai bentuk kepala yang lebih lonjong (Dari pandangan atas). Disebabkan ini, bentuk dalaman topi keledar mungkin akan berbeza bagi negara-negara Asia dan juga negara-negara barat.

Tampil dengan rekaan moden Itali serta profil yang agak futuristik, topi keledar GIVI M35.0 SCUDO ini didatangkan dengan dua rekaan cengkerang (shell) iaitu cengkerang bersaiz kecil dan besar. Cengkerang bersaiz kecil direka khas buat mereka yang bersaiz (S, M, & L), dan rekaan cengkerang besar pula buat mereka yang bersaiz (XL & 2XL).

Selain itu, ciri lain adalah 1 saiz tidak muat untuk semua (1 size does not fit all). Ini bermakna pemakaian topi keledar yang betul adalah dimana topi keledar perlu berada di atas kepala tanpa rasa longgar. Ianya juga perlu berada di kepala dengan jaraknya lebih kurang 1 atau 2 jari dari kening supaya tidak mengganggu pandangan kiri & kanan penunggang tersebut.

Adalah amat penting bagi penunggang untuk mengukur dan mengetahui ukur lilit kepala masing-masing. Cara yang mudah untuk mengukur saiz kepala adalah dengan menggunakan tali pita ukur badan, kemudian gunakan ukuran tersebut untuk menentukan saiz topi keledar yang paling sesuai buat mereka.

Ciri tambahan yang lain adalah “Micrometric Quick Release Buckle” yang terletak di bawah dagu si penunggang. Fungsinya ialah untuk memberikan keselesaan dan memudahkan penunggang motosikal untuk membuka dan memakainya. Selain memberi keselesaan dan fleksibel untuk penunggang, buckle ini mampu mengurangkan risiko topi keledar tercabut ketika kemalangan berlaku.

Tampil dengan 8 pilihan warna grafik yang segar, menawan dan terkini, iaitu Solid Ice White, Solid Grey, Graphic Draco Black Red, Graphic Draco Yellow Blue, Graphic Kraken Neon Yellow, Graphic Torch Black Blue, Graphic Ventura Grey Yellow, and Graphic Ventura White Blue.

Topi keledar terbaharu GIVI M35.0 SCUDO ini juga didatangkan dengan dua jenis Visor, iaitu Visor anti-calar (di bahagian luar topi keledar) dan Sun Visor (di bahagian dalam topi keledar – ianya berbentuk seperti cermin mata hitam). Kedua-duanya berfungsi untuk melindungi mata daripada persekitaran seperti habuk dan cahaya matahari yang terik ketika menunggang motosikal.

Spesifikasi terakhir adalah “Air Ventilation” atau lebih dikenali sebagai sistem pengaliran udara. Untuk topi keledar GIVI M35.0 SCUDO, terdapat dua pengaliran udara di bahagian depan atas dan satu di bahagian belakang topi keledar. Ianya berfungsi bagi mengurangkan haba yang terperap di dalam topi keledar ketika menunggang motosikal.

Kesemua koleksi topi keledar terbaharu GIVI M35.0 SCUDO akan berada di pasaran mulai September 2022di GIVI Point serta pengedar-pengedar sah GIVI seluruh Malaysia.

Berapa duit harga Helmet2 Terhottt dipasaran nih?
Okay, ini harganya :
1. RM 410.00 Untok yang Bercorak/grafik
2. RM 365.00 Untok yang tiada/non graphic

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK SEDANG MELALUI PROSES PENILAIAN GEOPARK KEBANGSAAN

MODENAS TAWAR PROGRAM LANJUTAN WARANTI/JAMINAN