Jentera Kapcai buatan China yang dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 baru2 nih telah mendapat perhatian yang agak hangat dari pengunjong serta para pengamal media online. Geng2 influencer media sosial toksah dok cerita lah, depa punya review memang A lah semua Nohhh!
Dilancarkan dengan harga asas 8,888.00, jentera yang agak elok paras rupa nih datang dengan enjin 150cc, Blok Tunggal, Double Overhead Cam (DOHC), Liquid Cooled dimana jika dilehat pada catatan dari pengeluar, ianya mampu menyembor 15.42 Kuasa Kuda pada 8.500RPM, serta terpaling Tork pada bacaan 13.5Nm pada 7,500RPM.
Blok dia pakai saiz 57.3mm x 58mm, dan ianya depa kata agak mirip2 enjin Honda RSX, dan dikatakan mampu Top Speed 140Kmj. Bagi Gua, selagi tidak dicuba terai test sendiri, Top Speed tersebot hanya diatas kertas sajalah. Kena test sendiri baru kita cerita kemampuan sebenarnya Nohhh!
Menarek serta lain sikit pasal jentera nih adalah sistem ABS, dimana ianya datang dengan Dual ABS (depan dan belakang). Baguih! Ini lah yang seharusnya (mungkin dah kena keluarkan satu pekeliling buat semua pembuat motorsikal) ditekankan pada sesebuah jentera tak kira Kapcai atau Motor Besar. ABS adalah sistem bantuan untok memberi lebeh keselamatan buat Raida ketika menunggang, dan jika dilehat sebelom ni, buleh kata banyak pengeluar motorsikal mengeluarkan dua variasi, satu ada ABS dan satu lagi tiada ABS. Mau yang ada ABS, harga dia sekian-sekian, manakala yang tarak ABS harga dia murah satu ribu dari yang ada ABS.
Ini sebenarnya satu permainan perasaan, dan mungkin membawa kepada satu kesedehan dimana kalau Lu nak lebeh selamat, tambah sekian2 amaun maka dapatlah keselamatan tu, bahkan kalau Lu tak mau tambah, Lu pakai lah variasi yang takdak unsor keselamatan tu Nohhh! Walhal, jika kita seorang Raida, kita semestinya sudah maklom bahawa menunggang jentera DUA RODA dijalanan, walau ada sistem ABS atau hanya sistem drum brake, risikonya sama sahaja, ibarat seperti telor (Alhamdulillah dah turon 3 sen) dihujong tandok! Jadi, kenapa perlu tambah duit untok menikmati sistem brek yang ada ABS walhal risikonya sama saja? Ada ABS atau tiada, silap sikit dijalanraya habeh berterabor Nohhh! Kalau naik kereta lain la cerita, sekurang-kurangnya ada la pintu sebagai pendinding badan kita, tapi mau bawak motor, jangan kata dinding, bumbong pon tarak! Harap yang baca ni buleh paham la kot apa yang cuba Gua sampaikan, dan seharusnya pujian melangit wajar kita lontarkan kepada pengeluar Voge FR 150 sebab pasangkan siap2 ABS depan belakang tanpa ada variasi A atau B. Semua siap terpasang tanpa tambahan bajet Joyeahhh!
Jentera ini ada 6 kelajuan dan lebeh menarek ada slipper clutch. Slipper clutch adalah features yang selalu dipasang di enjin2 motor besar, tapi kini dah mula dipasang kat jentera kapcai. Sebelom ni kalau tak silap, Yamaha Y16 ada prasarana nih, dan Voge FR150 secara automatis menjadi kapcai ke dua yang menggunakan prasarana slipper clutch. Mungkin geng motor besar tersenyum sinis sambil berkata dalam hati, “Apekehei lah mutu kapcai enjin 150cc pon nak dipasang sistem slipper klac tu Yop? Takde maknenye!”
Okay, kalau zaman Yamaha Super 88 atau Suzuki FR mungkinlah takde maknenye. Tapi di zaman Dyno nih, jentera kapcai telah mencapai kelajuan yang menakotkan, dan slipper clutch bukan lagi kehendak tapi dah jadi keperluan dah Nohhh!
Voge FR150 datang dengan tangki agak besar yaitu 5.8 Liter. Bermakna, pengeluar Voge sudah melakukan research kepenggunaan ataupon feel Raida2 Malaysia yang pastinya gemarkan aktiviti Turing. Tangki besar amat pentinglah buat jentera bersesaran 150cc. Kiranya kalau isi full tank buleh gerak sejauh 180-200KM dah cukop bagos dah tu (dengan kelajuan 90-100KMJ). Seperkara lagi yang menarek adalah Sport Rim jentera nih. Corak bintang pentagram semestinya menarek perhatian peminat2 muzik aliran besi hitam Joyeahhh!
Sebagai menggalakkan serta menaroh keyakinan kepada pemerhati diluar sana yang skeptikel terhadap jentera buatan China, Voge FR150 telah menghantar sebuah jentera ke showroom sebuah jenama aksesori terkenal yaitu Rapido. Maka, lahirlah sebuah jentera ala2 perlumbaan berkonsepkan Rapido Racing Kultus! Memang amazing sangatlah dia punya penampilan. Bermakna, Lu Orang kat luar sana usah teragak-agak untok sambaq sebijik jentera nih sebab ianya jugak mampu dimekap menjadi cun, sama macam jentera2 jenama dari Jepon la jugak Nohhh!
Okay, Gua tak mau nak tulis panjang lebar sangat sebab tidak merasai atau menunggang sendiri jentera ini. InshaAllah kami akan bikin satu sesi test ride untok merasai sendiri kelebehan dan kekurangan jentera ini nanti Nohhh!
Kepada yang dah tazabar, sila ke kedai berhampiran dan beli lah dengan secepat mungkin Joyeahhh!
(Nota: Voge adalah sebuah kampeni dari China yang mengeluarkan/membekal alat2 ganti/spepat untok jenama terkenal yaitu BMW. Voge juga ada mengeluarkan jentera yang mirip BMW. Kini Voge melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan Kapcai pulak. Di Malaysia, Mforce Bike Holdings adalah pengedar rasmi bagi jenama ini).
Nota Tambahan : Kos modifikasi dan penambahan aksesori dari jenama Apido kat jentera Voge FR150 ini dianggarkan dibawah RM3K sahaja ! Tidak terlalu mengeras Nohhh!
Comments
Loading…