in

ZON GAYA HIDUP YAMAHA PERTAMA DI MALAYSIA !

Sebagai sebahagian daripada Hong Leong Yamaha Motor Malaysia (HLYM) usaha membentuk semula pengalaman pemilikan motosikal di Malaysia, maka Yamaha Lifestyle Zone yang pertama telah dilancarkan di GT-MAX Motors Sdn. Bhd, di Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor.

Pusat Sehenti seluas 24,000 kaki persegi menawarkan kemudahan premium untuk pelanggan dan peminat motosikal Yamaha kerana ia menempatkan gaya hidup, pameran rangkaian lengkap Motosikal Yamaha daripada Moped Premium dan Barisan automatik sehingga ke rangkaian Yamaha Big Bikes, semua terkumpol di GT-MAX Motors, Shah Alam. (Majalah Kapcai suka untok memberikan gelaran tempat tu dengan nama GT MAX KINGDOM).

Genre gaya hidup lain yang ada ialah sudut Yamaha Music untuk memenuhi jiwa seni pemilek jentera Yamaha, serta Kafe GenBlu kedua HLYM yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan, masakan barat dan Jepun untuk memenuhi citarasa pelanggan.

Zon Gaya Hidup Yamaha turut menampilkan sudut Yamaha Cares yang menawarkan petua keselamatan menunggang dan kawasan kanak-kanak untok bermain. Kawasan perkhidmatan pulak mempunyai peralatan diagnostik dan alat penyelenggaraan pengeluar terkini, dengan 16 lif motorsikal, mekanik bertauliah serta Alat Ganti Tulen Yamaha.

“Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan, pengalaman dan keselesaan yang berkualiti kepada pelanggan kami, dengan persekitaran gaya hidup menunggang yang baharu.” kata Encik Jason Kwa, Ketua Operasi Pegawai, GT-MAX Motors Sdn Bhd semasa perasmian.

Zon Gaya Hidup Yamaha membuka jalan untuk kedai gaya hidup masa depan Yamaha di sekitar Malaysia & mewakili anjakan untuk pengalaman pemilikan yang lebih menarik kepada pemilek sedia ada dan pemilik Yamaha masa depan.

Saksikan Video suasana pelancaran Yamaha Lifestyle di GT Max Shah Alam. Klik Video Dibawah :

 

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

INILAH JENTERA YAMAHA PRODUKSI YANG KE 5 JUTA !

GDR 2 ANITA YUSOF: Riviu Sekali Sekala dan Sedikit Ole-Ole Tak Seberapa Dari Majalah Picisan Bernama Kapcai…