in

SCOOTER VINTAGE CAMP @CHANA 2024, SONGKHLA THAILAND

Acara kemping/camping bermotorsikal makin ‘pesat membangun’ di wilayah selatan Thailand sekarang ni. Hanya selang sebulan lebeh acara di Pantai Langu bulan Disember haritu (dekat Pak Bara), hari ni depa sambong pulak kat Chana/Chenok. Memang tengah ‘In Trend’ lah Nohhh!

Gua sampai ke tapak acara pada Sabtuday 11 Februari 2024, sekitar jam 2 petang dengan Skoot SYM VTS200 yang berusia hampir 13 tahon, dan cuaca masa tu amatlah best dan buleh menjimatkan gas. Kalau jemor belanga dengan satu sudu minyak masak, rasanya tak sampai 10 menet minyak akan menggelagak dan bolehlah tauk teloq ayam untok digoreng.

Tapak acara ini terletak didalam sebuah kampong yang aman damai. Dalam kampong tu jugak Gua menemui sawah yang padinya setinggi Gua sendiri (sekitar 170cm). Memang kat Kedah atau Perlis kita takkan jumpa lah sawah padi yang padinya setinggi itu. Siasat punya siasat baru lah Gua dapat jawapan bahawa itulah yang dipanggil sebagai padi bukit/padi huma. Kalau kat Malaysia padi macam ni ditanam di lereng2 bukit, dan tidak ditanam secara komersil. Hanya orang tertentu saja yang tanam padi ni kalau kat Malaysia. Mahal oiii beras dari padi ni Nohhh!

Lokasi acara Kemping ni jugak agak unik, ada dua buah pulau dikelilingi tasik dan dua pulau itu di hubongkan dengan sebuah jambatan. Memang best gila pemandangan tapak acara nih. Ketika kami sampai, peserta2 lain juga baru nak masok ke tapak acara tersebot. Macam2 jentera yang sedang berator masok situ, ada Skrembler klasik, ada Vespa klasik, Ada motor2 klasik, kereta dan van retro, geng BMX klasik pon ada jugak Nohhh!

Menurot Mat (FB: Sahaezaruding Rongmad) selaku penganjor, acara ini sudah masok tahon ke-3 dah. Dua tahon yang lalu acara ni dibuat di lokasi lain tapi tempat tu sedang dalam proses renoveshen, maka lokasi tahon ini dipindah disini lah. Tempat ataupon kawasan sekitar tasek buatan ni sebelom ni agak terbiar, tapi krew acara nih telah bertungkus lumus membersehkan seluroh kawasan dan hasilnya memang senmperrr lah.

Oleh sebab hari Sabtu hanya hari menyambot tetamu dan malamnya nanti akan ada la sikit2 acara jualan pakaian bundle, maka Gua ambik keputosan untok patah balek ke Hatyai, nak tidoq sana dan esok pagi baru nak mai balek kat tempat acara nih. Mat kata, esok baru ada acara Race motokross klasik, dan kata2 itu amatlah membuatkan Gua karan nak tengok lah heh! Jadi, Gua ngan Gua punya bini patah balek dulu ke Hatyai yang jauhnya sekitar 50KM jugak dari Chana. Lagipon Gua difahamkan geng Skrembler Malaysia pon akan join acara race tu, jadi memang nak kena turon sapot lah Nohhh!

Dalam perjalanan ke Hatyai tu, kedengaran bunyi bising yang aneh pulak kat area CVT Sipot Gondang Gua tuh. Kalau kita pulas throttle lagi kuat dia punya bunyi, dan pikap pon macam tak berapa nak kuat. Hmmm… daripada kelajuan normal 80-90kmj, Gua kasi ride slow2 pada kelajuan 50kmj saja dan nasib baik buleh sampai jugak Hatyai. Dipendekkan cerita, esoknya Gua kensel untok ke acara Camping tu, dan slow2 bergerak pulang ke tanah air. Tak berani nak ambik risiko sebab jentera SYM VTS200 ni bukan ramai sangat yang pakai kat siam tuh. Parts pon ntah ada ka takdak kat sana kan. Bawak balek Malaysia lah senang nak pesah heh!

Alhamdulillah kami selamat tiba dirumah dan hingga artikel ini ditulis, Gua maseh lagi tak bukak2 check CVT skoot tu. Taktau apa masalah lagi.

Okay, layan saja gambar2 yang dihantar kat Gua. Terima Kaseh kepada Mat dan krew2 Scooter Vintage Chana, inshaAllah jumpa ditahon depan!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

JUMPA DAN BERAMAS MESRA DENGAN ALEX RINS DAN FABIO QUARTARARO. RESPEK!

AVETA KINI MEMILIKI 8 PUSAT KHIDMAT PELANGGAN BAHARU!