Boon Siew Honda Sdn Bhd, selaku pengeluar dan pengedar motosikal Honda di Malaysia, telah melancarkan Honda RS-X Winner Serba Baharu yang dilengkapi ciri-ciri terkini yang direka untuk meningkatkan pengalaman tunggangan.
Honda RS-X Winner sesuai untuk kegunaan harian di kawasan bandar atau luar bandar dan berkonvoi bersama rakan-rakan di hujung minggu, motosikal versatil Honda RS-X Winner Serba Baharu menawarkan kombinasi gaya sporty, teknologi terkini, ciri-ciri mesra penunggang dan mesra alam, prestasi luar biasa dan paling penting, kebolehpercayaan dan kualiti lagenda Honda
Honda RS-X Winner Serba Baharu, menerima penarafan 5-bintang dari MyMAP yang mengesahkan motosikal ini menepati standard ketat pengeluaran antarabangsa,
keselamatan, ïnovasi teknologi dan khidmat sokongan pelanggan, kini telah dinaiktaraf dengan tujuh peningkatan penting yang bertujuan untuk penambahbaikan pengalaman tunggangan.
1. ENJIN 150 CC BAHARU
Enjin 150 cc DOHC baharu dengan penyejukan cecair dan gear 6 kelajuan yang direka untuk penghasilan kuasa cemerlang (output kuasa maksimum dan tork masing-masing 11.8kW dan 13.6 Nm) dan pecutan merentas julat RPM enjin. Sebagai motosikal diiktiraf EEV, ia menawarkan pembakaran bahan api efisien dengan penggunaan petrol sekitar 50km/liter.
2. PORT PENGECAS USB
Port pengecas USB bersifat versatil dan dilengkapi penutup kalis air yang membolehkan para penunggang mengecas telefon mudah alih dan peranti semasa dalam perjalanan serta memastikan mereka tidak kehabisan bateri meskipun tunggangan jarak jauh.
3. REKA BENTUK RIM TETUANG GAYA SPORT
Rim 17 inci memiliki rekaan baharu, lebih sporty dan lebih dinamik yang melengkapkan reka bentuk maskulin Honda RS-X Winner Serba Baharu. Rim adalah jenis ringan tetapi kukuh untuk kestabilan yang lebih bailk dan mudah dikawal semasa tunggangan berkelajuan tinggi.
4. KLAC ASSIST AND SLIPPER
Satu ciri pintar baharu yang mencegah kejadian gelinciran roda belakang dan membantu para penunggang mengemudi dengan lebih baik melalui mekanisme klac lebih ringan.
Antara kelebihannya termasuk:
◦ Kawalan lebih baik: Klac slipper membantu penunggang mengekalkan kawalan dan
kestabilan, terutama bila lambat membrek atau berlaku penurunan gear secara agresif.
◦ Penukaran gear lebih lancar: Klac slipper memberikan kawalan gelinciran plet klac
semasa penurunan gear secara mendadak. Mengurangkan haus dan lusuh (Klac slipper boleh mengurangkan kehausan dan lusuh komponen motosikal dengan itu, mengurangkan kos penyelenggaraan).
5. SISTEM KUNCI PINTAR HONDA
Sistem elektronik pintar termaju ini membolehkan para penunggang menghidupkan enjin dan mengunci bar hendal. Ia turut disertakan dengan Sistem Penggera Anti-Kecurian dan Sistem “Panggilan Balik” untuk kemudahan pemilik dan bertujuan meningkat tahap keselamatan. Penungggang kini tidak perlu keluarkan kunci dari poket, hanya pusingkan tombol pencucuhan, tekan butang pemula dan terus menunggang.
6. GAYA SPORT AGRESIF
Salah satu tarikan Honda RS-X adalah reka bentuk maskular dan agresif. Honda RS-X Winner Serba Baharu memiliki rekaan maskulin yang lebih menonjol dengan garis
badan bersambung dari depan hingga ke belakang yang menyumbang kepada imej lincah dan aerodinamik.
7. REKA BENTUK SUIS HENDAL BERASINGAN
Untuk menambah baik aspek keselamatan para penunggang, Honda RS-X Winner Serba
Baharu memaparkan ciri suis hendal berasingan. Ini memberikan kawalan tepat dan intuitif pelbagai fungsi motosikal, termasuk lampu depan, signal belok dan hon, membolehkan para penunggang terus fokus ketika di atas jalan raya
Harga runcit yang disyorkan untuk Honda RS-X Winner Serba Baharu ialah RM 9,998.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendafaran) . Untuk tiga warna standard- Biru, Hijau dan Kelabu Matte.
Manakala untuk warna Kuning Khas pula ialah RM10,298.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendafaran).
Honda RS-X Winner Serba Baharu didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang tiba dulu.
Mitsuhanu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda meluahkan rasa yakin beliau terhadap kemampuan Honda RS-X Winner Serba Baharu akan meningkatkan lagi nama Honda RS-X serta memperkasakan reputasi jenama Honda.
Comments
Loading…