in

YAMAHA NMAX GENERASI BARU KINI DILANCARKAN!

155cc, Single Silinder, Fuel Injected Serta 6 Lampu LED Headlight Oyeahhh! RM 8,998.00 Jerrr…

Dalam suasana Pandemik Covid 19 yang maseh menggila, Hong Leong Yamaha berjaya juga melancarkan sebuah Skuter model NMAX dimana kali ini ianya lebeh futuristik berbanding model sebelomnya.

NMAX generasi baru ini dipinda dengan beberapa elemen baru seperti 6 bulb lampu LED di Headlight,Paparan meter LCD lebeh besar dengan lever switch kat belah kiri handle bar. Kat bahagian ekor belakang pulak dipasang design lampu brek baru (LED) dengan unsor 3D. Terdapat jugak lampu Hazard Light untok keselamatan tambahan.

Selain tu, komponen enjin dilengkapi dengan Blue Core Liquid Cooled, sistem Fuel Injection dan SGCU (Starter Generator Control Unit). Sistem ni adalah untok kasi enjin senyap aje bila kita tekan starter. Takde lah bunyi ‘kecchekkk keccheekkk’ kuat sangat macam sebelom nih Nohhh! Oh ya, dah nama pon Skuter generasi baru, semestinya ianya dilengkapi dengan socket charger henpon 12 volt.

Ianya jugak ada sistem Stop & Start, satu sistem dimana bila kita berenti kat mana2 (contohnya kat trafik light masa lampu merah), enjinnya akan mati sendiri, dan bila lampu hijau aja, kita hanya perlu pulas throttle aja dan Skoot tu pon akan hidop semula. Apa lagi? Jalan teros!
Sistem ni buleh kita on ataupon off, ada suisnya untok dipileh. Tak suka buleh off, mau jikalau suka on aja.

NMAX generasi baru ni telah diluaskan pada bahagian tempat letak kaki. Ini untok lebeh keselesaan lah time kita Rock N Ride nanti. Yelah, skoot cun camni takkan nak ride dalam area KL aja kan? Mesti la paling lekeh ride ke Danok. Ataupon lajak sikit lagi ke Pak Bara pekena nasik paprik. Bukan apa, Skoot ni jugak bahagian Under Seat/ruang simpanan bawah seat nya agak luas jugak, buleh masok sebijik helmet fullface size XL dan barang2 lain lagi. Semestinya ia direka untok kita mengembara ke Danok oyeahhh! Apa!? Border maseh tutop? Takpa, beli dulu Skoot nih, main dalam Malaysia dulu sat, nanti border bukak aja celapak lah Nohhh!

NMAX Lincah Mempesona ni dia punya tangki minyaknya adalah sebesar 7.1 liter. Ianya datang dengan DUA warna elegan yaitu Kelabu dan Merah Sebam (Matt Red). Harganya? Okay, harganya adalah RM 8,998.00 (tanpa insuran dan rodtek).

Apa lagi? Celapak teros ke dealer2/kedai motor berhampiran Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GALERI BASIKAL TUA YANG PERTAMA DI PERLIS!

AVETA RANGER 110