WMoto sebelum ini telah mengeluarkan 2 motorsikal kategori kapcai yaitu VE110 dan WM110 dan sebuah motorsikal klasik iaitu Cub Classic. Kini MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah mengambil langkah besar dengan mengeluarkan motorsikal jenis “Cruiser” iaitu V16. MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar dan pengeluar tunggal WMoto di Malaysia telah mengeluarkan V16 demi memenuhi citarasa peminat-peminat motorsikal klasik yang bertaraf Amerika.
Motorsikal janaan enjin 4-lejang 249cc ini mampu mencapai kuasa setinggi 19hp pada 8,000 rpm dan 19Nm pada 6,000 rpm. V16 ini dilengkapi dengan enjin silinder V-berkembar 60 darjah untuk penghasilan bunyi deruman yang lebih garang serta pembakaran bahan api yang lebih efisien. Selain itu, ia turut memiliki tangki bahan api berkapasiti 14-liter yang mampu menggerakkan V16 sejauh lebih 300km dengan sekali isian penuh.
Antara ciri-ciri istimewa pada motorsikal klasik ini adalah dwi ekzos paip lurus dengan kemasan krom yang menonjolkan lagi reka bentuk ekslusif V16 serta diihadiri dengan perendam bunyi. Berbeza dengan motor “Cruiser” lain yang boleh mencecah 400kg, WMoto telah mengeluarkan V16 yang hanya seberat 165kg sahaja untuk pengendalian yang lebih mudah. V16 memberi anda penyerap hentak belakang yang boleh dilaraskan mengikut pilihan. Selain itu, ketinggian tempat duduk cuma 700mm dengan pelana lembut untuk pengalaman menunggang yang mewah. V16 turut dilengkapi lampu utama LED yang terang serta lampu DRL pada waktu siang sebagai ciri keselamatan di samping mematuhi piawaian Euro.
Model gaya Amerika ini ditawarkan dengan harga jualan yang mampu milik, RM15,988 sahaja tidak termasuk insurans dan cukai jalan. WMoto V16 akan berada di premis-premis pengedar WMoto di seluruh Malaysia bermula 12 November 2020.
Pembeli V16 juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Spesifikeshen WMoto V16 :
Engine Type: 4-stroke, Air-cooled, V-Twin
Bore & Stroke: Ø49 x 66mm
Displacement: 249cc
Maximum Horsepower: 14kW at 8,000 r/min
Maximum Torque: 19Nm at 6,000 r/min
Compression Ratio: 10:1
Gearbox: 5-speed
Lubrication System: Pressure Splash Lubricant
Clutch: Wet Multiple-plate
Fuel Supply: Electronic Fuel Injection, BOSCH
Certification: Euro 3
Starting: Electric
Ignition: Digital Ignition
Front Suspension: Telescopic
Rear Suspension: Adjustable Shock Absorber
Front Brake: Single 320mm Disc
Rear Brake: Single 280mm Disc
Front Tire: 90/90-18
Rear Tire: 130/90-15
Wheelbase: 1520mm
Ground Clearance: 160mm
Weight: 165kg
Fuel Capacity: 14 Liters
Battery: 12V10Ah
Price: RM 15,988.00 (Without Insuran N Roadtax)
Comments
Loading…