in

AZROY MENANG, KASMA KE-3 KESELURUHAN UNTOK CUBPRIX MUSIM 2024

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix sudah sampai ke penghujung rancangannya dengan acara penutup tirai di Stadium Negeri Pulau Pinang. Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING memenangi perlumbaan pusingan kesepuluh, manakala Kasma Daniel Kasmayudin tempat ketiga keseluruhan bagi kategori CP150.

Pada sesi “SuperPole”, Azroy mencatatkan masa terpantas pada 50:944s. Beliau mengambil kedudukan pertama di petak grid diikuti oleh Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR di petak grid kedua apabila mencatatkan masa terpantas 51:353s. Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING bermula di petak grid ketiga dengan catatan masa terpantas
51:437s.

Di sesi perlumbaan akhir, Azroy dengan pantas mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Kasma di P2 dan Afif di P3, manakala rakan sepasukannya, Akif di P4. Aksi cukup sengit menyaksikan seawal 4 lap, 4 pelumba di hadapan ini telah meninggalkan kumpulan sebanyak 3:916s di belakang. Di lap 5, Akid terjatuh di selekoh terakhir dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Di lap 7, bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan untuk sementara waktu.

Perlumbaan bermula kembali dengan 11 lap. Azroy tidak melengahkan masa dan terus ke P1 dengan Kasma dan Afif di belakangnya. Kasma dan Afif terus mencuba mencari ruang untuk melakukan pintasan namun Azroy menafikan hasrat tersebut dan terus mengetuai perlumbaan.

Di lap terakhir, walaupun mempunyai jarak 1:467s di hadapan Kasma, Azroy tampak enggan rasa selesa malah terus memecut ke hadapan. Kasma dan Afif pula bersaing untuk P2.

Azroy menamatkan perlumbaan 11 lap tersebut dengan kemenangan pada 13'44:979s. Azroy berkata, ” Rasa sayang, memang saya rasa gembira untuk kemenangan ini, tetapi pada masa sama masih ada rasa masam manisnya sebab saya terlepas tempat ketiga keseluruhan. Kita akan belajar daripada pengalaman ini dan kembali mencabar gelaran juara pada musim depan”.

Di tempat kedua adalah Kasma dengan catatan masa 13'46:864s sekaligus mengesahkan tempat ketiga keseluruhan CP150 bagi musim 2024.

Afif mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 13'48:361s.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Y16ZR 6MRO SEMPENA MOTORSIKAL YAMAHA YANG KE 6 JUTA!

BENDA NAPOLEON BOB 500: Bobber Dengan Penampilan Modenisasi! RM27,888 Ajerrr Nohhh!