Laku Keras!
Itulah perkataan paling tepat untuk skuter Yamaha TMax yang dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dalam satu majlis yang diadakan di MITEC baru2 ini.
Walaupun tidak di umumkan harga sebenar Yamaha TMax ketika “pre booking” dilancarkan, namun dalam tempoh dua minggu sahaja HLYM berjaya menerima lebih 35 unit tempahan untuk kumpulan pertama pengeluarannya di Malaysia. Untuk keluaran kumpulan kedua pula sebanyak 40 unit lagi Yamaha TMax telah ditempah oleh pelanggan dan akan diserahkan kepada mereka pada bulan November 2022 nanti, manakala pelanggan yang membuat tempahan selepas majlis pelancaran hari ini akan menerima Yamaha TMax pada tahun 2023!
Perkara ini di maklumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Datuk Dr Jim Khor Mun Wei ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 35 orang pemilik pertama Yamaha TMax dan media yang dijemput khas dalam majlis “The Ultimate Automatic Yamaha” di MITEC hari ini.
Skuter Yamaha TMax memiliki rekabentuk serba baharu yang lebih canggih, menarik dan sporty berbanding model sebelum ini. Yamaha TMax juga adalah salah satu daripada model-model motosikal premium dengan pemasangan tempatan (CKD) Yamaha di Malaysia yang di lengkapi dengan sistem elektronik paling canggih untuk memberikan tahap kebolehkawalan yang maksima, bergaya, dan keselesaan maksimum ketika tunggangan.
Spefikasi Yamaha TMAX 560 (2022) :
*Enjin: 562cc DOHC, penyejukan cecair, 4 lejang, dua silinder
*Suntikan bahan api (FI)
*Kuasa: 47.6hp @ 7,500rpm dan tork 55.7Nm @ 5,250rpm
*Muatan tangki: 15 liter
*Top speed 180kmj
*Tayar (tubeless) Depan 120/70R15M/C 56H Belakang160/60R15M/C 67H
*Ketinggian tempat duduk 800 mm
*Jarak roda 1,575 mm
*Kelegaan Tanah 125 mm
*Pergerakan menerusi transmisi V-Belt automatik.
*Berat 220kilogram
*Brek Hadapan cakera dwi hidraulik
Belakang cakera tunggal hidraulik
Antara ciri-ciri lain yang mampu menarik minat pengguna motorsikal untuk memiliki skuter Yamaha TMax ini ialah:-
*TMAX 560 di lengkapi dengan Sistem Kawalan Daya tarikan yang membantu menghalang roda daripada tergelincir
*D-MODE 2 peringkat untuk memberi pilihan kepada penunggang untuk membuat pilihan tunggangan yang berbeza iaitu kuasa yang lancar bagi tunggangan di sekitar bandar atau prestasi yang lebih berkuasa dan sporty di jalanraya biasa atau lebuhraya.
*Pelindung angin dan pelapik belakangb(backrest) boleh laras elektronik.
*Penutup tangki bahan api pintar
*Panel meter digital penuh TFT berwarna 7 inci yang boleh di sambung kepada telefon pintar dengan applikasi MyRide-Link.
*Panel meter boleh sambung ke peta Garmin menerusi Bluetooth, WiFi atau USB.
*Lampu besar hadapan dan belakang LED
*Joystick pada pemegang sebelah kiri yang berfungsi sebagai butang fungsi yang pertama untuk Yamaha.
*Penggunaan butang untuk membuka tempat duduk dan penutup tangki petrol.
*Pemanas pada tempat duduk dan pemegang (handle)
*Lubang angin depan untuk mengurangkan halangan angin ketika menunggang.
*Rim Spin Forged 10 jejari yang lebih ringan
*Tayar Bridgestone Battlax SC2.
*Sistem suspensi terbalik (USD) dan monoshock rekaan baharu (belakang).
*Sistem penghidup tanpa kunci
*Sistem brek cakera kembar di depan, dan cakera tunggal di belakang.
*Pemegang diperbuat daripada aluminium
Antara warna2 yang ditawarkan adalah Dark Petrol (kelabu gelap) dan Power Grey (kelabu) dan dijual dengan Harga RM74,998, (tidak termasuk pendaftaran dan insurans).
Comments
Loading…