in

JUMPA DAN BERAMAS MESRA DENGAN ALEX RINS DAN FABIO QUARTARARO. RESPEK!

Majlis bertemu dan bermesra antara peminat pelumba Alex Rins dan Fabio Quartararo bersama Pasukan Yamaha Monster Energy MotoGP telah diadakan di Sungai Buluh baru-baru ini.

Lebih kurang 150 peminat pasukan MotoGP Yamaha yang bernasib baik terdiri daripada pemilik motorsikal Yamaha telah dijemput menghadiri majlis yang diadakan secara tertutup di Gen Blu Cafe dikomplek Hong Leong Yamaha Sungai Buloh. Dalam sesi Bertemu dan Bermesra ini, Alex dan Fabio telah meluangkan masa hampir satu jam untuk beramah mesra dengan peminat yang kelihatan teruja dapat bertemu dengan pelumba motogp pujaan mereka. Peminat juga diberi peluang untuk berselfikasi dan bergambar dengan kedua-dua pelumba pasukan Yamaha itu secara lebih dekat dan mereka turut mengambil kesempatan meminta kedua dua pelumba.menandatangani barangan peribadi sebagai tanda kenangan.

Turut hadiri pada majlis Bertemu dan Bermesra bersama Alex dan Fabio adalah adalah Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing Lin Jarvis, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd Profesor Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei dan lain lain pegawai tertinggi Yamaha Motor Racing Team dan Hong Leong Yamaha Motor Malaysia.

Lin Jarvis berharap Yamaha Motor Racing Team mampu beraksi lebih cemerlang pada tahun ini sekaligus menjadi pesaing terkuat kepada juara dan pasukan juara bertahan dua tahun berturut turut iaitu pelumba Francesco Bagnaia dan pasukannya, Ducati Lenovo Team. Lin Jarvis mengaku agak sukar untuk pasukan Yamaha mengatasi juara bertahan pada tahun ini namun beliau berjanji pasukan Yamaha akan memberikan saingan yang sengit sepanjang 22 pusingan perlumbaan pada musim 2024 yang akan diadakan nanti. Perlumbaan MotoGP pusingan pertama akan diadakan di Qatar pada 8 – 10 Mac 2024.

Tumpuan pasukan Yamaha tahun ini adalah untuk kekal menjadi pencabar utama kepada pasukan lain terutamanya kepada pasukan juara bertahan, Ducati Lenovo yang mengekalkan pelumba utamanya Francesco Bagnaia. Saya akui adalah sukar untuk merampas kejuaraan dunia pada tahun ini namun ia bukanlah mustahil. Sudah tentu, pasukan kami akan cuba memberi saingan sengit, kami akan kembali dan melakukannya secara berperingkat untuk kembali berada dikedudukan teratas dan yang terbaik”, kata jarvis semasa sesi Bertemu dan Bermesra bersama peminat pasukan Yamaha hari ini. Disamping pasukan Ducati, beberapa pasukan lain seperti KTM, Aprilia dan Honda turut bakal memberi saingan sengit kepada pelumba pasukan Yamaha yang akan menggunakan jentera YZR-M1.

Kami baru sahaja selesai menjalani ujian “shakedown” selama tiga hari, jadi agak sukar untuk menyatakan sejauh mana kemajuan yang pelumba telah capai sehingga ujian rasmi, yang akan bermula di Litar Sepang pada hari Selasa. Menurut Jarvis, mereka menggunakan kesempatan sepenuhnya pada sesi ujian selama tiga hari itu untuk menguji jentera YZR-M1.

Sukar untuk mengesahkan buat masa sekarang di mana tahap kemampuan kami namun kami turut membawa masuk pelbagai peralatan berkaitan aerodinamik, enjin dan kelengkapan elektronik baharu. Bagaimanapun, kami perlu menunggu sehingga melihat kesemua pesaing lain, jadi kami boleh mengetahui dengan lebih lanjut pada penghujung sesi ujian pra musim ini,” tambah Jarvis.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TEST RIDE: Seminggu Layan Yamaha XMax250 V2

SCOOTER VINTAGE CAMP @CHANA 2024, SONGKHLA THAILAND