Semenjak Majalah Kapcai terjebak ke kancah Tik Tok (@majalahkapcaimalaysia), maka kami pon terdedahlah dengan pelbagai ayat2 dan terma2 baru yang sebelom nih haram satu apa pon kami tak tau Nohhh! Maka, istilah seperti FYP kini sudah menjadi biasa dah pada kami dan itulah yang kami harapkan setiap kali video baru kami dimuatnaik. Kami dah jadi budak Tik Tok Oyeahhh! Jangan lupa follow kami kah kah kah!
Okay, bila dah selalu ‘swipe’ di TikTok, banyaklah video2 FYP berkenaan dengan motorsikal, dan paling menarek perhatian Gua adalah satu TikTok dari sebuah kedai aksesori bernama Watali Motor. Banyak review2 berkenaan kombo ‘Coverset’ dari kedai tersebot yang FYP, akhirnya mendorong Gua untok kontek kedai tersebot. Bukan apa, kami sebagai sebuah majalah motor, bahan2 padu camni memang sangat2lah sesuai untok dijadikan bahan berita di Majalah.
Maka, dipendekkan cerita, Gua dapatlah setting time untok turon bikin review di Watali Motor. Kedai ni sebenarnya bukan dalam area Lembah Klang tau, ianya bertempat di Ayer Tawar Perak, dalam Manjong lah senang cerita. Gua kebetolan masa tu dalam perjalanan dari KL ke Perlis, jadinya memang satu hala lah perjalanan tu. Hari Gua on the way ke Watali Motor tu, Gua guna jalan lama, melalui Kapar teros ke Tanjong Karang tu lah. Nampaknya jalan lama nih dah makin syok dah sekarang nih, dengan lebarnya, dengan canteknya, dengan view perkampongan yang mempesonakan. Sangat berbeza lah dengan 10 tahon nan silam.
Perjalanan Gua haritu tak teros ke Ayer Tawar. Gua singgah sebentar ke Kampong Batu 10 Lekir (setiawan). Kat situ Gua singgah ke Kitchen Garden Batu 10, sebuah mini garden yang menanam pokok2 sayuran berkonsepkan kebon bandar. Di kebon ini jugaklah dipelihara ayam2 penelor yang sangat2 memberikan inspirasi pada jiwa Gua yang sememangnya sukakan pertanian moden. Dari mana Gua tau Kitchen Garden nih? Haha… dari TikTok lah jugak Nohhh! Lu Orang taip aja kat TikTok, Kitchen Garden Batu 10 Lekir, Gua gerenti Lu Orang akan terminat nak pi melawat tempat tu nanti. Tahniah Brader Hamdan dan anaknya yang berjaya memberikan inspirasi buat penternak dan pekebon2 kecil/sederhana. Semoga Teros Maju Jaya!
Setel menyembang dan ambik ilmu serba sikit di Kitchen Garden Batu 10 Lekir, barulah Gua teroskan perjalanan ke Watali Motor. Jarak antara Batu 10 ke Watali tu lebeh kurang 25KM gitu lah. Sampai di Watali, tudiaaa Gua dah buleh rasakan bahawa kedai ini memang ada aura tersendiri. Patotlah masa Gua kat Kitchen Garden Batu 10 tadi, Brader Hamdan (tuan kebon) pon sebot Watali Motor bilamana Gua kata nak pergi ke sebuah kedai motor di Ayer Tawar. Bermakna, Watali Motor adalah kedai motor yang amat dikenali di sekitar kawasan situ. Hebat Terok Watali Motor ni rupanya.
Di premis dua tingkat tersebot, terdapat beberapa seksyen antaranya seksyen Repairing, Aksesoris, Spare Part dan jugak Admin. Dibahagian bawah sibok dengan jualan spare part dan repair, manakala bahagian atas lebeh sibok lagi dengan Aksesori. Paling hot sales adalah Cover Set lah. Peminat2 aksesoris tak putos2 masok dan suasana kedai sentiasa sibok. Walaupon nampak sibok, setiap pelanggan yang datang tetap dilayan tanpa ada select. Yang hensem dilayan, yang comel dilayan, yang puteh dilayan, yang coklat hitam maneh pon dilayan samarata. Ini memang terbaik!
Pelanggan pulak bukanlah yang dudok sekitar kawasan itu saja yang datang. Masa Gua pergi haritu, ada pelanggan datang dari Kuala Selangor, Dari KL dan ada jugak dari Pahang pon pernah pegi situ semata2 nak beli Coverset! Ini memang diluar jangkaan Nohhh!
Sebenarnya, kedai ini jadi pilehan pelanggan adalah disebabkan layanan staff dan boss yang sememangnya sangat ‘A’. Sangat friendly dan sangat soft spoken. Inilah yang perlu ditiru oleh kedai2 yang lain kalau nak saksess macam Watali Motor. Sepanjang lebeh kurang 2 jam Gua dikedai Watali Motor, Gua dapat tengok sendiri layanan mereka terhadap pelanggan yang datang. Memang terbaik dan salute buat warga Watali Motor.
Okay, teros maju jaya buat Watali Motor, dan sesiapa yang teringin nak beli kaverset atau apa2 aksesori, bulehlah wassap ke nombor +6014 685 4134, atau teros ke Tiktok, taip ajer Watali Motor.
Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…