in

1st RIDE KAPPA COMMUNITY 2019

Hari ini Ahad 8 Dis 2019 buat pertama kalinya pengeluar “box” jenama KAPPA menganjurkan konvoi untuk pemilik pemilik Kappa Box. Konvoi yang pertama kali dianjurkan oleh Kappa hari ini disertai hampir 20 orang pemilik Kappa box dari sekitar lembah Klang.
 
Konvoi 1st RIDE KAPPA COMMUNITY yang diketuai oleh En. Samir Sharman atau lebih dikenali dengan panggalin Sam berkumpul dan bermula dari R&R Seremban hala selatan. Lebih kurang pada pukul 9.15 pagi selepas taklimat ringkas berkaitan dengan konvoi yang disampaikan oleh bro Sam sendiri. Bro Sam adalah antara orang kuat di GIVI Malaysia bertugas sebagai GIVI Asia Business Development Manager di GIVI Asia di Bukit Beruntung, yang banyak mengatur program untuk event event kecil dan besar untuk GIVI diseluruh Malaysia.
 
 
Perjalanan konvoi Kapaa Community ke Port Dickson atau lebih tepat konvoi makan AYAM BAKAR STATION,  PORT DICKSON melalui Hiway Kuala Lumpur – Seremban mengambil masa 45 minit untuk sampai kedestinasi. Kerika kami sampai lebih kurang pada pukul 10 pagi dikedai tersebut,masih tidak ramai pelanggan ketika ini memudahkan kami untuk menyusun meja bagi semua ahli konvoi duduk bersama disatu tempat. Walaupun kami sampai agak awal dan masih dalam mood sarapan pagi namun pekerja dikedai ayam bakar ini sudah bersedia untuk mengambil order dari kami dan pelanggan yang sudah berada dikedai ini.
 
Untuk memudahkan urusan mengoder makanan, dua staff Kappa iaitu Aina dan Aleesya yang turut serta bersama konvoi(menaiki 4×4) telah membantu mengambil pesanan dari peserta konvoi. Makanan yang menjadi pilihan ahli konvoi hari ini ialah set ayam bakar, kambing bakar dan ayam + kambing bakar. Kerana sampai awal maka kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapat order masing masing. Yang menariknya di kedai ayam bakar ini ialah disediakan pondok merokok khas yang berasingan dari tempat pelanggan menjamu selera dengan jarak lebih kurang 15meter dan juga segelas air jus hanya dijual dengan harga RM 2 dan percuma untuk setiap kali refill sebanyak mana yang mampu diminum oleh pelanggan!
 
Kebanyakan ahli konvoi Kappa Community ini adalah kali pertama bertemu dan ride bersama dan tidak mengenali antara satu sama lain. Jadi sementara menunggu pesanan sampai kami mengambil peluang untuk berkenalan dan bersembang sembang berkaitan dengan Kappa box dan pengalaman ride masing masing diantara satu sama lain. Terima kasih kepada Kappa yang menganjurkan konvoo sulung untuk pemilik pemilik Kappa Box.
 
Setelah selesai menjamu selera, bro Sam telah mengadakan satu acara cabutan nombor bertuah untuk semua ahli konvoi hari ini kecuali staff Kappa. Antara hadiah yang disediakan ialah t shirt Kappa, Kappa Center box dan Kappa Top Box. Tahniah kepad semua pemenang yang bertuah hari ini. Selepas selesai acara cabutan bertuah peserta konvoi diminta bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan kedestinasi berikutnya iaitu ke “Anjung Spotter”. Didalam perjalanan ke Anjung Spotter  konvoi Kappa community menggunakan laluan biasa melalui Kpg Tanah Merah dan Bukit Pelanduk dan singgah sebentar untuk bergambar di Litar Sepang. Di Anjung Spotter peserta konvoi menghabiskan masa bergambar dan berselfie dengan kapalterbang yang terbang rendah untuk landing sekitar hanya 100 meter diatas kepala! Setelah puas bergambar bersama kapalterbang yang melintas diatas kepala peserta konvoi Kappa Comunity berpisah dan bergerak menuju kedestinasi masing masing.
 
Terima Kasih kepada Kappa Malaysia yang telah berjaya menganjurkan konvoi ini. Semoga program santai bersama pemilik barangan Kappa ini dapat dianjurkan lagi dimasa hadapan untuk mengeratkan hubungan mesra antara sesama pelanggan pelanggan dan Kappa
 
 GIVI Asia Business Development Manager
 

What do you think?

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Honda Asia DREAM RACING WITH SHOWA Tekad Cipta Kejutan

0

Yamaha Lagenda 115Z GP Limited Edition