in

JUBOQ BESI TAK MUDAH PUTOS ASA! 2500KM DALAM 36 JAM AKHIRNYA SAKSESS OYEAHHH!

Mohd Shahrul Mohd Darus dah bikin solo edvencher 1600KM dalam masa 24 jam suatu ketika dulu. Lepas dah saksess, dia bikin pulak solo ride edvencher untok kejauhan 2500KM bagi jangka masa 36 jam (keliling Malaysia). Maka, pada 1 Julai 2022 bermula di RnR Simpang Pulai Perak, bertolaklah dia ke Utara Tanah air dengan misi membikin rikod tersendiri ride 2500KM dalam 36 Jam.

Dengan semangat membara, dengan meng’Ride’ jentera Modenas Dominar 400, segalanya amat lancar pada permulaannya. Hinggalah pada detik melalui Pendang-Guron Kedah, jenteranya hilang kawalan dan akhirnya bertaborlah dia dengan jentera Dominar 400 atas haiwey tuh. Mujor lah ada yang sudi bantu dia dan kecederaan jugak tidaklah parah sangat, tapi agak serius jugak. Dengan kemalangan itu, tertundalah sebuah impian.

Tapi sudah ditakdirkan lahirnya dia dari semangat besi dan teras bumi, maka setelah agak sehat sikit dari kecederaan, setelah jentera Dominar 400 diserbis dan dibaiki apa yang patot, maka pada 16 September 2022 sempena Hari Malaysia, Mohd Shahrul ataupon manja dipanggilo Caoi telah menyambong semola misi yang gagal tempohari.

Cabaran kali ini bermula di Senawang Negeri Sembilan dan kali ini misi menaklok 2500KM dalam masa 36 jam telah berjaya Nohhh! Misi kali ini amatlah mencabar, dengan keadaan dirinya sendiri yang maseh sengal2 akibat eksiden tempohari, dengan hujan lebat, dengan jalan yang agak sesak sebab time tu cuti sekolah. Tapi semua itu telah ditempohi dengan semangat Juboq Besi yang hanya ada pada Raida2 tertentu sahaja. Caoi nih adalah salah sorang Raida2 terpileh tu lah.

Mohd Shahrul ingin berterima kaseh kepada semua penaja, antaranya Timsun Tayar, Toyo-G Minyak Hitam, rakan yang hadir support pada flagoff walaupun majlis ringkas, kawan2 yang menghantar Whatsapp dan call serta yg mendoakan kejayaan saya dari jauh. Buat insan tersayang.. Tq sebab beri sokongan dan dapat hadir dilokasi permulaan. Oh indahnya…

Majalah Kapcai menguchapkan tahniah buat Caoi dengan kejayaan ini, dan lepas ni Caoi bakal meneroskan cabaran 5000KM dalam masa dibawah 72 Jam pulak. Ini adalah satu cabaran diri sendiri yang paling gila tetapi tidak mustahil dilakukan. Kalau Caoi berjaya habeskan 5000KM dalam masa dibawah 72 jam, ianya akan menjadi satu rikod yang bakal membakar semangat Raida2 lain. Teroskan!
Rock N Ride Nohhh!

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

NCY : LAGENDA SKUTER KELAJUAN SHETAN DARI TAIWAN !

PEKETUM MC: Ride Samui Musim Endemik