Kalau Lu Orang sedang cari bengkel untok buat wayering lampu motor, nak kasi lampu kelip2 time braking atau nak bikin suis rahsia ka, nak bikin apa2 modified, nak bawak tayar suroh dorang pasang dan setting ketegangan rantai ka, atau apa2 lah modifikasi yang kecik2, yang remeh temeh, Lu Orang buleh lah pi bengkel Sri Yeak di Puchong Perdana Selangor nih.
Servis dorang, dari mula2 Gua pegi dulu (sekitar 12 tahon nan silam) memang tip top puas hati. Kerja2 memang kemas dan paling syok, lepas servis motor, kalau ada tercalit sikit2 minyak atau kotoran kat Motor kita masa servis tu, Dorang akan simbah air dan basoh siap guna sabon Zaiton Gunakan Tanpa Was Was tu Nohhh!
Boss Sri Yeak ni antara pemberi idea dan cadangan kepada kampeni Racing Boy masa Racing Boy mula2 keluarkan produk2 aksesori dulu2. Sebagai seorang pomen, Bos Sri Yeak cuba memahami sesuatu minat ataupon kecenderungan Raider2 dalam memodifikasi dan mencantekkan jentera masing2. So, dia akan bagitau dia punya idea dan feed back kepada Racing Boy lah. Racing Boy memang cukop memahami dan hasilnya banyak produk2 Racing Boy (RCB) kini menjadi kegilaan ramai.
Seperti yang Gua tulis diatas, bengkel Sri Yeak ni memang akan layan dan cuba sedaya upaya memenohi permintaan pelanggan. Yelah, kita pon ada pengalaman kan, pegi kat satu2 bengkel tu, dia punya servis agak gitu2 jer, kerjanya agak kasar dan kalau setakat nak bikin modifikasi lampu kelip2 ke apa ke (yang remeh temeh), dorang tak layan lah. Tapi di bengkel Sri Yeak nih, inshaAllah akan dilayan sampai puas hati Nohhh!
Setelah lama Gua tak singgah bengkel nih, baru2 ni Gua pegi situ bawak sepasang tayar jenama FDR Genzi Pro. Gua mintak dorang tolong pasang tayar baru tu kat motor Benelli RFS 150 Gua. Memang puas hati lah tengok dorang punya hasil kerja. Takpe, nanti Gua akan riviu pengalaman pakai tayar FDR Genzi Pro tu Nohhh!
Okay, boleh taip kat google nama kedai ni, SM SRI YEAK MOTOR, atau ini alamat penohnya.
SM SRI YEAK MOTOR
Jalan Perdana 3/1, Taman Puchong Perdana,
47100 Puchong, Selangor.
Tel : 03-8061 2643
Teros Rock N Ride Bersama Kapcai Nohhh!
Layan Video Interview Santai bersama Bos Sri Yeak Motor :
Comments
Loading…