Midtown Perda Kubang Menerong, Tasek Gelugoq Penang menjadi senget sebelah akibat ditimpa geng2 kapcai modenisasi dari seluroh Malaysia. Ini adalah kali ke 5 penganjoran acara ini dan kali ini nampaknya ia makin gah, makin belengaih, makin basah dan makin Senmperrr!
Event yang berlangsong dua hari bermola 4 Oktober dan kemuncaknya pada Sabtu 5 Oktober 2024 berjaya meracun pemilek pemilek Yamaha Y Suku dan sekutunya untok celapak ramai2 memenohi tapak acara. Jika kita melalui jalanraya atau lebohraya sekitar Perak, Penang, Kedah, Perlis dan sekitarnya pada hari Jumaat dan Sabtu minggu lepas, pasti akan berjerembab (terserempak) dengan geng kapcai modenisasi yang rata-ratanya sedang menuju ke Midtown Perda. Kehadiran Raider2 dari Pantai Timor dan Wilayah Selatan tanahair jugak agak memberangsangkan kali ini.
Gua sempat singgah sebentar, ronda2 sekitar tapak event dan jujor Gua cakap, event ni memang relah, pecah melimpah dia punya sambotan. Tempat parking motor sampai nak berjalan pon takbleh punya padat, masa tu dalam hati dok kata, lepas ni kena buat parking bertingkat kat sini Nohhh! Rata2 yang mai sapot adalah remaja bawah 30an, dan semuanya menunjokkan muka yang amat teruja sebab dapat turot serta dalam majlis perhimponan motor penoh bersejarah ini.
Suasana di atas pentas utama masa Gua sampai tu, sedang berlangsong ucapan alu aluan dan kata2 semangat oleh artis jempotan, Achey Raja Lawak. Kat depan pentas terparking dua buah kenderaan, satu bijik motor Ducati Hypermotard, satu bijik kereta BMW F30 yang dijadikan hadiah cabotan bertuah. Nampak dak? Event yang kononnya digelar sebagai event ‘Mat Rempit’ ni, dia punya hadiah cabotan bertuah nalla punya Nohhh! Kita ni bukanlah nak compare/chamdek/perli event geng2 bangsawan nun disana tu, tapi kita tulis ni hanya tak lain tak bukan, sekadar mengerohkan keadaan dan menabor garam di lutut yang luka saja kah kah kah!
Khemah2 promosi dan khemah jualan jugak meriah dan padat. Ada beberapa jenama2 terkenal jugak hadir mempromosikan barangan dan produk mereka. Berjalan di kawasan khemah2 jualan dan promosi adalah suatu perkara yang amat2 mencabar sebab padat sangat dengan pengunjong. Gua ni dah la sentiasa dalam keadaan berwuduk, memang terpaksa berkelumus/selubong seluroh badan lah masa jalan2 kat situ. Iya lah, kan banyak awek2 kat situ, tersentoh kang batal pulak wuduk Gua ni heh.. Nyampah tau..
Gua jalan sepintas lalu sahaja di tapak acara, sempat la snap sikit gambar2, dan tak lama lepas tu hujan mula turon renyai2. Time hujan renyai2 tu Gua cabot lah, sebab ada urusan lain untok dihadiri Nohhh! Dari khabar yang Gua terima, pemenang cabotan bertuah sebuah kereta BMW F30 telah dimenangi oleh Raida dari Kuala Krai Kelantan, manakala pemenang motor Ducati Hypermotard adalah seorang Raida dari Beruas, Perak.
Shabas buat penganjor event nih, teroskan dengan lebeh belengaih lagi untok tahon2 mendatang. Kepada yang belom pernah join event nih, ini adalah event yang Majalah Kapcai rekemen untok Lu Orang save the date, dan hadir beramai2.
#Depa Kata Utara Tak Dok Saja.
Nota : Ada beberapa gambar disini yang di’copy’ dari Facebook milek organiser event, Apit Ducados. Harap Maklom, Terima Kaseh!
Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…