in

KARNIVAL KABOOM 3 DI TANJONG HARAPAN, SELANGOR!

Karnival Kaboom dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Penggerak Alam (PEPA) sebuah NGO yang membantu aktiviti komuniti setempat dan juga membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh.

Antara tujuan PEPA menganjurkan Karnival Kaboom yang menggabungkan aktiviti permotoran, peniaga kecil dan sederhana (PKS) dan sukarelawan (NGO) ini ialah dapat membantu menambah pendapatan peniaga-peniaga kecil di samping dapat mengeratkan perhubungan antara komuniti setempat dan pihak Berkuasa Tempatan. Antara program dan aktiviti yang diadakan untuk Karnival Kaboom adalah gerai-gerai jualan makanan-minuman, eksesori kenderaan 4x 4, pakaian permotoran, pameran kenderaan 4 x 4, motorshow rumah hantu dan persembahan hiburan.

Bagi kategori kenderaan 4 x 4, hampir 400 buah kenderaan 4 x 4 dari 15 buah kelab 4 x 4 seluruh Malaysia telah hadir mewakili kelab-kelab seperti Rangerista Malaysia, Pasukan 4X4 Setia Jaya, Mud Dawg Truckers, Kelab Pemilik Mitsubishi Triton Malaysia, Skuad Sukarelawan Bencana dan Kemanusiaan Wildcats, Kelab 4X4 Bersatu Malaysia, Kelab 4X4 Jalan Kebun, Yayasan Naning 4X4, Rangers Community, Ranger Next Gen Club, Terano Club Malaysia, Indian Ranger Malaysia Club, Mitsubishi Storm Owner Club Malaysia, Storm Owner’s Community.

Untuk autoshow pula penganjur menyediakan beberapa kategori hadiah seperti Best Supporters Club, Best Of The Best, Best VVIP, Best Sport Rim, Best Restore, Best Tayar Besar Style, Best Tayar Kecil Style, Best Scooter Rangi, Best Colour & Sticker Custom dan lain-lain. Di anggarkan sekitar 1000 buah jentera dan lebih 100 buah kelab motorsikal seperti Honda RS Club Malaysia (#hrscm) Suzuki Rider Malaysia, YRM Supporter Club, RSXRSN9 Supporter, SYM Motor Club, dan lain-lain telah hadir memberi sokongan untuk program Karnival Kaboom kali ini.

Selain dari autoshow, Karnival Kaboom turut di meriahkan dengan acara sukan, aktiviti cabutan bertuah dan booth kamera 360 darjah. Manakala untuk persembahan hiburan PEPA telah menjemput beberapa orang artis seperti Dilla Razak , Aril Pilus dan Meteorix Band untuk menghiburkan pengunjung yang hadir di program yang diadakan selama 3 hari itu.

Menurut info dari penganjur, hampir 100 buah gerai peniaga kecil dan sederhana telah berniaga di tapak-tapak niaga yang disediakan pada hari karnival tersebut dengan anggaran lebih 50 ribu pengunjung hadir memeriahkan program tersebut.

PEPA menganjurkan Karnival Kaboom di lokasi yang berbeza dan mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan Selangor seperti Yayasan Hijrah dan PBT di mana Karnival Kaboom diadakan.

Kepada kelab permotoran, peniaga kecil dan orang ramai yang berminat untuk menyertai Karnival Kaboom pada masa hadapan boleh menghubungi PEPA 0125028292 atau melalui emel contactus@pepa.org.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BERHARGA RM8,888.00, SYM TUSCANY 150 KINI DILANCARKAN!

YSUKU SPESHEL EDISHEN KIT AERODINAMIK KINI DIPASARAN! RM9K Ajerrr…