Start 15hb malam, masuk melalui border Bukit Kayu Hitam pada jam 10pm waktu Malaysia. Sebelum itu berkumpul dulu di Changloon pada jam 9pm bersama Malay Regime, Mazlan Jamaludin, Fathullah Assuhaimi Janrosmiza Jan dan Syakir Sobri.
Selepas Flag Off di Changloon, kami semua bergerak ke border dan uruskan dokumen perjalanan ke tanah siam. Tepat jam 11pm waktu Malaysia Barat atau 10pm waktu Thai, kami pun memulakan perjalanan ke sempadan negeri Nakhonsitamarat. Pada mula perancangan tu cuma ingin sampai ke Pathalung melalui route 41 hingga ke Nakhon route 403 dengan jarak perjalanan 231km dan kami bermalam di stesen minyak PTT pada jam 4am waktu Thai.
Hari ke dua 16hb:
Pagi jam 6 kami bersiap2 gosok gigi cuci muka..sembang2..jadi lah pukul 7pg bergerak ke Donsak.. Dalam perjalanan tersebut kami teruja melihat bandar Nakhon yg penuh dgn sekolah di setiap jalan.. Perjalanan waktu pagi yang agak sesak tapi terkawal, kami sempat singgah di Old City Fort of Sridramasokarad sambil melihat tinggalan sejarah yg kami pon tak pasti latar belakangnya, tapi yg pastinya di bandar Nakhon terdapat sebuah masjid dan ada juga kedai makanan halal tapi tak begitu banyak.. Tapi bagi kami, asalkan ada 7E sudah cukup untuk survive di bandar Thai.
Setibanya di Donsak, kami memilih untuk menaiki feri di Raja feri dgn harga tiket 230bht seorang sekali motor. Pelayaran kami bermula jam 11pg dan di situ juga kami pon berlabuh tido, feri mengambil masa dalam 2jam untuk sampai ke kepulauan Koh Samui.setibanya di sana dalam jam 1ptg kami pon meronda2 dulu ke Chaweng Beach dan mencari Dorm di sana dalam harga 200bht sekepala..jadi lah..
Lepas dah habes mandi semua, kami pun kluar semula meronda sambil mencari makanan, meronda di Fisherman Village, Lamai Beach, lepak view point sampai lah lewat malam kami pon pulang dan berehat.
Hari ke 3 17hb:
Jam 10am baru kami keluar dari dorm dan meronda ke Hin Tai Hin Yai.. batu apa pon x tau..hahaha..bergambar, meronda.. dan time balik kami decide untok mencuba Seatran Feri. Harga tiket sama 230bht dari Samui ke Donsak dan ferinya agak bagus dari raja feri.. ekon sejuk..syok lena.. Dari Seatran pon dah jam 2ptg.. maka sampai ke Donsak dalam 4ptg.. Kami menuju pulang ke arah Nakhon dan kali ini ingin melalui route 408 yg menuju ke Songkhla.. Di waktu dalam kegelapan malam lalu di Ronod, kami teruja begitu banyaknya wind turbine di sepanjang jalan..rasa2 ada dekat 100 btg lebih wind turbine..tapi lalu malam boleh tengok saja la. Dalam hati geram pon ada.. nak bergambar x cntik pulak sebab malam gelap..
Setibanya di Muang Ngam Beach iaitu tempat kami bermalam dan bercamping, suasana amat senmper! Harga port Camping dalam 100bht sekepala, pantai begitu bersih, air laut yg jernih, teruja jugak tengok.. Malam tu kami makan di kedai muslim di tepi jln Route 408 di kawasan pantai juga kerana disepanjang jalan dari Nakhon ke Ranod hingga lah ke Muang Ngam tiada kedai makan muslim.
Hari ke-4 19hb:
Jam 8pg kami decide untk berpatah balik dalam 60km semata2 untuk bergambar dengan kincir angin untuk lepaskan geram malam tadi heh! Selepas puas bergambar kami pon pulang terus hingga ke border, cuma hujan sebentar di kawasan Ranod dan kami tetap teruskan perjalanan, dan tiba di Danok dalam jam 7ptg. Macam biasa melepak, merendang, lepak kedai Jailong beli baju Sadao Bikeweek dan makan2 sampai la jam 10 malam, kami pon keluar dari bumi Thai.
Semua pulang ke rumah masing2 dengan ceria dan selamat. Terima kasih rakan2 semua memberikan kerja sama yg cemerlang dalam ride kali ini.
Sekian..
*Total perbelanjaan dlm 2000bht ( 1 Kepala).
Ride Samui:
Day 1
Minyak Changloon RM10
Minyak Nakhon 240bht(294km)
Feri 230bht
Hostel 200bht
Day 2
Feri 230bht
Minyak Khanom 200bht
Camping 100bht
Minyak Songkhla 200bht(251km)
Day 3
Baju Motorday RM65
Makan 100bht
Minyak Changloon RM12(239km)
Comments
Loading…