in

NCY : LAGENDA SKUTER KELAJUAN SHETAN DARI TAIWAN !

NCY bukan sekadar jenama aftermarket seperti kebanyakan yang diketahui umum. Sebelom menjadi femes seperti harini, dua puluh lima tahun dahulu mereka hanya merupakan workshop yang memperbaiki skuter di Tainan City, Taiwan. Akan tetapi bukan sekadar memperbaiki, mereka juga merupakan pakar modifikasi untok kelajuan. Malah nama mereka juga telah mashur ke seluroh pelosok Taiwan. Mesin2 yang menggunakan produk NCY adalah lambang kelajuan shetan yang menyesatkan jalan2 stendet oyeah!

Oleh kerana permintaan semakin tinggi terhadap alat ganti bertemakan perfomance, khususnya yang high perfomance maka pada tahon 2003, mereka menubuhkan kilang mereka sendiri dan mula membuat alat-alat ganti perfomance secara serius.

Seperti mana yang kita maklom, skuter amat sinonim dengan kecantikan dan kejambuan, macam yang pernah melanda negara kita dahulu, masyarakat skuter mahupun Vespa besi amat mementingkan nilai estetika pada kenderaan mereka, begitu juga di Taiwan, maka NCY perlu tampil ke khalayak dengan dua tawaran ini, cantik dan perform bahkan menggiurkan.

Produk NCY bukan sahaja menumpukan kepada jenama jenama skuter Taiwan seperti SYM dan KYMCO, malah mereka juga telah memenuhi permintaan jenama-jenama asia dan kontinental seperti Honda, Yamaha, Suzuki dan PGO.

Di Malaysia, pengedar rasmi untuk NCY ialah Honlid Motor Parts. Honlid mula membawa masuk produk NCY sejak beberapa tahun yang lalu. Bermula dengan matic saiz sederhana seperti Yamaha Ego Avantiz dan Honda Vario, Honda PCX dan Yamaha NMAX, kini perfomance parts berprestasi tinggi untuk Yamaha XMAX juga sudah dibawa masuk. Ada lagi rare, full set absorber depan Yamaha Y15 dan Honda RS pun ada juga (tapi dah lama sold out).

Setakat ini Honlid Motor Parts membawa masuk kesemua alat ganti racing untuk sistem CVT, sitem clutch racing, sistem brake, suspension dan ekzos.

Untuk pengetahuan semua, killer product NCY ini semestinya lah alat-alat CVT ini, sebab mereka kan lagenda skuter laju Taiwan. Sistem CVT yang ada di pasaran sekarang adalah jenis full set plug and play. Tetapi yang mempunyai jiwa modifikasi, semua alat ganti dijual berasingan seperti pulley depan dan belakang, roller ringan dan roller berat dan spring pulley pelbagai daya kekuatan.

Akhir kata dari kami, yakinlah yang pertaruhan jenama NCY dalam dunia skuter ini bukan sahaja pencapaian mereka di pentas racing tetapi reputasi mereka yang baik, dengan testimoni yang baik dan diakui oleh pengguna-pengguna dan pengamal racing dari seluruh dunia. Inilah prodak killer untok resing paling lumayan hasilnya untok Lu Orang pakai.
Teros ke kedai aksesori ataupon teros ke Honlid Motorparts untok mendapatkannya Oyeahhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2022 Round 5 Ipoh, Perak. (24-25 September 2022)

JUBOQ BESI TAK MUDAH PUTOS ASA! 2500KM DALAM 36 JAM AKHIRNYA SAKSESS OYEAHHH!