in

SEMANGAT RETRO MIE ROCK KLASIK TEROS MEMBARA !

Maseh Simpan RXZ 5 Speed Standard Yang Dibeli Di Tahon 1987

Brader Mie Rock Klasik (nama Facebook) ataupon nama sebenar Norazmi Bin Haji Alias ni kalau bebudak K Pop mungkin tak kenal lah. Tapi dalam dunia motor Retro Malaysia, Mie Rock Klasik boleh dikatakan antara Otai yang amat femes la Nohhh!

Brader Mie Rock bermula dalam bidang Mat Moto ni kira2 sekitar tahon 1985 nan silam, dan masa tu dia baru habeh skolah lah. Sebelom tu, masa time sekolah2 dulu tu, dia dah mula dah belajar bawak motor. Motor pertama yang dia coba terai test masa tu adalah Vespa milek Arwah bapak dia. Vespa tu ada dalam simpanan brader Mie hingga sekarang nih Nohhh! Lepas habeh sekolah sekitar 1986, dah lulos lesen B2, Brader Mie sambar la sebijik jentera kapcai berjenama Yamaha yaitu Yamaha Y80. Inilah jentera yang pertama kali dia beli, dan jentera inilah yang dia guna untok ulang alek pegi kerja masa tu (Kerja di KL).

Pada 1987, selepas agak terasa selalu dikambing-kambingkan ketika dijalanan, Brader Mie buat keputosan drastik, dia buat loan kerajaan (dia bekerja dalam sektor kerajaan) dan Alhamdulillah loan pon lulos, maka dengan kembang idong dia bawak keluar sebuah jentera keluaran Honda yaitu Honda Raider HX 135. Harga motor Honda Raider masa tu dalam RM5k lebeh jugak lah. Masa tu (sekitar 1985-1987) dunia 2 stroke agak hot dengan ‘gergasi’ bernama Yamaha RXZ 5 speed, dan Honda Raider pulak menjadi rakan sparring lah sebab keduanya mempunyai cc yang sama yakni 135cc oyeahhh!

Sebenarnya ada cerita kenapa brader Mie Rock sambar Honda Raider nih. Ceritanya adalah, loan yang dia apply masa tu hanya lepas untok beli Honda Raider saja, nak beli RXZ tak lepas la pulak keh keh! Tu yang dia sambar jugak Honda Raider tu. Tapi tu lah. Honda Raider yang dia beli tu tak lama sangat pon dia pakai. Akhirnya… sekitar hujong tahon 1987, dapatlah Brader Mie pakai jentera yang menjadi idaman kalbunya masa tu yaitu RXZ 1st model 5 speed Oyeahhh!

Okay, bercerita pasal jentera RXZ 5 speed nih, ianya dibeli sekenhen (2nd) dari sorang member dengan harga RM 1k masa tu (1987). Jentera tersebot kekal dalam peliharaan Brader Mie sehinggalah ke hari nih. Enjinnya maseh stendet 5 speed, bodikit pon maseh kekal dengan originalitinya. Selama dia pakai RXZ 5 speed nih, hanya sekali saja enjinnya pernah dituronkan untok overhaul. Penjagaan jentera nih memang tip top, cara ride pon berhemah dan tak laju. Pendek kata memang Brader Mie seorang yang sangat cermat dalam penjagaan jentera RXZ 5 speed nih.

Dengan jentera RXZ 5 Speed ni jugaklah dia banyak bertemu kawan2 sesama minat. Dengan RXZ ni jugak dia menjelajah ke seluroh Malaysia, dan kalau ditanya nak jual tak motor nih?, maka jawaban untok masa ini adalah TIDAK. Katanya, aset yang dia ada nih ibarat macam emas, tapi andaikata disatu masa tiba2 terjadi sesuatu yang mendesak, maka untok kelangsongan hidop mungkin akan djual lah jugak jentera nih. Ni semua kalau lah yea… Tapi buat masa nih memang tak jual lah.

