in

LARIAN YAMAHA GEN BLU 2024

Hong Leong telah menganjurkan Larian Yamaha Genblu 2024 di Dataran Wawasan, Putrajaya. Lebih daripada 15,000 peserta telah mengambil bahagian bagi menyertai larian hari kecergasan, keseronokan di samping dapat memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan perhubungan di kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Objektif utama larian adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dari semua peringkat umur dan golongan masyarakat terutamanya di kalangan peminat dan pemilik motosikal Yamaha di seluruh Malaysia.

Penganjur menampilkan empat kategori utama perlumbaan iaitu, 10km terbuka lelaki, 10km terbuka wanita, 10km veteran lelaki dan 10km veteran wanita. Setiap pemenang pertama dari kategori ini menerima hadiah wang tunai RM1000 dan trofi. Penganjur turut menyediakan satu kategori khas larian “fun run” sejauh 5km yang terbuka kepada semua golongan.

Selain daripada acara larian, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan untuk para peserta dan pengunjung yang hadir memberi sokongan sepanjang pagi, termasuk sesi zumba aerobik, jualan pelbagai jenis barangan dan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah menarik.

Mengakhiri acara ialah majlis penyampaian hadiah di mana pemenang terbaik menerima hadiah wang tunai dan trofi, manakala seorang pemenang hadiah cabutan bertuah telah berjaya membawa pulang sebuah motorsikal Yamaha Y15ZR serba baharu sebagai hadiah utama.

Acara Larian Yamaha Genblu 2024 mendapat sokongan dan penajaan dari beberapa pihak seperti Jomrun, Ultron, Track Asia, Hong Leong Bank Berhad dan penaja emas (utama), AEO Credit Service (m) Sdn Bhd.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BENDA NAPOLEON BOB 500: Bobber Dengan Penampilan Modenisasi! RM27,888 Ajerrr Nohhh!

KAWASAKI GREEN MANIA 2024 : Metal Head Dan Punk Rock Berkongsi Pentas Utama!