in

AVETA KINI MEMILIKI 8 PUSAT KHIDMAT PELANGGAN BAHARU!

Aveta Malaysia dengan bangganya mengumumkan perlantikan lapan (8) stokis baharu di enam negeri, justeru memberi pelanggan akses yang lebih cepat dan mudah untuk mendapatkan alat ganti tulen Aveta di seluruh Malaysia.

Perlantikan stokis baharu ini selari dengan Program Perkhidmatan Pelanggan Aveta yang diumumkan semasa pelancaran Aveta Ranger Max Explorer pada tahun 2023.

Inisiatif Program Perkhidmatan Pelanggan Aveta termasuk:

Program Aveta Care on Wheels yang merangkumi satu trak pikap dan tiga motosikal. Misi pasukan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan di seluruh negara sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pengedar sah Aveta

Aveta Service Corner di mana pengedar sah Aveta menyediakan satu sudut khas di pusat jualan mereka untuk memenuhi keperluan servis dan penyelenggaraan yang berkualiti kepada pemilik motosikal Aveta. ASC pertama telah pun mula beroperasi, dan 29 lagi ASC dijadualkan akan beroperasi secara berperingkat sepanjang tahun 2024.

Perlantikan Stokis Aveta diumumkan pada tahun lalu dan kini dalam persiapan untuk beroperasi dengan jumlah keseluruhan 10 stokis sepanjang tahun 2024.

Perlantikan stokis ini adalah penting bagi memastikan pemilik motosikal Aveta mendapat akses segera kepada alat ganti apabila diperlukan dan memastikan bahawa semua alat ganti adalah tulen dan sesuai dengan motosikal Aveta.

“Aveta kini adalah jenama yang sedang berkembang dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Kerana kepercayaan pelanggan terhadap jenama dan produk kami yang tinggi, maka tiada cara yang lebih baik untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka melainkan memastikan mereka tidak merasa bimbang apabila memiliki motosikal Aveta. Kami percaya adalah penting bagi kami menawarkan alat ganti tulen yang tersedia dan mudah diakses demi kepuasan pelanggan kami. Kami sangat prihatin terhadap pelanggan kami dan segala yang kami lakukan adalah untuk meghargai pelanggan kami” kata Encik Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia.

Lapan (8) stokis yang dilantik adalah:

Kedah – Boon Lee Auto Sdn Bhd
Kuala Lumpur – DS Cycle Parts Sdn Bhd
Selangor – Yong Xin Auto Parts Sdn Bhd
Pahang – T.T. Cycle Parts Sdn Bhd
Pahang – Sing Yie Motor Sdn Bhd
Sabah – Eko Ken Motor Sdn Bhd
Sarawak – Ji Yun Resources
Sarawak – Ghee Yong Enterprise Sdn Bhd

Berkuat kuasa dengan serta-merta, lapan (8) stokis kini sudah mula beroperasi untuk pelanggan mendapatkan bekalan alat ganti tulen bila-bila masa.

Pelanggan juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan alat ganti Aveta di +012 686 8753 pada hari Isnin hingga Jumaat (8.30am – 5.30pm). Untuk maklumat lanjut mengenai stokis Aveta, sila layari laman web Aveta www.aveta.com.my/aveta-stockist

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SCOOTER VINTAGE CAMP @CHANA 2024, SONGKHLA THAILAND

Warna Baharu Yamaha Tmax Tech Max