Nature & Bushcraft Adventure, ini adalah nama rasmi program nih. Program dari Tourism Malaysia Wilayah Utara ini telah mendapat kerjasama penoh dari agensi Pelancongan Negeri Perlis ( UNIC Astana Sdn Bhd ), Jabatan Perhutanan Perlis, Persatuan Hikers Perlis serta Shell Malaysia. Paling best, ini adalah kali pertama program Cuti Cuti Malaysia ini dibuat bersama dengan geng Bikers dengan tema Motorcycle Camping!
Memang betul sekarang ni adalah musim demam Camping bagi geng2 Raida dan Bikers. Setiap minggu mesti ada geng Motor yang masok Hutan berkemping (Camping). Mungkin disebabkan trend terkini nih, maka pehak Tourism Malaysia Wilayah Utara telah mengambil inisiatif untok ‘membakaq line’ dengan lebeh padu lagi kepada geng2 motor Se Malaysia. Disebabkan Negeri paling sejok dan paling panas di Semenanjong Malaysia nih maseh belom diterokai dengan sepenohnya, maka Perlis menjadi lokasi pilehan untok program ala2 survival nih. Mai Perlis Nohhh!
Sebenarnya aktiviti berkhemah di Hutan Gua Kelam ( Hutan Hujan Hujan) ni boleh dikatakan program utama lah dalam siri Cuti Cuti Malaysia nih. Tapi disebabkan Negeri Perlis dua tiga bulan ni menjadi hot place, maka pehak Tourism Malaysia dengan kerjasama UNIC Astana Sdn Bhd telah mengator juga beberapa lawatan ke tempat2 Hot Place Negeri Perlis nih. Diantara berpuloh tempat2 menarek di Perlis, program 3 hari Dua Malam ni hanya sempat memileh untok singgah sekejap di Tasok Lake Resort, Wang kelian Look Out Point, Bukit Chabang Mari, Pasar Terapung JPS, Restoran Tok Mek, The Kabin Kangar, Nostalghia Daging Bakar Kuala Perlis dan Padang Besar Waremart. Itu saja yang sempat depa singgah sat ambik gambaq dan isi perot Nohhh. Sebenarnya masa/time tak berapa nak panjang, mau kalau program ni dibuat selama seminggu atau dua minggu, insha Allah banyak lagi tempat2 menarek dan padu yang boleh dilawati kat Perlis Indera Kayangan nih.
Okay, fokus utama Majalah Kapcai dalam program nih adalah aktiviti Camping di Hutan Hujan Hujan Gua Kelam Perlis. Lokasi ataupon port Camping ni memang betol2 shahdu dan padu terok Gua cakap Lu! Jalan untok ke tapak lokasi ni ada dua, pertama adalah melalui pintu masok utama Gua Kelam 1, masok ikot situ dan jalan lah sampai penghujong Gua, nanti dah nampak pintu belakang/keluar Gua Kelam tu langkah lah keluar dan daki lah tangga2 disitu dan sampailah ke port Hutan Hujan Hujan nih. Jalan ke Dua adalah dengan naik ikot kaki bukit Wang Kelian. Masa tengah naik bukit tu nanti, akan nampak satu simpang kecik aja belah kiri, ada papan tanda Kem Tasek Meranti, haaa beloklah masok situ dan laluilah jalan mini tar yang amat mencabar. Kalau lalu situ pukol 12 tengah malam, berdho’a lah pada Ilahi banyak2 agar tidak terserempak dengan Nyi Roru Kidol Ratu Laut Selat Melaka. Oh ya, Kem Tasek Meranti disitu pernah digunakan sebagai kem PLKN suatu masa dulu. La ni kem tu jadi kawasan terbiar dan berbagai kisah2 misteri berlaku disitu. Kadang2 ternampak kelibat Ikan Haruan sebesar Bas Intrakota, ada juga yang pernah jumpa Tony Jaa sedang berlateh Muay Thai dan paling ngeri ada yang ternampak Arwah Suster Ngesot sedang menyapu sampah di ruangan dewan makan Kem tersebot. Sunggoh misteri…
Lokasi ataupon tapak perkhemahan/kemping dinamakan sebagai Hutan Hujan Hujan Hujan. Kebetolan masa kami sampai disitu, dalam 10 minit gitu, hujan turon dengan lebat serindu rindunya! Memang kena gaya lah dengan nama hutan tuh. Suasana dan atmosfera didalam kawasan Hutan Hujan Hujan nih bagi Gua sangat mendamaikan, shahdu, dan paling best terasa seperti berada di negara Scandinavia. Dengan basah2 tanahnya, dengan pokoknya yang rendang, dengan kabus2 nipis, dengan sulohan cahaya mentari di celah2 ranting pokoknya yang merendang ( scene waktu pagi ), memang terasa diri ini seperti salah seorang pelakon dalam filem Lord Of The Rings. Untok jiwa Black Metal hutan, ini adalah port paling kultus, paling Viking untok bertapa mencari ilham buat lagu2 berunsorkan Misanthrope!
