in

MODENAS ELIMINATOR 500 RASMI MENYERANG MALAYSIA, BAHKAN HARGANYA DILUAR JANGKA!

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS), anak syarikat DRB-Hicom Berhad, telah mencipta impak yang besar di MotoGP 2024 tahun ini dengan pelbagai pengumuman dan aktiviti menarik. Acara ini menampilkan pelancaran Modenas Eliminator serta pengumuman harga dan pra-tempahan bagi model yang dinanti-nantikan iaitu Kawasaki Ninja ZX-6R.

Kedua-dua model ini dipasangkan di kilang MODENAS, Gurun Kedah. Ia menunjukkan komitmen MODENAS untuk memenuhi pelbagai citarasa dan bajet bagi pasaran Malaysia.
Modenas Eliminator ini membuka lembaran baharu bagi pencinta motosikal di Malaysia, dimana ia mempunyai gaya dan kuasa untuk penunggang yang menginginkan lebih daripada sekadar jentera yang biasa di luar sana. Model ini menggabungkan siluet crusier klasik dengan enjin Ninja 500, serta memberikan gabungan keselesaan crusier dan prestasi motosikal sukan.

Ketinggian Tempat Duduk Yang Mudah Dicapai iaitu 735mm, ternyata memberikan keyakinan dengan pilihan untuk merendahkan tempat duduk bagi keselesaan tambahan.
Ianya juga direka untuk Tunggangan Mudah, Enjin yang lancar, pendikit yang lancar dan klac tangan yang ringan, sesuai untuk tunggangan santai dan lasak.

Jentera ini sedia untuk dibeli di semua bilik pameran Kawasaki All-Star mulai 3 November 2024.
Harga Jualan yang Disyorkan: RM30,100 (Tidak termasuk insuran dan cukai jalan).

Sama ada anda menunggang untuk perjalanan harian atau jarak jauh, Eliminator menyediakan tempat duduk rendah dan mudah dicapai serta memberi lebih keselesaan dan keyakinan kepada penunggang. MODENAS berbangga menawarkan motosikal yang menyerlahkan jiwa yang bebas dan semangat pengembaraan bagi mereka yang mencari keunikan – gaya cruiser dengan keistimewaan yang tersendiri Jouyyeahhh !

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

AMI-SUZUKI Monsoon Getaway 2.0: PD Bergegar Nohhh!

JOM BOOKING KAWASAKI ZX-6R! RM59,900 Ajerrrr…