Selama berkecimpong dalam dunia motor retro nih, Brader Mie banyak lah pengalaman2 manis dan pahit dah dia lalui. Masa tengah aktif dulu2, dizaman hujong 80an dan awal 90an banyaklah lokasi2 femes Mat Moto yang terkenal d KL, dan tempat2 tersebot jugak adalah tempat yang brader Mie Rock biasa lepak bersama kawan2. Masa tu port macam Dayabumi, Tabong Haji dan Jalan Doraisamy memang femes lah. Brader Mie Rock masa tu lepak dengan geng motor bernama Loudness yang diketuai oleh brader Bob Loudness ( member2 terdekat panggil dia sebagai Sibob). Untok pengetahuan Lu Orang, Team Loudness adalah antara tim motor retro yang maseh aktif hingga ke hari ini.

Masa tengah aktif dulu2, ada beberapa kenangan yang brader Mie sukar nak lupa, antaranya adalah ride konvoi dari Terengganu ke KL. Dalam perjalanan pulang ke KL, piston RXZ dia lobos, dan RXZ tu ditunda oleh sebuah Superbike dengan kelajuan 175kmj! Kecot telor penyu Gua cakap Lu! Silap sikit je kompom terbang ke pokok sawit lah. Selain tu, brader Mie jugak pernah kena tolak motor disuatu malam minggu, dari Pertama Kompleks ke Balai Polis Jalan Bandar. Ni semua kes operasi lah nih keh keh keh! Buat kawan2/raider2 yang diluar KL, nama Balai Polis Jalan Bandar mungkin agak jarang dengar atau tak pernah tau pon kan. Tapi Mat Motor ataupn Mat Rempit di KL memang kenal sangatlah dengan nama Balai nih keh keh! Syukor Alhamdulillah Gua tak pernah mengalami kes2 tolak motor macam nih disebabkan Gua budak baik bersopan dan rajin memberi makan kucing…sekain terima kasot..

Bila dah main motor retro nih, mesti lah akan ada kisah jugak dengan Helmet kan? Ya.. Brader Mie masa zaman tu pernah beli Helmet Magnum warna Puteh dengan Cap pon puteh. Masa tu beli kat Mecinda, Pertama Kompleks. Best pakai helmet tu, span dalamannya sedap, lembot, sejok berangin saja masa pakai. Tapi malang sekali helmet tu dah kena rembat masa dia park motor kat Central Market. Ni semua gara2 malas nak bawak helmet (maklomlah masa tu nak jumpa awek), so parking motor dan lock ajelah helmet tu kat motor. Nohhh! bila nak balek tengok2 hanya motor aja yang ada, helmet dah dirampok maling! Empiiii!

Ditanya mengenai bengkel2 feveret masa dok aktif main motor dulu2, dia kata dia jarang hantar motor ke bengkel kecuali kalau ada masalah besar lah. Kalau sikit2 hal, selalunya dia hantar kat kawan2 aja suroh repair.
Tapi dengan cara penjagaan motor yang rapi, Brader Mie jarang sangatlah menghadapi problem dengan jentera RXZ kesayangan dia tuh.

Sebenarnya, ada jugak disudot hatinya, teringin nak pakai jentera Yamaha YP ataupon Yamaha LC Tong 250. Dua model nih sebenarnya menjadi impian dari dulu lagi, cuma masa saja belom sampai untok memilekinya. Buat masa nih, ada beberapa jentera yang dia simpan dan menjadi koleksi emas dia yaitu Yamaha 100 Sport, Honda EX5, Vespa Super 150 dan dah tentulah RXZ 5 Speed. Memang inilah koleksi yang amat2 berharga dalam simpanannya, dan disebabkan koleksi2 inilah jiwa dua roda dalam dirinya teros kental. Memang pernah rasa macam nak pencen main motor, tapi bila tengok koleksi dalam simpanan dia ni, semangat yang layu tetiba meruap kembali oyeahhh!

Okay, sebelom tutop cerita, Brader Mie suka nak pesan kat kawan2 bahawa, jika anda minat hobi ini dan nak rasa pengalaman ride silakan dan teroskan. Pastikan anda jaga keselamatan dan patuhi undang2 dijalan raya.
Highway bukan tempat berlumba dan hobi main moto ini jangan sampai kita terlibat dengan dadah. Duit habis pada motor nampak hasilnya, kalau duit habis pada judi dan dadah, apa pon tak ada. Oleh itu teruskan menimba pengalaman ride dan konvoi bermotosikal dengan kawan kawan, dan teros eratkan persahabatan!

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MODENAS DOMINAR D400 UPGRADE KINI DIPASARAN !

INILAH HONDA RS150R YANG PALING MAHAL DALAM MALAYSIA!