Sebagai informasi, Lokasi ini dinamakan sebagai Hutan Hujan Hujan kerana ianya ditumbohi dengan pokok Hujan Hujan. Dua hari selepas event nih, Gua pukol telepon ke pejabat hutan Perlis, dan bertanya sendiri beberapa soalan kepada Encik Muzani selaku pegawai yang handle bab pokok2 nih. Katanya, tapak camping tu hanya dibawah seliaan Jabatan Hutan Perlis pada 2007. Sebelom 2007, ianya adalah dibawah jagaan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Pokok Hujan Hujan tu adalah nama untok ditulis didalam buku, tapi bagi pendudok Kedah dan Perlis, pokok tu dipanggil dengan nama Pokok Pukol Lima. Tudiaaa! Patot la Gua tengok pokok tu macam nak dok kenai heh! Menurot Encik Muzani lagi, umor pokok2 tersebot mungkin dalam lingkungan 40-50 tahon. Itulah kisahnya Nohhh!
30 Bikers telah join event nih, dan mereka dari berbagai kelab, rata ratanya dari Penang, Kedah dan Perak. Mereka mewakili kelab2 seperti Bro’s Moto Crew, Penang Cop Bikers, Baling Bike Club serta seorang Raider solo terkenal tanah air Aku Dan Rodaku, Azman Ali. Selain 30 Bikers tersebot, program ini jugak disertai oleh rakan2 media dan Youtubers/Onliners. Semuanya sangat teruja dalam program ini dan pehak penganjor pula telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program. Ramai yang puji dalam bab penyediaan makanan dari pehak penganjor. Terima Kaseh Nohhh!
Program di Hutan Hujan Hujan itu bukan sekedar berkhemah saja tau. Pada malamnya sekitar jam 9 gitu, peserta dibawak masok ke Gua Kelam dengan tanpa segaris cahaya pon. Maknanya, peserta berjalan didalam gelap zulmat dalam Gua Kelam tersebot dengan dipandu arah oleh geng Hikers Perlis yang diketuai oleh Brader Daniel. Untok acara nih, peserta kena pastikan dia bukanlah seorang yang Klaustrofobik (takot tempat sempit/gelap). Kalau ada sindrom tu, sila jangan dok gagah masok Nohhh! Bukan apa, kot terlajak ke Gua Kelam 3 aja heh! Nak rasa pengalaman gelap zulmat nih? sila kontek Hikers Perlis Nohhh!
Okay, Majalah Kapcai mengucapkan terima kaseh dan hormat setinggi gunong buat Tourism Malaysia Wilayah Utara yang sudi highlight tempat2 pelancongan di Perlis nih. Kalau tidak dibuat program sebegini, mana mungkin rakyat negeri lain akan tau mengenai hutan ala2 viking di Gua Kelam nih. Semoga Negeri Perlis yang sebelom ni hanya terkenal dengan Harumanis dan Padang Besar saja, akan dilawati dengan lebeh padu lagi dimasa depan setelah terbongkarnya beberapa lagi lokasi menarik yang lain.
Kontek Jabatan Hutan Perlis untok info lanjot kalau nak camping di Hutan Hujan Hujan Nohhh! :
04 977 6626 (Opis Perhutanan Perlis) atau Persatuan Hikers Perlis 011 1193 7160 (Daniel) atau Facebook Hikers Perlis. Sila kontek mereka dulu sebab kawasan hutan nih tak jauh dengan Siam, kalau masok takda kasi info, mau hilang kena culik dengan Nenek Lampir Siam pehak kami tidak tanggongjawab Nohhh!
Comments
Loading…