in

VS PROJECT SCOOTZ

Demam Skooter Kembali Lagi? Adakah? Oyeahhh!

Apa khabar kepada semua rider diluar sana. Kali ni jom kita ke utara tanah air untuk mengenali lebih dekat dengan Geng skuter bernama VS Project Scootz. Geng atau kelab ni ditubuhkan pada 2016, dan sejarah awal penubuhan kelab ini diasaskan oleh 2 org skuterist terhensem yaitu En. Azrin @ Yien dan juga En. Marzuki @ Kie.

Selaku org yg telah lama berkecimpung dalam dunia skuter, mereka berdua sepakat untuk menghidupkan kembali komuniti skuterist di zon utara tanah air yg satu ketika dulu begitu femes khususnya di Kedah dan Penang. Jenis model skuter yang ada dalam kelab ini ialah Suzuki VS125, VS150 dan VR 125. Mulanya, hanya 4 orang ahli saja iaitu Yien, Kie, Pext dan Mael. Lepas tu sedikit demi sedikit peminat skuter dikumpulkan dan sehingga setakat ini ahli kelab telah melebihi 50 orang. Semua ahli² terdiri dari Skuteris2 lama dari kelab2 terdahulu. Antaranya Monster Scootz, Tiger Scootz, Silver Scootz, Shark Scootz, Generation X, Ghetto Scootz Clanz, Black Label, Kickers dan lain2 lagi.

Kami UNITE atau gabungkan semua kelab2 dihimpunkan mnjadi satu club komuniti. Kami juga pernah mengadakan konvoi amal bersama sama ahli kelab untuk meningkatkan kesedaran sesama sendiri. Program sebegini harus diamalkan oleh kelab2 yang lain kerana ia merupakan aktiviti yg sihat, berfaedah dan dapat mengelakkan aktiviti yg tidak bermoral. Baru² ini kelab ini telah buat ride santai bersama ahli² kelab. Jom kita layan gambar² ride diaorang pusing Pulau Pinang atau orang penang habaq “Round Island”.

Bagi yang berada di utara nak join boleh cari saudara Yien 011-64321399. Kita bagi ramai lagi skuterist area utara, mereka tak sombong semua sekepala dan sehobi tunggu apa lagi area utara yang mana moto dok tersadai tu cepat make up lawa² join diorang ni.

Suzuki is back! Sempoiiiii baq Hanggggggg jom kita layan gambar sekitar Ride Santai VS Project Scootz dan V100 Crew.

Teks dan Gambar :
Jasmine Ibrahim <Jasmine_Ibrahim@jabil.com>

Kontek Club : Yien 011-64321399

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PEKETUM TOUR PHNOM PENH-HO CHI MINH 2020

EMPAYAR SCOOTER PART UTARA ONLINE